Langkawi Island - Part I

2:54 PM


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

We made it to LANGKAWI!! Finally, berjaya jugak even dengan memacam benda yang jadi. Weehu~!! Alhamdulillah. Thanks for making it happens guys, walaupun kita  bertiga jek. ;)

Serius insane trip je ni. Sebab malam nak pergi tulah baru beli tiket. Haha, gasaklah, bertangguh jek, last last beli tiket kul 2, 3 pagi. Serius rasa macam nak cancel dah waktu tu. Dengan dah ngantuknya, dengan masalah nak beli tiket, dengan internet lagi buat hal, fuh memang menduga kesabaran betei. Tapi memikirkan dah packing barang segala bagai ni, gagahkan diri jugak. At last, berjaya jugak. Kitorang decide untuk naik flight Malindo Air since tu je termurah yang boleh dapat. So, this is the story of our trip for 3 day on 13 - 15 April 2015.

   

Pagi tu, memang tak cukup tidur. Lepas subuh memang get ready je terus. Flight pulak pukul 11.15 pagi. Since nak kena gerak ke Subang Airport, so kena la gerak awal sikit. Awak ni semua tak tahu jalan. Lagi pon nak naik train. Tahu lah train lambat dia macam mana nak tunggu kan. Syira park kereta dekat TBS, so dari situ kitorang gerak naik KTM & LRT ke Subang. Semuanya cari info kat internet pagi masa siap-siap tu. Hahaa. Ni pon aku dah tak berapa nak ingat sebenarnya.

First naik KTM dari TBS ke KL Sentral. Turun KL Sentral, naik LRT pulak ke Kelana Jaya. Sampai Kelana Jaya tu, naik pulak teksi ke Subang Airport. Alhamdulillah, jalan tak jammed and tak banyak kereta. So perjalanan pon smooth je. Pakcik teksi tu pon peramah sungguh. Sepanjang perjalanan tu sakan betul berboraknya. Sampai airport, amik tiket and singgah sarapan sementara ada masa. Dalam flight kang sah-sahlah awak tak makan. Lepas sarapan, bergeraklah kita naik flight.

   


Nampak tak muka lega dan gembiranya tu lepas mendarat kat airport. Muka tak cukup tidur, macam ni lah. Ahai. Haha, sah sah lah nak wefie dulu ye tak?? Nama pon vacation, so suka hatilah nak buek apo pon kannn. Orang sekeliling dah tak peduli dah, asalkan gembar untuk kenangan tu ada. ;)

Lepas mendarat teruslah mencari kenderaan untuk kegunaan kat sini. Dapat lah kereta Myvi sebijik. Untuk 3 hari kat sini, RM100. Murah dah kot rasanya tu kan?? Kat Serdang macam tak dapat je tu, untuk 3 hari pulak. Lepas dapat kereta, maka bergeraklah kami untuk cari tempat penginapan.  At that time, aku guna apps TRIVAGO untuk usha mana-mana penginapan yang terdekat and affordable. So kitorang decide untuk stay dekat The Cottage Langkawi. Since awak ni datang pakai redah je, bilik mostly dah ada orang. Ada dorm, but since dorm ni style bercampur and ada foreigner, memang tak lah kan. Owner pon kata tak seduai. Tapi alhamdulillah, ada jugak bilik untuk kitorang stay. Bilik standard, RM80 semalam. Ada aircond, bilik air and tandas sekali. Ada hot shower lagi. Fuhh, best bila mandi pepagi. Wifi pon ada, so nak online tersangat lah boleh. ^^


Seronok stay sini even untuk 2 malam je. Rasa macam duduk kat kampung je. Owner dia pon baik je. Siap offer nak bagi tilam tambah free. Biasa ada charge katanya. Tapi katil dah besau dah ni, lebih dari cukup dah untuk kitorang nak tidur, rehatkan badan. 


Okay, penginapan dah settle, so boleh lah nak solat dulu and letakkan segala beg yang dibawak. Lepas siap-siap, marilah berjalan sementara ada masa lagi sebelum hari gelap. Weehu~!!

    

Destinasi pertama, ke Underwater World Langkawi. Fee nak masuk RM30. Mula-mula tu macam tak nak masuk, tapi bila dah masuk tu, macam budak-budak jadi dia. Budak-budak pon kalah. Maklum, awak tak pernah lagi pergi tempat-tempat gini. Jadi terpegun sungguh. Nak nak bila jumpa penguin lah, anjing laut lah, ketam besar lah, jerung lah. Biasa awak tengok dalam tv jek, ni ha depan mata jek ha. Macam-macam lagi lah yang ada dalam ni.








Haa, ni baru sebahagian jek gambar yang menggambarkan apa yang ada dalam tu. Seriously awesome experience. Lepas habis terpegun tengok akuarium, jalan pergi tengok pantai pulak. Kalau dah datang pulau tak pergi pantai, sia-sia lah ye tak?? Eceh. 


   


Nak jugak tulis nama tu kannnn~ Nilah nama dia batak. Awak ni bukan selalu jumpa pantai, so bila dah jumpa, buat sesuka hati jelah kan. Mwehehee. Lagi pon boleh tengok sunset. Lama dah berangan nak tengok sunset kat pantai ni kan. Bila dah asyik sangat, gambar pon takdop, sodih. Haha. Takpelah, bukan rezeki. So pulang ke tempat penginapan untuk rehat sebelum keluar untuk makan malam pulak.

   

Makan malam dekat D'Khas Cafe. Makan simple jek untuk dinner malam tu, tak ingat pulak apa menunya, but it was worth it. Kedai ni dekat dekat jugak dengan tempat kitorang stay. Lepas makan berjalan-jalan kejap dekat area sekitar situ. Rasa nyaman jek jenjalan malam. Lama dah tak berjalan kaki malam-malam. Ramai betul pelancong sepanjang kitorang berjalan tu. Kat cafe-cafe yang ada sekitar tu. Aku snap gambar pulak banyak tak jadi jek, frust. Memang leisurely betul lah kitorang kat sini. Jalan slow jek. Lepas puas jalan, masa untuk balik lah kan. On the way nak balik tu, singgah ke 7 Eleven, beli snack untuk makan dalam bilik, hehe. :) 

Sampai bilik, masing-masing pon tak sedarkan diri lepas dah baring atas katil. Hehe. ;)

Memang kerja gila meredah ke Langkawi.
Duit pon bawak mana yang ada je.
><

You Might Also Like

3 comments

  1. Hi Atiqah, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my . I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing :) boleh la saya guna info awak ni utk plan pegi langkawi nanti

    ReplyDelete