Barakallah.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selfie sakan yang tukang bawak hantaran ni haa~

Dah lama tak tengok tarian piring~

Ada silat live~
Ehem, dear cousin sayang. Rasa macam baru semalam je kita share stories ngan awak pasal masalah kita, pasal orang yang kita suka, kita benci, pasal itu ini, pasal memacam lagi la. Lepas tu awak bertunang pulak. Rasa macam baru je aritu attend awak tunang, kali ni datang majlis awak sanding pulak. lagi susah la nak jumpa & share ngan awak sebab awak mesti ikut suami awak kan. Hiks.

Laju betei masa berlalu. Pape pon tahniah untuk awak ngan pasangan. Semoga awak jadi isteri yang solehah untuk dia, ibu yang mithali untuk zuriat kalian. Hoping both of you all the happiness. Semoga kekal hingga je Jannah. InshaAllah.
Doakan kita jugak.
One fine day.
InshaAllah.
;)

Terima kasih juta juta.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ehem ehem. Kering pulak tekak ni, heh. Alasan jek tu, sebenarnya tak tahu dari mana nak mula. Terasa macam banyak betei ayat nak ditulis ni. Memacam nak sebut, nak bagi tahu. Terutamanya pasal habisnya tempoh aku punya intern. Seminggu lebih dah pon sebenarnya. Tapi tak berkesempatan nak tulis apa-apa sebab seminggu ni balik kampung, 2 orang sepupu aku kawin. Tahniah ye korang. Tu nanti aku buat post lain eh. ;)

So, alhamdulillah,akhirnya habis jugak intern aku selama 24 minggu. Haha, yeke?? Lebih kot. Hiks. Tak kisah lah, yang penting memacam benda aku dapat. Most valuable experience yang aku takkan dapat kat memana. Even apa yang aku tulis ni pon tak mencukupi. Tak akan.

From left, Chan, Idzaan, Syah, Ijat, Aizam, aku, Tipan, Azam, Bob, Bond
So, ni lah dia muka abg-abg KITES. The people responsible for us while we had our intern at MIGHT. Hensem belaka semua, no wonder lah semuanya dah berpunya kan. Terima kasih yang tak terhingga kat semua atas segala bimbingan, tunjuk ajar & nasihat yang diberikan. Terutamanya kat abg-abg developer, sebab kitorang semua under dorang. Junior developer la katakan, ahaks. Hmm, tak tahu nak cerita macam mana sebenarnya, ayat dalam kepala ada dah, nak tulis je tak reti ni. Rasa berterabur sungguh ayat ni ha.

Untuk abg Idzaan, abg Syah & abg Ijat terima kasih sudi melayan segala kerenah dalam buat kerja as junior developer, hehe. Mesti tak terlayan kan, yelah sebab memasing pon ada kerja memasing kan. Tapi masih jugak ada masa untuk kitorang. Siap berlawak yang tak tahan tu. Boleh la release tension kan. Kononnya. Untuk abg Bob & abg Bond pon terima kasih sebab jadi tukang penceria hari sepanjang intern kat sana. Tak kering gusi bila datang office, nak nak dengan keletah abg Bond, ada ada je dia, hehe. 

Untuk En. Ai merangkap boss, terima kasih belanja makan, hehe. Terima kasih jugak sebab bagi kerja. Yelah, tak bagi kerja kang, melangut je la kat office tu, ye dak?? Baik takpayah intern gitu gamaknya. Hee. Untuk abg Azam pulak, terima kasih tolong kalau kitorang tak tahu pasal laptop ke server ke. Terima kasih jugak sebab bagi kitorang bawak balik ke kolej laptop office. Dapat jugak buat kerja. Tak pon layan movie, mwehehe. Okay, maaf untuk itu. Hee.

Habis ayat sudah ni. Oh, maaf andai cenderahati yang diberi tu tak seberapa, atau ada kesan comot conteng ke. Awak ni amatur je. Tu je yang mampu diberi untuk kenangan kami pernah berada di sana. InshaAllah, jika dipanjangkan umur, moga berjumpa lagi. Kalau ada terserempak kat memana, kalau ditegur moga ingat lagi la hendaknya. Hehee. ;)

Again, terima kasih. Juta juta.

p/s: Moga tak dilupa blog ni. Hiks. :p
Rindu jugak.

Akhirnya! Eh bukan.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hai hai korang, hehe. Lama betei dah ni aku tak update. Maaf bebanyak ye. En. L saya ni buat hal, lama betei dia merajuk, tatau pasal apo. Memang lama dia jauh dari den, nun kek KL sano.  Minggu lopeh baru balik kek den. Ghindu tahap gaban kot. Aduii. Lopeh ni apo nak jadi laei tak tau la. To you know who you are, bebanyak mokasih & maap diucap an sobab sanggup monyusah an diri anda nolong den ni ha, Hee. Nanti den belanjo pulak. Hah.

Hahaa, bila En. L takdo, memang takdo di'update' lah blog ni kan. Bukan tak nak, cuma takde feel nak update. Nak taip guna lappy lain tu polik yo ghaso eh. Mwehehe, okay gediks. Kasi lempang lelaju. Tapi serius, memang tak feel tak guna En. L. Plus bahan den pon banyak simpan kek En. L ni. 

Lama amek kan den tak update, lobih dah 2 bulan. Last maso bulan 9, sekarang dah akhir tahun dah ha, bulan 12. Fuh, nak catch up update balik yang lelama pon maleh yo ghaso. Banyak bondo jadi.
Den poei jenjalan, poei makan,  den poei dating, eh silap poei konduri kawin member den, den present ngan lecturer,  momacam laei lah.

Ni ha, den punyo LI pon patot eh habih dah. Tapi disobab an den amik cuti maghin, kono lah ganti seminggu laei. Haha, padan muko den. Yang lain dah dok berjimba habih, den pulak kono extend. Takpo lah, terimo yo. At least, lamo la sikit kek MIGHT kan, apo ado hal. Hiks. :)

Warghhh, report satu apa pon tak mula, setakat muka depan jek. FYP?? Lagi lah, idea pon tak mari, asik berlari jek, seteghes aku nak kejar. Laju kotttt~ Nasib baik baik calon SV dah bagi green light, so tinggal nak email bagitau jek. Mwehehee. InshaAllah, moga dipermudahkan.


p/s: Last few weekend ni memasing buat jemputan kawin, maaf mana yang aku tak datang tu ye. Btw, Congrats Eien, Izzah & Alyah. Didoakan moga kekal dengan pasangan memasing. InshaAllah. :)
 Minggu depan sepupu den pulak!! Wuhuuu, balik kampung woi~

Aku??
Doakan jek.
One fine day, inshaAllah.

Bertiga??


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ahoi!! Hmm, minggu ni dah tinggal kitorang je yang intern kat MIGHT. Yang lain semua habis dah. Tak best dah ha. Sunyi jek rasa. Dulu nak lunch ke, sarap ke, keluar berjemaah. Sekarang tak dah. Minggu lepas Syida pulak last. Oh.
Farewell Rasyidah Utama. All the best okay!! ;)
Oh btw, thanks for all the souvenirs. Me like like very much!! ^^ Err, sebenarnya aku lupa dah point apa nak tulis untuk kali ni. Argh, menyesal tak jot down. Ceh. Okay, menyesal kemudian tiada guna. Chiao dulu, bai! XD

Sakit perut.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Ahah. sakit perut bukan sebab nak ke tandas tau. Ni sakit perut sebab gelak. Dua minggu ni sakit perut sebab gelak je manjang. Ni semua abang-abang kat office tu punya pasal le. Agak-agak boleh tahu dah kan siapa?? Mwahahaa. Dua minggu ni rajin beliau datang tempat aku ngan Tipan buat kerja. Yelah senang la kotkan nak deal ngan Tipan sebab dorang yang buat kerja tu sesama. Aku pon menolong sampingan jek. Eheh.

Btw, minggu lepas last si Alfah ngan Mira. Lepas ni dah takde dah orang nak tolong tengokkan Kak Nor sampai untuk breakfast kat atas. Kena gerak sendiri la. Sebelum ni Alfah tolong rogerkan kitorang yang kat bawah ni. Hehe.

Supposed farewell untuk Alfah & Mira, tapi dorang tak dapat join. :(

Lepas makan, balik pejabat, selfie. Hah!

All the best untuk korang lepas ni. Untuk Alfah, moga business bertambah maju. Nak tahu dia business apa?? Haa, meh jemput tengok SINI & SINI. Ehee. ;) Tadi macam banyak idea nak tulis ayat, tapi aku dah blur. So, papai!

Amal nak UPSR!
Wohaa!
;)

Merepek ke meraban?


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam Kemerdekaan ke-57 semua! Haha, takde nak buat post pasal merdeka mcama tahun lepas. Kali ni nak bersantai jek. Boleh tak?? Mwahahaa. Menggunakan cuti yang ado~ *konon*

Pejam celik, pejam celik dah 2 bulan aku intern kat MiGHT. Sekejap jek. Serius. Dorang yang masuk dulu pon dah nak keluar dah. Kurang lah geng nanti. Takpe, takpe, nanti mesti ada geng baru intern yang masuk punya. So dapat lagi tambah kawan baru. Eheh.

Aku pon tak lama lagi dah nak masuk kolej balik. Wuhuu. 2 bulan tinggal sendiri, macam-macam jadi. Siap berpindah bagai. Macam-macam perasaan aku kot time tu. Baru tahu susah dok jauh dengan family, sorang pulak tu. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Berjaya jugak harungi 2 bulan sendiri. Ni baru masa intern je, belum dah grad nanti. Haa, guane la gamaknya nanti kan. Hee.

Aku bosan sebenarnya ni. Nak mencari idea nak ubah blog. Rasa macam dah lama tak tukar dah. Siapa ada idea, sila angkat tangann. Haha, bagi cadangan anda sikit. Ececee, siap mintak cadangan idea bagai. Kasi lempang lelaju, terus dapat kot. Ahah, perasan betei. Ceh.
Rasa macam tak nak balik sana.

Mini Merdeka Giveaway


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Moh le kita ye. ;)

Syarat penyertaan: 
1. Warganegara Malaysia yang mempunyai blog. *yep*
2. WAJIB Follow:-

3. Like : 
 
4. Follow our sponsor: Instagram@hudapunya -- jika ada instagram, wajib follow *done*
5. Buat satu entry yang bertajuk "Mini Merdeka Giveaway" *done*
6. Letak banner dalam entry dan backlink ke entry ini. Jika anda dari blog saya, maka linkkan ke blog saya. Jika anda dari blog ajan, maka backlinkkan ke blog beliau. *done*
7. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu. *1,2,3*
8. Hantar link entry anda pada entry ini SAHAJA. Jika dari blog saya. Maka hantar ke saya. Sebaliknya jika anda dari blog ajan. *done*


Hadiah
1X Pineng Powerbank
2X Monopod
3X RM10 topup

Lama dah tak join GA.
Thanks for the invite Apis.
:)


What week??


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Aidilfitri dari kami yang intern kat MIGHT. Hiks. :p


Lost count on the time. Fuh. Time really goes by faster than I thought. Had a another great week. I don't really remember much about this week. Hah, that's what you get when you skip updating. ><

Dah tahu awak tu memori tak kuat, tak tulis/note kat memana. Memang tak la. Ceh. Dulu rajin pulak note kat memana, even atas kertas kecik cenonit pon. Apo nak jadi ha. Gasak la. Ikut suka, blog sendiri, sendiri jugak baca. pape jangan menyesal, mwahahaaa. :p

p/s: Official dah rasanya panggilan Kechikuma & Tipan kat MIGHT tu, hahaa.

Tak lama dah nak masuk kolej.
Rindu jadi fasi.
Hee.
;)

Oh raya!!


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
16 August 2014
First trip, Munie's wedding. The theme is pink.
Barakallah dear Munie & husband!! Beautiful.
Jumpa pulak geng rugby touch kat wedding Munie. 3 dah, yang lain?? ;)
Next, Tipan's house. Well, her brother's actually. Hehe. Here are some of the pictures taken at Tipan's house. Thanks for the bihun sup. Yummeh!! Me like it. :)





On our way to Syafika's house. But first, lets take a selfie. XD
Syafika's house. Thanks for everything babe. Sorry for any inconvenience. Truly grateful for everything you've done. Thanks for the potato & chicken thingy. I'm touched. >< 



Part of BSCs girls. Thanks for today guys!! Love you mucho. ;)
Nampak tak tebiatnya aku menulis in english. Bukan apa, saje nak practice. Lama dah rasanya tinggal. Nak cakap memang tak confident, eheh. Btw, terima kasih berjuta-juta lemon kat korang untuk trip ni. Walaupun 2 rumah jek, serius aku seronok sangat. Dapat jumpa, borak,  gelak dengan korang. Rindu!! 

Memang sakit perut dengan korang hari ni. InshaAllah, nanti lain tahun punya raya, jemput datang rumah aku pulak eh. Masa tu biar semua geng kita ada. Pastu nanti kita konvoi raya reramai. Mwahahahaa. Amiin. InshaAllah. ;)

p/s: Selamat hari lahir Sidot!!
Rezeki duit raya tetap ada.
Alhamdulillah.

Tak.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Indeed.

The counting continues~


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Wehuu, and we're back to work babeh. Finally, after a week of holiday and raya, haha. Ikutkan hati tak nak balik jek rasa, malas betei. Nak stay rumah lagi, nak beraya lagi. Ahai, gediks. Padahal balik sini bukan tak boleh beraya pon kan, ceh. ><
So this week, I started to work on the survey system project. Haha, it's really fun being able to do the work, dealing with the client. Kelakar pon ado, sebab kerajinan nak melayan tu tak tinggi. Orang tu rajin betei datang devision kitorang. Paham sebenarnya kenapa, its just that bila orang tu datang, aku ngan abg Idzaan rasa macam alahaiiii~ Haa, nampak tak. Tapi biasanya, abg Idzaan la rajin layan, sebab dia handle kan, eheh. :p 
Hah, aku tak ingat hari apa, tapi rasanya Rabu kot abg Syah gigih pergi tempat Chan nak suruh dia tuliskan nama dalam chinese character. Abg Ijat pon sama. Kelakar sebab chinese character kan banyak untuk 1 bunyi tu, but with different meaning. Gigih la si Chan dok menerangkan ngan bagitau acane sebutan nama memasing in chinese. Then aku pulak untuk korean. Tipan la ni. Heh.
Paling kelakar bila abg Syah suruh tuliskan nama someone ni ngan satu perkataan ni. Golak habis den time tu. Bukan aku jek, Tipan pon. Seriously. Sakit perut den. Beriya blushing malu bagai. Okay, aku gelak lagi mengingatkan benda ni, haha. Oops~ 
Kechikuma, Rasyidah Utama, Atiqa Panjang. Hamik kau nama memasing. :p
Minggu ni jugak dah start pergi lunch, hehe. 4 hari pertama ni, 4 kedai la pergi. 1 hari, satu kedai. Haha, hamik kau. Nampak la kegigihan nak cari kedai murah. Mana taknya, memasing nak mahal jek. Elaun den tak banyak mano, pokai den, pokaii~
Oh, hari Jumaat hari makan sedunia pulak. Bukan apa, pagi tu ada macam jamuan farewell untuk Kak Raisa. Fuh, aku paling suka kentang yang kak Mas masak. Sodap weh. Haha, den memang gilo kontang. Then, tengahari pulak rumah terbuka finance division dekat rumah En. Zaini. Berjalan kejap ke nun Shah Alam sana. Mwahahaa. Memang makin gemuk la den lopeh ghayo ni gamak ehei. -..- This week kinda feel hectic a bit, yet its still amazing and fun. Hiks.
p/s:Thanks Amy & Syira sebab sudi datang rumah. ^^ 
Nuek tak datang~
:(

SHL NAI!!


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hey awok.
Selamat Hari Lahir!!

Didoakan
Moga sihat selalu.
Moga murah rezeki.
Moga diberi kejayaan.
Moga diratmatiNya.
Moga dapat jodoh soleh.
Moga jadi kebanggaan ibu bapa.
Moga solehah.
InshaAllah.
Allahumma amin.

Maaf
Untuk kata-kata.
Untuk perbuatan.
Untuk khilaf.

Andai terguris.
Andai terasa.
Andai tersimpan.
Moga dimaafi.

Salam Aidilfitri. ;)

Tak sabau nak raya sesama.
><

Eid.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Anak-anak serta cucu-cucu Zakaria & Md. Din.

Cucu-cucu Romiah yang ado~ Tak sah tak ber'selfie'. ^^
Alhamdulillah. Dapat jugak beraya walaupun cuti sekejap. Wehuu~!! Hahaa, okay la kan daripada tak dapat raya langsung. Macam tahun lepas, tahun ni ghayo kek Jolobu dulu. Hee.

Meriah kau. Nak nak masa 'sesi' ambil gambar. Sakit perut gelak. Mahu takknya, 4 family berkumpul dari malam raya tu lagi. 3 lagi pulak sampai kemudiannya. Seronok dapat jumpa balik sepupu-sepupu, borak gurau semua. Hah, rindu. Yelah, family aku jauh dari yang lain, dah tu jarang pulak dapat balik. Masa ni je la yang ado kan, hehe.><

Petang tu terus gerak balik Johol pulak. Tu pon dah 4 family dah kumpul sana. Family aku sampai dorang pulak balik dah, so sompek amik gamba pon mano yang ado yo, ahai. Takpo lah, janji ado. Tu pon nasib baik ada jugak yang stay sekali. Kalau tak memang family aku je lah ngan Mak Cu aku.

Petang tu jugak terus raya rumah Pak Long then ziarah kubur arwan uwan ngan atok. Rindu lagi. Takpe lah, yang penting tak lupa doakan mereka, ye tak. ;)

Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
:)

Week 4 babeh~


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Wehuuu~ Its the end of the 4th week. Alhamdulillah. Ahaa, minggu ni memang tabah habis beb. Tabah sebab apa?? Sebab teruk kena kacau dengan si abg Syah tu. Sakan betei dia dok kacau aku dengan Chan. Tipan pulak menyokong. Soba yolah den ni ha. Haha. Well, biasalah tu usik-mengusik. Kang senyap sangat pon tak best jugak, kan?? Ahaa. Minggu ni ramai dah start cuti untuk raya. Pejabat pon rasa ala-ala lebih sunyi dari biasa.
Bila ke surau jumpa intern lain, dorang pon kata orang pejabat dah start orang cuti. Biasalah tu, kalau dah namanya raya, sah sah le orang nak bercuti, nak balik kampung, berkumpul semua keluarga. Tetiba rindu pulak kek uwan ngan atok den. Al-Fatihah.
Minggu ni pon dah dapat projek baru. Siap kena attend meeting. Haa, hamik kau. Ni first time ni weh. Cuak, takut, pe benda semua ada. But it went well. Lega. So dah bermula la projek tu kiranya. Ahaa. Mohon dipermudahkan semua urusan sepanjang projek ni nanti. InshaAllah. Allahumma Amin.
Oh, btw hari ni last day, and its halfday babeh!! Seghonok memasing. Siap berjalan ni memasing ke setiap division nak bermaafan. Meriah weh. Ahaa, excited jek aku tadi. Ahai. Segan pon ada. Maklum kitorang ni 'tersorok' sikit. Nak jalan sendiri segan, so dorang datang tu alhamdulillah. Berkenalan lah jugak lepas tu kan. Hehee. Pape pon moh kito pulang, tak soba nak buko mo pemeli. Esok pulak buko kek kampung. Wehuuu~!! ;p

p/s: Suppose Isnin ada majlis berbuka, tapi tak dapat pergi, ado hal.
p/s/s: Abg ijat layan Running Man jugok woi~ ><

Dapat balik awal weh!!
;) 

Minggu 3.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Fuh, minggu ni rasa kejap betei. Haha, mentang Selasa cuti kan. Baju pon jadi kurang nak basuh. Mwahahaa. Alhamdulillah for this week. Selesai dah kerja last week. So minggu ni start new stage pulok. Nasib baik yang kali ni punya simple sikit. Senang sikit. Siap buat, tunjuk Sv, approve then finished. :p

Minggu ni aku dah kena setup meeting untuk projek. Fuh, cuak pulok. Pfftt. Koya laa~ Well, dah mula dah la kiranya ni projek untuk aku. Ahaa, bismillah. Moga dipermudahkan semuanya. Amiin. Doakan aku eh korang. Eceh. Nanti aku cerita lagi bila dah start ye?

Minggu ni dah mula biasa dengan jammed pepagi and nak balik kerja. Haha, memula dulu jakun la jugak kan. Yelah, tak pernah merasa sentiasa dalam keadaan jammed. Ni pon pengalaman first awak kerja. Haa, nampak tak. Ni lah jadinya bila orang tak pernah bekerja kan. Tulah bila cuti manjang terperuk je kat rumah tu. Heh. Orang pon terkejut bila jumpa.

Okay dah mula merepek. Nanti aku update lagi. Chioa~! ;)

Semoga dapat cuti.
Nak raya woi!
><

Allah Maha Mengetahui.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

No words.
Speechless.
Saddest day.

Too many.
Killings.
Death.
Innocent souls.

"A beautiful verse to reflect on in these tough times. Never be despondent of Allah's wisdom and might. #Hope #Dua " - Hussain Kamani

Brace yourself.
Have faith.
He loves us.

He is the Best of Planner.
Allah The Almighty.
Allah The All-Knowing.
Al-Fatihah.
Sad day.
I wanna go home.
So bad.
ㅠ.ㅠ

Berbuka bersama. ;)


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

14 Julai 2014


Selfie itu wajiblah ada. Ahaa. XD




Alhamdulillah. Lepas pening mana nak jadikan port berkumpul, ke Mid Valley jugak akhirnya. Yeah. Berjaya jugak berbuka beramai-ramai walaupun tak cukup kuota. Rindu muka-muka dorang ni haa. Padahal baru berapa minggu jek tak jumpa.

Jumpa sekejap pon bila dah berborak tu sakan sungguh. Pung pang pung pang jugak lah kan. Rasa banyak betul nak dikongsi. Nak nak kisah pasal kerja memasing kan. Meriah. Terima kasih melayan kegilaan aku malam tu. Maaf menyusahkan. Nak nak yang laki. Ngikut jek ye. Hee. ><

p/s: Didoakan semoga perjalanan Anas & Alip ke Korea selamat semuanya. InshaAllah. Gua jealous hoi!!

15 Julai.
Dear mom,
Selamat Hari Lahir.
Me miss you mucho.
;)

Minggu kedua!!


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Fuhh. Another week has passed. Alhamduilillah. Minggu ni jugak kerja bertambah dah sikit-sikit. Well, masih dalam proses belajar kan, so it's okay. :) Oh by the way, minggu ni kitorang dapat geng baru, Chan nama dia. Dia dari UPM jugak, cuma aku jelah tak pernah perasan. Ahah. Sadis.

Haa, minggu ni jugak lah kitorang macam 'offically' diperkenalkan dengan geng Knowledge, IT & Event Services (KITES). Cewah. Ada En. Aizam, abg Ijat, abg Syah, abg Idzaan, abg Azam, abg Bob and abg Bond. Actually sampai sekarang pon aku tatau sama ada nak panggil En. atau abg. Gedik kan?? Nasib baik Chan ado, kalau tak tak tahu la den. Ahaa. Sebenarnya minggu lepas lagi abg Ijat suruh kitorang perkenalkan diri, tapi kitorang kena pergi sendiri jek, so rasa macam awkward teramat sangat. Kang kot ganggu kerja dorang pulak kan. Plus SEGAN kot. Itu sebab utama. Ehee. ><

Geng dorang ni bukan calang-calang weh. Tu si abg Syah tu, dengar cerita result exam gempak-gempak. Straight A's student. Fuh, tak sangka. Perangai pelik-pelik jek, tapi terbaik seyh. Belajar obersi kat US tuu~ Cerita dia jelah yang kitorang selalu dengar sebab abg Ijat selalu promote. Yang lain takdo laei. :p Oh pasal abg Ijat pon ade. Lupa. Tapi tu nanti lah aku cerita, mwahaha. Osah gilo dah den ni ha.

Minggu ni banyak fokus on kerja. Haha, yeke?? Poyo. Takde lah fokus mana, tapi disebabkan ada kerja tu so takde lah aku ngantuk jek pepagi tu. Minggu ni sambung lagi yang minggu lepas punya kerja, buat SDDP. Then abg Ijat check kan, so betulkan balik lah memana yang patut. Lebih kurang gitulah gamaknya aktiviti minggu ni. Konon.

Minggu ni jugak first time dapat berbuka puasa dengan akak housemate. Maklum sebelum ni sorang jek dalam bilik, mwehehee. Alhamdulillah, so far rumah baru ni better than previous one. Akak housemate pon okay jugak. First masuk memang dorang dah suruh buat macam rumah sendiri, nak masak ke pape ke guna jek barang dorang tu. Macam aku ni sama jek cam dorang. Serius segan, maklum la bukan barang kita kan. Ahah. So hopefully sepanjang aku tinggal kat sini dapat lah rapat dengan dorang even aku duduk sekejap jek. InshaAllah. ;)

p/s: Abg Syah tak nyabau hari-hari suruh aku update. Payah jugok  takdo tenet ni.

Keep praying.
:(

Minggu pertama!!


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Gigih pepagi ambik gambar. Nampak la semangatnya tu konon.
Fuhh, mula dah weh. Apa yang mulanya?? LATIHAN INDUSTRI a.k.a INTERSHIP aku lah, apa lagi. Mwahahaa. Pergh, nebes dia tayah cakap lah kan. Punya semangat aku datang tahu tak, takut terlambat. Bila sampai awal, supervisor aku pulak lambat. Haha. Bola oh bola.

Hari first dah dapat laptop 2kg. Haa, amik kau. Power tak power la kan laptop tu, sebab tu lah berat gamaknya. Tak sangka jugok dapat tu sebenarnya. Memang tak expect pape. Then, ada jugak kena buat print scan. Haa, ni memang gempak wa cakap lu. Rasa seronok pulak kan main scan-scan jari sebelum boleh masuk pejabat. Selalu tengok movie jek, kali ni boleh buat sendiri dah. Hee.

Hari first tak buat kerja lagi just briefing sikit pasal MiGHT je lah. Yep, MiGHT tu nama syarikat yang aku kerja sepanjang latihan industri ni. MiGHT stands for Malaysian Industry-Government Group for High Technology. Panjang tak panjang lah kan nama dia. :) So kena pahamkan apa MiGHT ni sebenarnya, apa yang MiGHT buat. So kitorang diberi tahun lepas punya annual report untuk tahu benda yang aku sebut tadi. Ngantuk tak ngantuk jugak lah kan baca. Panjang-panjang ayat, ENGLISH lagi.

Le work station. Hee. 
Well, itu semua perkara biasa. Proses belajar kan?? Bersungut pon, dah memang tu yang kau perlu tahu, so nak tak nak kena lah tahu jugak. Dah masuk alam kerja, kenalah adapt dengan environmentnya, kan, kan?? En. Fairul pon dah brief pasal apa yang perlu kitorang buat sepanjang bekerja kat MiGHT ni. Perkara basic lah kan, semua pon tahu kot kan. Malas aku nak cerita. ;)

Setakat seminggu ni, baru lah nak belajar sikit-sikit pasal Sharepoint, pasal wireframe. Tipan dah kena handle Joomla dah, terer lah beliau lepas ni. Hee. Rasa macam sikit, tapi sebenarnya banyak je yang dahbelajar first week ni. Sedar tak sedar lah sebenarnyakan. Haa, fokus tu penting. Aku ni dah le BLUR. Kena cecepat adapt, need to be fast enough to catch up everything that happened around here. Cewah ;)

Ok dah. Payah pulok nak cerita semua benda kan, kang ada yang muntah hijo kang. Gedik nau semua benda nak diceghito eh. Oh how  i miss miss home so much. Hmm. Puasa tahun ni jauh dari keluarga. Sayu jek rasa. Pepagi bangun sahur sendiri dah. Dulu mak kejutkan. Takpe lah, awok pon besau dah, bila lagi kan nak merasa puasa di perantauan ni kan. Cewah. Second time. Sebelum ni masa matrik dulu.

Mengharapkan segalanya dipermudahkan oleh Allah. Semoga dalam 6 bulan mendatang, banyak ilmu yang diperoleh sepanjang tempoh aku kerja tu. InshaAllah. Allahumma ameen. :) Done with first week, apo laei, den balik ghumah hoi! Ghindu mo pemeli den dah ha.

p/s: alhamdulillah, rumah pon dah settle. pengajaran duduk rumah sewa, ahaks.
Hey.
I miss you??
:p

Stay With Me


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


그대도 나와 같은 슬픈 표정을 하고 있었잖아
Won’t you stay with me

A-yo what’s up baby girl 
오늘따라 더 Beautiful
그 동안 잘 지냈어 어색한 지금 우리 둘
그냥 I just wonder 이 모든 게 낯설어
네가 불편하지 않게 쿨한 척 해 말 걸어
애교 섞인 장난에 올라가는 분위기
때론 진지해도 네겐 가볍게만 들리지
웃기지 어느새 다 빈 Wine & Tea
그 속에 가득 채운 느낌 There’s something
Was so lonely 내 맘을 넌 알잖아
하루 종일 기다려 온 나잖아
일부러 날 밀어내려 강한척하고 있지만
누구보다도 여린 나의 Darling Darling

그대도 나와 같은 슬픈 표정을 하고 있었잖아
Won’t you stay with me 내게로 와
입은 아니라 해도 눈은 날 원한다고 말했잖아
Won’t you stay with me 내게로 와

예전과 같이 밤거리를 둘이서만 걸어
누가 봐도 원래 다정했던 연인들처럼
사람들 많은 클럽 둘이 부비부비
Hey Did you maybe flirt with me a little bit
너는 술에 취해 나는 너의 눈코입 몸에 취해
내 귀에 속삭이는 네 숨소리에 마비돼
자 이제 Baby I will take you home
마지막으로 널 한번만 더 세게 안고
그 발코니 이른 아침이었잖아
기억나니 손을 흔들었잖아
그 날의 우리 모습은 너무나 완벽했지만
돌아서 나 혼자 또 다시 Falling Falling

그대도 나와 같은 슬픈 표정을 하고 있었잖아
Won’t you stay with me 내게로 와
입은 아니라 해도 눈은 날 원한다고 말했잖아
Won’t you stay with me 내게로 와

아무런 말도 없이 널 이 순간에 머물게 해줘
오늘밤이 지나면 새로운 날이 시작돼
내게는 너뿐이야 내 사랑은 너 하나뿐이야
Hey 망설이지 말고 그저 이대로 Stay with me

For worse or for better 
Just stay with me forever
For worse or for better 
Just stay with me forever

그대도 나와 같은 슬픈 표정을 하고 있었잖아
Won’t you stay with me 내게로 와
입은 아니라 해도 눈은 날 원한다고 말했잖아
Won’t you stay with me 내게로 와

You have the same sad face as me
Won’t you stay with me

A-yo what’s up baby girl
You’re especially more beautiful today
How’ve you been? It’s awkward between us right now
I just wondered, everything feels so strange
I pretend to be cool and start talking to you so you won’t be uncomfortable
The atmosphere gets better at our cute jokes
Even when I get serious sometimes, you just take it lightly
It’s funny, at some point, the wine and tea are empty
But it feels really full, there’s something
Was so lonely, you know how I feel
I’ve waited all day
You pretend to be strong on purpose to push me out
But you’re softer than anyone else, my darling darling

You have the same sad face as me
Won’t you stay with me, come to me
Your lips don’t agree but your eyes tell me you want me
Won’t you stay with me, come to me

We’re walking on the night streets just like we did before
Close enough for anyone to think we’re lovers
Dancing up on each other at a crowded club
Hey did you maybe flirt with me a little bit
You’re drunk with alcohol, I’m drunk with your eyes, nose, lips, body
Your breath that whispers in my ear paralyzes me
Now baby I will take you home
I’ll hug you tight for one last time
It was on that balcony, early in the morning
Do you remember? We waved with our hands
We were so perfect on that day
But I turn around by myself once again falling falling

You have the same sad face as me
Won’t you stay with me, come to me
Your lips don’t agree but your eyes tell me you want me
Won’t you stay with me, come to me

Let yourself stay in this moment without a word
When tonight passes, a new day will start
I only have you, you’re my only love
He don’t hesitate and just as you are, stay with me

For worse or for better
Just stay with me forever
For worse or for better
Just stay with me forever

You have the same sad face as me
Won’t you stay with me, come to me
Your lips don’t agree but your eyes tell me you want me
Won’t you stay with me, come to me

Source: *,*
Addicted.

Short holiday.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


I'm home. The finals are over. It's time to enjoy the time with my family. Well, a week is definitely a short time, but if it is with our loved one, it'll seems a bit longer. Time pass by a little slower. Right?? Haha, okay just kidding.

Fuh, the intern is coming soon, so does Ramadhan. Will I make it through?? Hoping for the best to happen. All the best to my mates. Lets learn as many as we could and gain as many experience as we can shall we?? InshaAllah, may Allah ease everything. ;)

Never thought I'd say this.
But I'm glad.
Thanks.
:)

You.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Well, the final is around the corner. Good luck!
All the best to all my friends too.

아티카 파이팅!
나는 공부해야되.
안녕! ;)

Aku tetap aku.
Cewah.
><

Salam Isra Mi'raj


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah.
Syukran Rabb.
Engkau tak pernah tinggal.
Engkau tak pernah lupa.
Engkau sentiasa ada.
Engkau sentiasa ingat.
Akan hambaMu yang leka ini.
Akan hambaMu yang lalai ini.
Akan hambaMu yang lupa ini.
Akan hambaMu yang tak bersukur atas segala nikmatMu.
Syukran Rabb.
Engkau masih beri peluang.
Engkau masih beri jalan.
Engkau masih beri petunjuk.
Alhamdulillah.
Syukran Rabb untuk peluang ini.
SOLAT.
Jangan pernah tinggal akan yang satu ini.
;)

Surprising day 2.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Okay sambungan cerita untuk 16 Mei 2014. Haha.

Hasil penantian hampir 7 jam. 3 ubat sahaja yang termampu.

Alkisah lepas dah habis interview tu balik lunch, then petang pergi kelas ganti sampai lah petang. Lepas habis kita balik dan berehat. Malamnya pergi training rugby touch pulok.

The story starts here. Bila mana masa latihan tu aku terjatuh, and pinggang aku terhentak as aku jatuh tu aku terduduk. Masa ni aku nak break waktu sprint test. Hambik kau, break entah ke mana, aku pulak dah terbaring situ. Pergh, sakit dia memang tak boleh nak gambarkan. Memang terkejut jugak la aku. Yang bebudak lain ni lagi la. Memasing dah datang kat aku. Terkejut.

At first tu memang aku terlentang je lah kat padang tepi tu. Then dorang tolong belikan ais letak nak letak kat belakang. Masa nak pusing tu, lagilah. Dah macam apa je aku kat situ terbaring tahu. Nak bernafas pon macam susah jugak. Serius segan sebab memasing duduk keliling aku. Masa dah meniarap tu ada jugak dorang check kan sikit belakang aku. Tekan tekan part memana yang dorang rasa related ke kan. Maklum aku bukan tahu sangat part ni, tak pakar. Setakat yang simple tu tahu la. Ni dah kes pinggang, haa melopong.

Sambil dorang treat aku tu, ada jugak la dorang melawak. Saje je tau dorang ni. Dapat kenakan orang, bukan main lagi kan. Haha, you know who you are lah kan, malas nak sebut, kang marah pulok. Eceh. Okay, lama aku meniarap tu, so dorang decide memang nak bawak PKU lah. SO aku kenalah bangunn~

Masa nak bangun tu, lagi lah. Dada rasa senak sungguh, nak bernafas rasa perit, payah. Bila bangun tu memang sorang tolong support sebab aku tak boleh nak bangun sendiri, sakit. Sangat. Allah Maha Mengetahui. Bila bangun tu, nak gerak ke kereta tu lagilah payah. Thanks sesangat kat korang yang tolong support aku masa tu. Dah menyusahkan korang nak kena papah aku, haha. Nak masuk keluar kerata memang tak payah cakap la guane kan. Sakit.

Perjalanan nak ke PKU tu rasa perjalanan yang jauh teramat sangat. Aku yang tengah duduk kat belakang ni memang asyik cakap bila la nak sampai, padahal dekat je kot. Rasa jauh sungguh. Memang aku duduk tu tak duduk mana. Aku support badan aku guna tangan supaya tak duduk sangat kat kerusi kereta tu. Sebab kena bonggol tu, perghhhh~!

Sampai je PKU, duduk wheelchair. Lagi aku support badan aku guna tangan. Support bagi belakang aku tegak, kalau tak memang sakit. Bila doktor sampai, dia check belakang aku, nak bergerak untuk kasi ruang dia check pon rasa payah sungguh. Then dia cakap memang kena pergi hospital, takut pape ke kan. So kena X-RAY. X-ray kat PKU pulak tutup. So terpaksa lah, nak buat guane kan. So doktor bagi ubat, then masuk ambulans then gerak ke hospital.

At first Abang tu offer duduk, tapi aku nak baring. Tak sanggup aku nak bayang sakit tu kalau aku duduk. Even ke PKU yang Kejap tu pon macam hape dah. Ni kan pulak ke hospital yang jauh tu. Ahai. So another one of the longest journey I'd ever experienced in my life. Mwahahaa, okay itu poyo. Tapi serius memang lama gila kot. Abang tu pulak bawak laju jek. Bila sampai tu, kena tunggu wheelchair. Lama tak lama jugak. Kesian si Efy, bongkok jek sebab kena support aku kat pinggang. Dah le aku pendek, so pepaham le kan.

So dah masuk, kena tunggu untuk doktor. Lagi tunggu. Then doktor tu suruh x-ray then after that tunggu nama kena panggil. So pergi lah x-ray. Nak ke bilik x-ray tu pon auh bukan main, bagi aku lah. Hahaa. Done with x-ray, so back to the waiting place. Huhuu, and the suffer begins.

Sempat jugak snap kan. Around 3 am masa ni. Sejuk!!

Since bilik doktor yang available hanya 2 SAHAJA, so the process is sooooooooooo slow. Seriously. No kidding. Aku ingat lama dia tu lama biasa je la dalam 1, 2 jam camtu jek. Turns out we've to wait till the next morning!! Yep, aku dapat jumpa doktor dalam 6.15 pagi camtu. Bayang kan, aku sampai sana pukul 11 lebih, after that kena tunggu sampai lahh ke pagi tu. 

Suasana kat situ memang first time aku alami. Kesian jugak tengok mana parents yang datang dengan baby kecik tu. Sebab sejuk kot kena tunggu lama. Aku, Efy & Kecah pon sejuk macam hape sampai si Kecah pergi tidur kat kerata tak tahan sejuk. Efy lah meneman aku kat dalam tu kesejukan. Ada jugak la dia keluar jugak sebab tak tahan sejuk kan. Serius aku rasa serba salah. Kesian kena menanggung sejuk tak memasal.

Bila dah masuk jumpa doktor tu, dia bagi inject untuk kurangkan rasa sakit. Tapi aku rasa macam lagi sakit je lepas inject tu sebenarnya. Haa, gasak kau la Kechek oi. Sebelum ti dia check jugak la yang x-ray aku tu. Ada 2 doktor dalam tu. Dorang macam a bit confius jugak tengok sebab tulang aku kind of macam bengkok. Aku pon nampak bengkoknya tu. Tapi dorang kata tu bukan masalah sebab menda apa entah. Dorang lebih fokus kat tulang yang aku kata sakit bila doktot tu check. Sampaikan dorang pergi tanya doktor lain.

But alhamdulillah, everything was fine. Doktor kata urat je. Entah cemana entah, putus ke twisted ke apa. Dia kata takde pape. But dia pesan no aktiviti lasak for next  2 weeks and aku memang tak boleh nak main ragbi. Melopong yolah kali ni. Then doktor tu pesan jugak incase kalau aku ada rasa numb tetiba atau tak rasa pape ke, terus datang hospital. Biasalah, saraf tunjang kita kat kat belakang, so if anything happened to it, dia effect lah pergerakan aku. Doktor tu pon kesian jek sebab aku kena tunggu lama. And orang kat depan tu tak bagi ubat or pape. Well, takpe lah, redha je time tu.

Then dia kata dia boleh bagi ubat tahan sakit, and ubat sapu je. Since aku ada gastrik dia bagi ubat extra sebab apa entah, ada kaitan ngan ubat tahan sakit tu lah. So, overall 3 ubat selapas 6 jam penantian. Bila tengok balik situasi tu, macam boleh paham sebenarnya. Bayangkan, doktor sikit tapi patients ramai. Dorang terpaksa agih kan antara dua bilik tu. Pesakit pon memacam kes ada. So memang kesabaran dan kefahaman kita untuk diorang bekerja masa tu diperlukan. Bukan salah dorang pon. Serius. Aku rasa dorang dah buat yang terbaik untuk setiap patient.

Habis jumpa doktor kita pon balik!! Yeay, boleh berehat, tidur dalam keadaan yang lebih selesa. Selesakah?? Ahaa. Btw, thanks a million untuk semua yang terlibat menolong aku secara langsung atau tak secara langsung. Cewah. Nak sebut sesatu macam ramai, aku pon tak ingat sangat tapi thanks kat Efy, Kecah, CheBo, Kintan, Kadi, Alin, Hajar, Wawa, Farahin, Asif, Wani, Anin, Yasmin, Farisha, and kalau aku tak sebut tu maaf lah. Aku tak ingat. Thanks sebab bagi support masa aku terbaring tu. Thanks a lot. Tak memasal latihan stop kejap ye. Boleh la korang rehat ye tak, haahaa. Mohon maaf atas salah silap aku ye.

p/s: Selamat Hari Guru Mak!! & guru2 Sek Keb PULAPAH, Sek Keb Ampang Pecah, Sek Men Ampang Pecah, Kolej Matrikulasi Johor & UPM.

Sakit.
Kifarah.
Means Allah sayang.
Time to reflect yourself too beb.
;)