Terima kasih juta juta.

1:01 AM


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ehem ehem. Kering pulak tekak ni, heh. Alasan jek tu, sebenarnya tak tahu dari mana nak mula. Terasa macam banyak betei ayat nak ditulis ni. Memacam nak sebut, nak bagi tahu. Terutamanya pasal habisnya tempoh aku punya intern. Seminggu lebih dah pon sebenarnya. Tapi tak berkesempatan nak tulis apa-apa sebab seminggu ni balik kampung, 2 orang sepupu aku kawin. Tahniah ye korang. Tu nanti aku buat post lain eh. ;)

So, alhamdulillah,akhirnya habis jugak intern aku selama 24 minggu. Haha, yeke?? Lebih kot. Hiks. Tak kisah lah, yang penting memacam benda aku dapat. Most valuable experience yang aku takkan dapat kat memana. Even apa yang aku tulis ni pon tak mencukupi. Tak akan.

From left, Chan, Idzaan, Syah, Ijat, Aizam, aku, Tipan, Azam, Bob, Bond
So, ni lah dia muka abg-abg KITES. The people responsible for us while we had our intern at MIGHT. Hensem belaka semua, no wonder lah semuanya dah berpunya kan. Terima kasih yang tak terhingga kat semua atas segala bimbingan, tunjuk ajar & nasihat yang diberikan. Terutamanya kat abg-abg developer, sebab kitorang semua under dorang. Junior developer la katakan, ahaks. Hmm, tak tahu nak cerita macam mana sebenarnya, ayat dalam kepala ada dah, nak tulis je tak reti ni. Rasa berterabur sungguh ayat ni ha.

Untuk abg Idzaan, abg Syah & abg Ijat terima kasih sudi melayan segala kerenah dalam buat kerja as junior developer, hehe. Mesti tak terlayan kan, yelah sebab memasing pon ada kerja memasing kan. Tapi masih jugak ada masa untuk kitorang. Siap berlawak yang tak tahan tu. Boleh la release tension kan. Kononnya. Untuk abg Bob & abg Bond pon terima kasih sebab jadi tukang penceria hari sepanjang intern kat sana. Tak kering gusi bila datang office, nak nak dengan keletah abg Bond, ada ada je dia, hehe. 

Untuk En. Ai merangkap boss, terima kasih belanja makan, hehe. Terima kasih jugak sebab bagi kerja. Yelah, tak bagi kerja kang, melangut je la kat office tu, ye dak?? Baik takpayah intern gitu gamaknya. Hee. Untuk abg Azam pulak, terima kasih tolong kalau kitorang tak tahu pasal laptop ke server ke. Terima kasih jugak sebab bagi kitorang bawak balik ke kolej laptop office. Dapat jugak buat kerja. Tak pon layan movie, mwehehe. Okay, maaf untuk itu. Hee.

Habis ayat sudah ni. Oh, maaf andai cenderahati yang diberi tu tak seberapa, atau ada kesan comot conteng ke. Awak ni amatur je. Tu je yang mampu diberi untuk kenangan kami pernah berada di sana. InshaAllah, jika dipanjangkan umur, moga berjumpa lagi. Kalau ada terserempak kat memana, kalau ditegur moga ingat lagi la hendaknya. Hehee. ;)

Again, terima kasih. Juta juta.

p/s: Moga tak dilupa blog ni. Hiks. :p
Rindu jugak.

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam, wahh kejap je dh habis intern ya? 6 bulan tu, lama jugak..sy dulu 2 bulan je~ hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, tulah ramai member intern 2 bln ni. Cuma utk pelajar fakulti kita mmg dorg suruh 6 bln sbb ada involved development. Klu 2 bln, x sempat nk buat pape sgt, hehee.

      Delete