Kepada...

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Muhammad Najmi Nordin

"I'm sorry"
is a statement.

"I won't do it again"
is a promise.

"How do I make it up to you?"
is a responsibility.

I'm truly SORRY.
:(

2nd sem, oh dear.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

It's weekend sudah. :) Perghh, rase sekejap je 1st week nie abes. Baru 1st week tu babe, belum lagi 13 minggu yang akan datang uh. Hmm, hari nie gerak gie kelas Bakti Siswa(BAKSIS). Boleh tahan gak la, mentang subjek U kan, hukhuk. Kak Yati yang mengajar pon macam best gak. :p

Weee, lengkap dah perjalanan jadual aku untuk sem nie. Adeh memang pack kot, sem lepas lagi relax aku rase. Tapi, aku rase dak2 nie pon memang nak tuka kot, bia ade free sikit jadual uh. Seriously memang penat la 1 sem pack camtu, aku tak sanggup, haha.

Lab untuk programming sama cam sem lepas, hari Jumaat, timing je lain, kul 3-6ptg. Nie memang sangat tak best, nak tukar tapi ta sure or mungkin jadual akan jadi lagi busy kalu tuka, huh, pening. -..- BAKSIS tadi pon nak tuka pagi, malas kot da petang nie, uhuuu~

Hopefully sem nie akan lebih baik daripada sem lepas. Amin. :) Jam kredit sem nie pon agak banyak, so kena usaha lebih lagi. AjaAja Hwaiting~!

Saya tak sengaja, saya tak tipu.
Maafkan saya.
:(

Random.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dear, thanks a lot.
:)

Bermula lagi. :)

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

2nd day after sem break. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Hari ni tadi masuk kelas General Writing Skills and Comp Programming II. Semalam dah masuk kelas untuk Statistic for Sc Comp and Organisasi Komputer & Bahasa Himpunan

Perghh, masuk kelas jek blur giler. Baru wat revision sikit sal programming, bab object and classes, tu pon terpinga-pinga nak menjawab. -.-' Gasak la, kang masuk lagi topik baru, lagi lah kan aku macam ape tah nanti. Harap tak blur sangat dah. :)

Hmm, nanpaknya, sem ni aku kena bangun awal la setiap hari. Isnin sampai Rabu(esok), kelas straight pukul 8 pagi. Adeh, awak da la liat nak bangun lepas da tidur balik pas subuh tu kan, lalala~ :p Nasib baik kelas pagi sok tade, lecturer aku uh ta balik lagi dari Ireland. XD Esok penuh kelas 1 jam jek, yes~! :)

Awak, saya berjaya lagi.
:)

They'll always in my heart. :)

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah. Selesai sudah Kursua Pembangunan Sahsiah Mahasiswa  (KPSM) sesi 2011/2012 di Ulu Yam @ BUKIT TINGGI tu, ehehe. :) Memang daebak, terbaik wokk~! sesuai ngan taglinenye "Pergh~! Mantap der~!". Sememangnya kursus nie sangat mantap. 

Dengam barisan urusetia yang terbaik, felo pemantau yang hebat and fasi yang sangat prihatin. >< Sesungguhnya aku akan merindui saat-saat yang aku lalui bersama kalian, budak KPSM 11/12. :) Lepas ni jumpa jangan lupa tegur tau, haha. Kang tetiba wat sombong pulak, sedih. :(

Dah habis KPSM, sekarang nak masuk sem 2 lah pulak. Adeh. Cuak pulak rasa kan, lama betul da tinggalkan buku, pelik la nak menulis nie balik. Ahah, result aku untuk yang sem lepas pulak, oke jek. Alhamdulillah, melepasi target aku, memang tak sangka langsung. :)

Walaupun tak dapat dean, but aku tetap bersyukur. Sesuai la dengan apa yang da aku usahakan tu an. :) Yup, memang bersyukur sangat-sangta. Thanks kat kawan-kawan. Tanpa bantuan korang, aku takkan berjaya sampai macam tu sekali aku rasa. Sayang korang lah!

Memang banyak yang nak aku ceritakan, selepas hampir seminggu tak menulis ni kan. But, aku sangat la tak reti nak menyusun ayat. Nanti, bila makin panjang, makin pelik-pelik ayat aku, haih. ==' Pastu meleret and terus merapu.

Yang penting, seminggu yang lepas, aku sangat enjoy, pengalaman join KPSM uh aku tak akan lupa sampai bila-bila. InsyaAllah. Semoga perhubungan kami dak2 KPSM akan berkekalan seperti mana yang ada sekarang. ^^

Selamat kembali ke Banting ye awak!
Thanks for today too.
:)

SEGMEN : DREAMS BECOME TRUE.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahah, terima kasih kepada Saudari Dya kerana tag aku, ehehe. :) Dah tengah kebosanan tahap melampau da nie, aku pon join lah ye, ehehe. Dah tak tau nak wtpe nie, lalalaaa~


Syarat-syaratnya.

  • Follow blog polkadot Iqa Qayra ( wajib )
  • Buat satu entry mengenai segmen ini.Tempek header Iqa Qayra guna gam gajah cap harimau.
  • Apa yg perlu ada dalam entry ? Ceritakan mengenai impian-impian awak semua
  • Entry boleh panjang mahupun pendek.Nak letak gambar pon takpe :)
  • Ceritalah apapun berkaitan impian awak semua. Iqa Qayra tak kisah :)
  • Tag 2 orang bloggers (wajib) : Kak Aien, Paku
  • Tarikh luput : 12 Februari 2012 pada pukul 12 am.

Oke, al-kisah dreams yang hopefully become true oleh Kechikuma.
1st and foremost, aku nak abeskan degree aku, and I wanted a 1st class degree meyh, insyaAllah. :) 2ndly, nak bina kerjaya, kumpul duit sampai la aku rasa mencukupi untuk mendapatkan sebuah rumah and sebijik kereta sendiri. Banglo atau Swift pon ake gak kan, mwahaha. :p Lepas tu, baru aku fikir nak kawin kot, mungkin la. Sebab sekarang pon memang da gatal nak kawin da kan, lalalaaa~ >< Aku nak ke overseas, especially Korea and Japan. Other than that, nak ke Mekah, untuk haji boleh? Bersama parents, kalau berkemampuan lah, kalau tak aku hantar je dorang dulu. :) Lepas kawin aku nak honeymoon yang romantik ngan husband aku. :) Tak kisah kat mana2 pon, wat pape pon, asalkan ROMANTIK ye. Oke, dah kawin mesti nak anak kan? Aku nak 4-5 orang, haha, oke tak ? Bia selang bunga cam sibling aku gak, baru syok~! ^^ Sekian impian yang telah terbina sejak dari zaman persekolahan lagi, except part yg degree tu. InsyaAllah. :)

Budak Tinggi, saya ada something nak gtau awak.
Haih, ape la yang saya nak merepek tu nanti.
Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini.
:)

Bergerak dengan aktif !

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Fuhh~! Memang terbaik lah hari ni. Sebab ape? Sebab aku menggerakkan badan aku dengan aktifnya hari ni. :) Actually, aku tade lah buat ape sangat pon, just main badminton, skipping and main catur sekejap. Yang tak menahannya aku main badminton uh tenga2 panas membahang tu, bayangkan lah.

Ni semua adik2 kesayangan aku tulah punya pasal. Gila ape tah nak main badminton kul 3 lebih. Aku pon join jugak la kan keGILAan dorang2 tu, ade. So, turut gila sekali la an. >< Dengan menahan silau nya, lagi lah. Awak tu dah le memang silau, tak sedar diri. =='

Pape pon, aku have gila2 hari nie. Hei adik2, terima kasih bebanyak layan akak korang yang gila akibat kebosanan melampau duduk kat rumah tu, mwehehe. Yeah, korang memang the best lah~! Ade budak comel lagi la aku semangat, weee~ ^^

p/s : Cerita Telekung Buat Mama buat aku menangis !

Eheh, gila happy.
wuhuuu~!
:)

Terlebih bosan + rajin.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahah, perasan something yang baru kat blog aku tak? Yeah, aku tuka header baru. Buruk kan, haha. Ye, aku tau, terima kasih. :) Aku wat petang tadi, time tengah bosan plus tetiba rajin. Simple jek, sekejap la gak aku wat. Alhamdulillah sempat siap and upload semua sebab lepas jek siap upload, line internet pon mulalah keluarkan perangai 'terbaik' nya kan, haha. Nasib baik. ;)

Oh ye, aku update entry nie time nga tengok cerita Runtuhnya Sebuah Dosa. Heronye, Remy Ishak la pulak, mwehehe and Tiz Zaqyah as the heroin. Beto Kusyairy pon ade oke. >< Memang layan habis cerita nie kan. Sweet, sweet. Oke, nak sambung tengok, tata~!

p/s : Merasakan sesuatu dalam hati aku.
Wish I had more determination.
Help me Ya Allah.
:)

Salam Maulidur Rasul.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rasulullah,
Lahirmu pada tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah,
Menyinari dunia dengan cahaya kerasulanmu,
Ajaranmu menjadi ikutan semua umat Islam dulu, kini dan selamanya.

Ya Habiballah,
Sememangnya kau seorang yang sungguh mengagumkan,
Kekasih Allah yang disayangi oleh semua umatmu.

Ya Rasulullah,
Andai kau masih ada di dunia ini,
Aku ingin mengikuti perjuanganmu,
Aku ingin menjadi mujahidah di medan dakwah,
Dan syahidah di medan menegakkan agama Islam.

Mendalami sirahmu,
Buatkan aku semakin cintakanmu,
Semakin membuatkan aku untuk terus berjuang menegakkan agama melalui jalan dakwah,
Aku ingin menjadi penyambung tugasmu dimuka bumi ini.

Rasulullah,
Aku tahu aku seorang umatmu yang sering melakukan kesilapan,
Di sudut hatiku,
Kaulah yang aku cintai setelah Allah.

Aku ingin sekali berjumpa denganmu.
Tetapi aku rasa seperti tidak layak berjumpa denganmu,
Aku tahu,
Seburuk mana pun umatmu kau masih tetap sayangkan umatmu ini.

Besar sungguh cintamu kepada kami semua, umatmu;
Di saat nyawamu diambil,
Kau rela untuk menanggung sakitnya mati umat-umatmu,
Agar umat-umatmu tidak menanggung sakitnya mati itu.
Subhanallah~

Ketahuilah Ya Rasulullah,
Aku menulis ini dengan berlinang air mata,
Mengenangkan perjuanganmu dan jasamu.,
InsyaAllah aku akan terus menjadi umatmu yang akan kau bangga diakhirat kelak.
Moga aku menjadi salah seorang umatmu yang mendapat syafaatmu..

Sanah helwah dariku Ya Rasulullah~

Sahabatku,
Marilah bersama kita berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW,
Baginda sayangkan kita, umatnya;
Seringkali kita terlupakan baginda,
Sedangkan syafaat bagindalah yang kita perlukan di akhirat nanti.

"Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad wa'ala ali Sayyidina Muhammad"

Credit : Aisya Humaira
Seandainya aku dapat menulis seperti ini.
Menyatakan perasaanku.
Rinduku.

Saya suka ! ♥

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Budak Kecik Budak Tinggi selalu.
:) 

Khamis yang spontan.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Speechless.  

Awak..
:(