Randomly random.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


En.Bintang?
I'll keep your word.

Ahah??

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ



Eh En.Bintang.
Thanks for always being there when I need you.
 LOVE, me. 

ANDAI LELAKI TAHU

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘I love You’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud untuk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda.
Perempuan sulit untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya

Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan. ;)

Source :)

En.Bintang.
Dedicated for you dear.
:)

Aku redha dengan dugaan-Mu ini.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Just a simple update about what had happened these past days.
  • 18 April 2012
 Merupakan pertambahan tarikh bersejarah dalam hidup aku. Uwan pergi meninggalkan kami sekeluarga pada pagi tersebut. Aku tergamam mendengar berita ni daripada adik aku. Habis je kelas Statistik pagi tu, aku terus gerak balik kampung. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, aku sempat melihat arwah sebelum dia dikebumikan. Mak cakap, Uwan seperti sedang tidur sewaktu dimandikan. Sepanjang berada di kampung, tidur aku hanya tidur-tidur ayam jek. Tak lena, sekejap bangun, tidur. Bangun lagi, tidur lagi. Hmm, semoga dia aman disana. Al-Fatihah. :'(

  • 21 April 2012
 Pemergian Uwan Atam aku pula. Kurang seminggu, 2 orang ahli keluarga aku pergi menghadap-Nya. Nyata mereka lebih disayangi. Uwan Atam pun sudah lama menderita sakit, kanser serviks kalau tak salah aku. Dia pergi sewaktu aku dalam perjalanan ke Melaka. Alhamdulillah, aku sempat jenguk dia sebelum aku bertolak ke Melaka. Tak la rasa ralat sangat. Sewaktu aku menjenguk dia petang tu, aduh, seksanya dia. Air mata dah kering. Aku hanya mampu berdoa untuk dia di luar. 
 
  • 21 - 22 April 2012
 Aku tiba di Jusco petang tu, ditemani Acu and Syukri, sepupu aku. Haha, thanks bebanyak ye sebab sudi menghantar aku. :p Then aku jumpa ngan Tipan, Kewek dan Che Bo kat sana. Kitorang ke Melaka untuk buat sedikit kajian mengenai Baba dan Nyonya. Kitorang bermalam di rumah Kewek kat Merlimau. Kitorang sampai lewat petang, and malam tu kitorang makan ikan bakar yang di support oleh Pak Su Che Bo, hehe, maceh, maceh. :p

 Padi 22 April kitorang gerak ke The Baba Nyonya Heritage Museum. Perghh, memang superb kot. Tapi sayang tak dapat nak amik gambor or pape video pon, sedih. :( Seriously rumah tu memang lawa, termasuk ngan perhiasan semua and perabot yang ada, memang tak terkata la. Aku suka gila baju pengantin dorang, sangat cantik and unik. Geram jugak tak dapat nak share ape yang aku nampak tu kan. Hmm, mungkin sebab dorang nie private muzium kot. At first pun, kitorang ingat tutup tau sebab pintu depan dia bertutup.
 
 Dua hari bersama mereka, aku punya kesedihan uh terasa la kurang sikit. :) ALhamdulillah, thanks korang. Tengok gelagat korang, at least aku happy. Aku tak fikir sangat dah pasal kesedihan aku tu. Memang pengalaman yang menyeronokkan and I really enjoyed the trip. :) Bertambah-tambah pengalaman baru untuk aku beberapa hari yang lepas.
 

Nanti aku upload gambar pulak ye.
Kewek belum bagi lagi lah.
;)

Mid sem break is over.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Woot, woot~! Habis dah pon seminggu aku dok terperap kat rumah tu je, ahaha. Ni lah dia kalau budak pemalas, keluar rumah pon payah. Mane la badan tak naik kan, haih. Apa nak jadi tatau la. :p Eheh, kalau keluar rumah pon yang masa mandi sungai uh je la. Itu pon dengan mak and adik-adik aku, eheh. :p

Aku ingat just nak post some of the pictures yang aku snap. Enjoy keyh. ^^ Tak banyak pon ye. Selebihnya dalam camera and ianya bukan berada padaku. :p





Ngancam tak air sungai tu?? Bayangkan, sungai tu la yang bawak adik aku sampai bawah, uhuuu~ -.- Yang gamba last, nasi bersama ayam bakar. Mwahaha, aku yang bakar tuu~ Amacam nampak sedap tak?? Memang la, aku bertambah kot makan. *lapar sebenarnya time tu :p Yang lain pon makan berselera jugak kot. ;) Aktiviti makan berlaku sebelum tragedi Amal tu.

Ber'super saver' with En.Bintang.
><

Mengapa suka??

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

. Dia comel
. Sikapnya yang humble
. Sifatnya yang caring
. Punya bakat tersendiri
. Dia berjaya

Ermm, I can't find any other reasons. -.-"
If too many reasons why I like him, then I might dislike him if the reasons are gone.

Is it enough?
Acceptable?
:p

No title given.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Aku kebosanan.
;)

#60 random facts about me.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


1) Full name :
 Nur Atiqah Mauli Azam

2) Current crush :
 Hmm, tiada mungkin. ;)

3) Addiction :
 PURPLE color and chocolate~!

4) How tall I am :
 148 cm. Tidak pasti, ukuran selalu berubah, haha.

5) Relationship status :
 Dating with En.Bintang.

6) Girls I trust :
 Them;
      . Nurul Afiqah Mohd Batni [Feeqa]
      . Nurlisa Sofian @ Mohd Sofi [Lis]
      . Nurazreen Ali Badri [Areen]
      . Nurul Farinasha Hanis Zulluddin [Acha]
      . Khalilah Abd Basid [Khal]
      . Nurul Nafisah Adam [Fisa]

7) Boys I trust : 
 Them;
       . Tajul Ariffin Mauli Azam [Angah]
       . En.Bintang
       . Muhammad Helmi Hasman [Paku]

8) Current mood :
 Natural jerp.

9) Favourite colour :
 Ungu lah!

10) Confession :
 Pernah buat kerja jahat, mwahahaha. :p

11) Who I miss :
 Semua kawan aku yang dah lama aku tak jumpa, especially dak SK PULAPAH, Negeri Sembilan.

12) Who I last hugged :
 Malam tadi baru peluk Angah, hehe. ;)

13) Who understands me? 
 Shamshila Mohd Kamil [Shila]

14) Someone who is always there for me :
 Nurul Atiqa Ismail [Tipan]

15) Last text? 
 To En.Bintang --> Hukhukhuk~

16) Who makes me laugh the most :
 Family saya. XD

17) Who I do the craziest stuff with :
 Ofriana Udin Ariga [Ofi]

18) Who makes me smile :
 En.Bintang :)

19) What am I listening to :
 Kelitik Cinta - Mas Idayu *dangdut youu~

20) Bestfriends :
 Nama-nama yang tertera di atas.

21) What I hate :
 Kucing. *tak tahu lah kenapa

22) Are you loud, outgoing, or shy? 
 Semestinya LOUD, ahaha.  *betul tak kengkawan. :p

23) Who are you looking forward to seeing :
 Mereka;
              . Nur Ain Mohd Radzali [Ain]
              . Sakinah Shamsunor [Skin]
              . Siti Nur Hafizah Mustafa Kamal [Jaja]

24) Are you easy to get along with :
 Depends kot, mwahaha. Tade lah, senang saje. ;)

25) Have you ever given up on someone, but then gone back to him? 
 Setakat nie, tiada lagi mungkin? Never given up on someone yet.

26) Do you think you'll be in a relationship 2 months from now ? 
 Already did, ahah~! >.<

27) Who from the opposite gender is in your mind? 
 Seorang kawan nie, nama dia adalah RAHSIA. :p

28) What does your most recent text say :
 From En.Bintang --> Tanak da..tgh mlm ckit bole *kami mahu skype-ing ;)

29) How do you feel about abortion :
 Satu tindakan yang sangat tidak wajar and tidak bertanggungjawab. Tak rasa berdosa ke? Rasa bersalah? Bayi tu tatau pape, innocent kot. Jangan jadikan dia sebagai mangsa. Kita bukan BINATANG kan, kita ada akal. Maka, sila gunakan akal yang ada tu dengan wajar oke. ;)

30) Do you like big crowds of people? 
 Sesungguhnya aku tak suka, semak, sesak serta panas seyh~!

31) Do you still talk to your first crush? 
 Yup, baru saje kot, hekhek.

32) Do you like bubble baths? 
 Yup, yup~! Terasa seperti macam baby kot.

33) Where would you like to travel? 
 Korea, Jepun dan Itali.

34) Do you have trust issues? 
 Yes. Sekali dah rosakkan kepercayaan aku, memang susah nak dapatkan balik PERCAYA tu.

35) Favourite part of your daily routine? 
 Kalau kat UPM, wat kerja sesama classmate. Kalau kat rumah, eat ALL the food~!

36) What do you do when you wake up? 
 Errr, gosok mata kot.

37) Do you wish your skin was lighter or darker? 
 Nope. Aku suka dah kulit aku sekarang. Alhamdulillah. :)

38) Who are you most comfortable around? 
 Family dan kengkawan aku.

39) Have any of your ex's told you they regret breaking up? 
 Mwahaha, ade kah?? :p

40) Do you ever want to get married? 
 Semestinya lah aku nak kawen kan, ngeee~ XD

41) Is your hair long enough for a ponytail? 
 Boleh je nak wat ponytail nie~

42) Do you play sports? 
 Yes, yes and yes. Memang tengah bergiat aktif sekarang nie, haha. *tamak pulak rasanya

43) Would you rather live without TV or music? 
 TV, sekarang banyak cerita yang membosankan. -..-

44) Have you ever liked someone and never told them? 
 Haha, ada lah kot?

45) What do you say during awkward silence? 
 " Err, dah kenape? "

46) Do you think age matters in relationship? 
 Err, tak tahu nak cakap ape sebenarnya nie. Bagi aku, umur tu tak menjadi faktor kot dalam sesuatu perhubungan. Kalau dah masing-masing selesa dengan pasangannya, apa salahnya kan. Toleransi sangat penting la bagi kes nie. Banyak je pasangan sekarang yang beza umur sangat besar or even pasangan dorang tu muda or tua dari dorang. Umur tak mencerminkan kematangan seseorang. Ada jek orang yang sangat matang even umur dorang masih muda, and ada pulak yang sebaliknya. Thats all from me, sekian, mwahaha. ;)

47) What do you want to do after high school? 
 Kalu ikotkan rancangan lepas sekolah menengah dulu, aku nak masuk matrikulasi, dan Alhamdulillah aku berjaya. ;)

48) Do you believe everyone deserves a second chance? 
 Depending on the person yang bakal menerima second chance tu kot. Kalau dia seorang yang menghargai peluang yang diberikan, maka teruskan. Jika tak, haha, sorry to say lah eh. :p

49) If you're being extremely quiet, what does it mean ? 
 . Sila jangan ganggu.
 . Mood aku sedang main lari-lari.
 . Something happened to me.

50) Do you smile at strangers? 
 If only I wants to.

51) Trip to outer space or bottom of the ocean? 
 Bottom of the ocean~!

52) Do you want a roomate? 
 Ahaha, nak jugak la~

53) What are you paranoid about? 
 Aku pon tak tahu nie. -..-

54) What was the meanest thing someone ever said to you? 
 Aku tak pernah amik kesah. :p

55) What language do you want to learn ? 
 Korean languange. ;)

56) Five ways to win your heart :
 Do as follows ya;
   . Loving and caring towards me . *semua girl pon suka kan~ and mestilah sepanjang perhubungan, jangan time nak kenal² tu jek
   . Don't do things that I HATE ! *u'll regreti it if u do it, thats all I can say ^^
   . Accept me as who I'm, don't try to change me. *I'll change myself if I wants to
   . Got sense of humor . *this way, I wont be bored with ya
   . I'm kinda egoistic girl, be tolerate ^^. *if you do so, i'll be tolerate too ; but depends on me :p

57) A book you love :
 Al-Quran. :)

58) Things you want to say to an ex :
 Hei, Hei. Terima kasih untuk semua ya. Aku pernah bahagia and happy dengan kau, so aku akan ingat semua kenangan-kenangan tu sampai bila-bila. Tak siapa boleh buat aku lupa benda tu. Halalkan makan minum or even pape je lah yang pernah diberi tu eh? Aku doakan kau bahagia dengan orang yang kau sayang. ;) Hope that we'll always in good term okeh, kita tetap kawan kan, kan, kan? Oh ya, jaga orang tersayang kau baik-baik okie. ^^

59) What you ate today? 
 Nasi putih, kicap, ayam masak merah + shake-shake aku tuh. ;)

60) Put your music player on shuffle and write the first ten songs that play :
     1. Maria Maria - Hindi movie song, Partner
     2. Ayat-ayat Cinta - Rossa
     3. Karma - Cokelat
     4. Why Are You Being Like This - T-ara
     5. Destinasi Cinta - Mestika 
     6. Ring Ding Dong - Shinee
     7. High High - TOP & GD
     8. Freedom - Mahir Zain
     9. Wake Up - Hillary Duff
     10. Just Chill - Hindi movie song, Maine Pyar Kyun Kiya

credit to Dya Azman.
Hoyeah, siap jugak~!
Skype-ing dgn En.Bintang.
:)

Another random entry.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ



Yes En.Bintang.
Saya sayang awak.
;)

Semuanya selamat, alhamdulillah.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Perghh, alhamdulillah. Syukur sangat-sangat seyh. Nasib baik tak jadi pape yang buruk kat adik aku, Amal. Dia hampir lemas kot, cuak gila aku. Memang cemas gila ah aku cakap kan. Kitorang gie mandi sungai, dekat Sg.Penang uh. Kitorang gerak pagi.

Aku masa tu tengah dok bakar ayam. Jakgie dengar Kak Lang dah dok jerit nama Amal. Aku terus lari tengok. Ya Allah, waktu tu, perasaan takut gila. Bayangkan, adik aku kena bawak arus, depan mata aku~! aku tak dapat nak wat pape kot time tu.

Then, aku terus berlari ke bawah. Aku dah tak fikir ape dah. Orang keliling dah tengok semacam, lantak pi la. Yang penting aku nak kejar adik aku time tu. Sampai bawah, aku berdoa sangat-sangat ade orang dapat tangkap dia. Yup, alhamdulillah, dapat. Memang menangis time. Orang keliling dok tanya aku, "Adik adik ke tu?". Aku dah tatau nak jawab ape.

Aku hanya tumpu kat Amal je dah time tu, yang ade kat tengah-tengah sungai. Lega? Huh, belum lagi. Dia masih kat tengah tu, belum ke tepi lagi. Dorang nie pulak nak selamatkan pakai akar katu yang dah mati. Uii, memang tak lah, tak selamat kot. Nasib baiklah ade yang hidup, dorang jalin 2 akar kayu 2. Dorang ikatkan kat badan Amal. Amal then lompat kat abang uh, finally dia selamat. Huh, lega kot~!

Lepas tu, parents aku terus bawak Amal ke hospital sebab badan dia habis luka, kepala benjol besar. Kesian aku tengok dia. Aku pon, langsung tade mood dah time tu. Mak soh aku bawak balik kereta kancil. Aku dah macam, oke, insyaAllah aku ley drive. Aku masih terkejut kot. Seriously.

Aku drive balik memang macam bangang, haha. Gear asik tak masuk, and macam ape tah aku bawak. At times rasa nak terbabas je, nasib baik aku fikir Kak Lang ade same. Aku bawak slow jek. Tape lah, asal selamat aku sampai rumah, cukup lah kan. Aku tak nak benda lain pulak yang jadinye.

Awak, thanks for being by my side.
:)

Mid sem break.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pheww~! Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai ke rumah kan. :) Syukur, perjalanan balik tadi lancar jek. Awak, terima kasih jadi peneman sepanjang perjalanan balik tadi. Tade lah terasa lama sangat waktu perjalanan tadi, mwehehehe.

Ahah, dah cuti mid sem nie ingat nak rilek-rilek sikit, but ade keje jugak la seyh. Tape lah, belajarkan, adat lah kerja berlambak-lambak nie kan, uhuuu~ -..- Another thing, aku nye result untuk test. Bila oke, memang unexpected lah kan, yang K.O nie, haih~ Macam ape jek lorh.

Ape la nak jadi ngan kau nie weh?? Sem2 pon same jek, susah kau nanti. Beringat sikit okeh. ;) Hmm, rasanya belum dapat semua result aku uh. InsyaAllah, kalau dah dapat aku share ye. ;) Bajet je aku, bukan ade orang kesah pon, lalalaaa~

Hei budak tinggi.
I'm very grateful and happy.
Thanks~!
:)

Long gone.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah. Dapat jugak menulis dalam blog nie kan. Haih, kesian dia lama terbiar ye. Berhabuk terus dah nie, ape la nak jadi ngan aku nie kan, adeh. -.-" Aku rasa setiap minngu untuk sem nie sangat sibuk~! Penat gila.

Makin aktif nampaknya kan?? Tapelah, semuanya untuk kepentingan diri aku jugak. ;) Lepas bola tampar aritu aku main badminton pulak, ehehe. Ingat nak main lepas gian aje, jakgie dorang suruh masuk team K5, jadi wakil.

For the first time jugak la aku main beregu, haha. Seriously sangat best~! Aku dorang pairkan ngan Fatin. Ahah, pasangan kecik dan besar. ;) Oke ape, kitorang menang tau, mwahaha. Memang gandingan yang tak disangka lah gak. Kalau tak tu Fatin main untuk single, hihi.

Balik-balik muka yang sama jugak join sports kat K5 nie, bak kate felo aku sorang nie. And paling best semua sukan dia nie tau, gila terbaik lah kan. Volley dia coach, badminton pon same gak?? Memang taley lari la daripada beliau nieh. Muka dia jek. Tak pon yang sorang lagi tu. Yang nie lagi gila, kerja tak habes nak menganjing orang, adeh. -.-" Ape la punya perangai.

Lepas nie game untuk ragbi sentuh pulak. Latihan pulak asik terganggu je, dah semua sukan aku masuk kan, uhuuu~ Pas cuti nie, latihan lagi serious kot. Kang tak practice payah lah. Habis aku kena nanti. :p Sem depan mungkin main netball again~! Tak sabar.

Oh lupa, sekarang dah nak cuti mid-sem dah pon. Waaa, makin sibuk la aku lepas cuti nie. Ngan kerja HE, SRE, COAL lagi. Wuhuuu, memang terbaiklah cuti kali nie. Tape, tape cuti sem tak lama nanti. Boleh rehat panjang. ><

Awak,terima kasih banyak~!
Maaf le kalu menyusahkan awak.
Sayang awak sentiasa.
;)