Aku redha dengan dugaan-Mu ini.

5:16 PM

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Just a simple update about what had happened these past days.
  • 18 April 2012
 Merupakan pertambahan tarikh bersejarah dalam hidup aku. Uwan pergi meninggalkan kami sekeluarga pada pagi tersebut. Aku tergamam mendengar berita ni daripada adik aku. Habis je kelas Statistik pagi tu, aku terus gerak balik kampung. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, aku sempat melihat arwah sebelum dia dikebumikan. Mak cakap, Uwan seperti sedang tidur sewaktu dimandikan. Sepanjang berada di kampung, tidur aku hanya tidur-tidur ayam jek. Tak lena, sekejap bangun, tidur. Bangun lagi, tidur lagi. Hmm, semoga dia aman disana. Al-Fatihah. :'(

  • 21 April 2012
 Pemergian Uwan Atam aku pula. Kurang seminggu, 2 orang ahli keluarga aku pergi menghadap-Nya. Nyata mereka lebih disayangi. Uwan Atam pun sudah lama menderita sakit, kanser serviks kalau tak salah aku. Dia pergi sewaktu aku dalam perjalanan ke Melaka. Alhamdulillah, aku sempat jenguk dia sebelum aku bertolak ke Melaka. Tak la rasa ralat sangat. Sewaktu aku menjenguk dia petang tu, aduh, seksanya dia. Air mata dah kering. Aku hanya mampu berdoa untuk dia di luar. 
 
  • 21 - 22 April 2012
 Aku tiba di Jusco petang tu, ditemani Acu and Syukri, sepupu aku. Haha, thanks bebanyak ye sebab sudi menghantar aku. :p Then aku jumpa ngan Tipan, Kewek dan Che Bo kat sana. Kitorang ke Melaka untuk buat sedikit kajian mengenai Baba dan Nyonya. Kitorang bermalam di rumah Kewek kat Merlimau. Kitorang sampai lewat petang, and malam tu kitorang makan ikan bakar yang di support oleh Pak Su Che Bo, hehe, maceh, maceh. :p

 Padi 22 April kitorang gerak ke The Baba Nyonya Heritage Museum. Perghh, memang superb kot. Tapi sayang tak dapat nak amik gambor or pape video pon, sedih. :( Seriously rumah tu memang lawa, termasuk ngan perhiasan semua and perabot yang ada, memang tak terkata la. Aku suka gila baju pengantin dorang, sangat cantik and unik. Geram jugak tak dapat nak share ape yang aku nampak tu kan. Hmm, mungkin sebab dorang nie private muzium kot. At first pun, kitorang ingat tutup tau sebab pintu depan dia bertutup.
 
 Dua hari bersama mereka, aku punya kesedihan uh terasa la kurang sikit. :) ALhamdulillah, thanks korang. Tengok gelagat korang, at least aku happy. Aku tak fikir sangat dah pasal kesedihan aku tu. Memang pengalaman yang menyeronokkan and I really enjoyed the trip. :) Bertambah-tambah pengalaman baru untuk aku beberapa hari yang lepas.
 

Nanti aku upload gambar pulak ye.
Kewek belum bagi lagi lah.
;)

You Might Also Like

0 comments