Eid.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Anak-anak serta cucu-cucu Zakaria & Md. Din.

Cucu-cucu Romiah yang ado~ Tak sah tak ber'selfie'. ^^
Alhamdulillah. Dapat jugak beraya walaupun cuti sekejap. Wehuu~!! Hahaa, okay la kan daripada tak dapat raya langsung. Macam tahun lepas, tahun ni ghayo kek Jolobu dulu. Hee.

Meriah kau. Nak nak masa 'sesi' ambil gambar. Sakit perut gelak. Mahu takknya, 4 family berkumpul dari malam raya tu lagi. 3 lagi pulak sampai kemudiannya. Seronok dapat jumpa balik sepupu-sepupu, borak gurau semua. Hah, rindu. Yelah, family aku jauh dari yang lain, dah tu jarang pulak dapat balik. Masa ni je la yang ado kan, hehe.><

Petang tu terus gerak balik Johol pulak. Tu pon dah 4 family dah kumpul sana. Family aku sampai dorang pulak balik dah, so sompek amik gamba pon mano yang ado yo, ahai. Takpo lah, janji ado. Tu pon nasib baik ada jugak yang stay sekali. Kalau tak memang family aku je lah ngan Mak Cu aku.

Petang tu jugak terus raya rumah Pak Long then ziarah kubur arwan uwan ngan atok. Rindu lagi. Takpe lah, yang penting tak lupa doakan mereka, ye tak. ;)

Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
:)

Week 4 babeh~


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Wehuuu~ Its the end of the 4th week. Alhamdulillah. Ahaa, minggu ni memang tabah habis beb. Tabah sebab apa?? Sebab teruk kena kacau dengan si abg Syah tu. Sakan betei dia dok kacau aku dengan Chan. Tipan pulak menyokong. Soba yolah den ni ha. Haha. Well, biasalah tu usik-mengusik. Kang senyap sangat pon tak best jugak, kan?? Ahaa. Minggu ni ramai dah start cuti untuk raya. Pejabat pon rasa ala-ala lebih sunyi dari biasa.
Bila ke surau jumpa intern lain, dorang pon kata orang pejabat dah start orang cuti. Biasalah tu, kalau dah namanya raya, sah sah le orang nak bercuti, nak balik kampung, berkumpul semua keluarga. Tetiba rindu pulak kek uwan ngan atok den. Al-Fatihah.
Minggu ni pon dah dapat projek baru. Siap kena attend meeting. Haa, hamik kau. Ni first time ni weh. Cuak, takut, pe benda semua ada. But it went well. Lega. So dah bermula la projek tu kiranya. Ahaa. Mohon dipermudahkan semua urusan sepanjang projek ni nanti. InshaAllah. Allahumma Amin.
Oh, btw hari ni last day, and its halfday babeh!! Seghonok memasing. Siap berjalan ni memasing ke setiap division nak bermaafan. Meriah weh. Ahaa, excited jek aku tadi. Ahai. Segan pon ada. Maklum kitorang ni 'tersorok' sikit. Nak jalan sendiri segan, so dorang datang tu alhamdulillah. Berkenalan lah jugak lepas tu kan. Hehee. Pape pon moh kito pulang, tak soba nak buko mo pemeli. Esok pulak buko kek kampung. Wehuuu~!! ;p

p/s: Suppose Isnin ada majlis berbuka, tapi tak dapat pergi, ado hal.
p/s/s: Abg ijat layan Running Man jugok woi~ ><

Dapat balik awal weh!!
;) 

Minggu 3.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Fuh, minggu ni rasa kejap betei. Haha, mentang Selasa cuti kan. Baju pon jadi kurang nak basuh. Mwahahaa. Alhamdulillah for this week. Selesai dah kerja last week. So minggu ni start new stage pulok. Nasib baik yang kali ni punya simple sikit. Senang sikit. Siap buat, tunjuk Sv, approve then finished. :p

Minggu ni aku dah kena setup meeting untuk projek. Fuh, cuak pulok. Pfftt. Koya laa~ Well, dah mula dah la kiranya ni projek untuk aku. Ahaa, bismillah. Moga dipermudahkan semuanya. Amiin. Doakan aku eh korang. Eceh. Nanti aku cerita lagi bila dah start ye?

Minggu ni dah mula biasa dengan jammed pepagi and nak balik kerja. Haha, memula dulu jakun la jugak kan. Yelah, tak pernah merasa sentiasa dalam keadaan jammed. Ni pon pengalaman first awak kerja. Haa, nampak tak. Ni lah jadinya bila orang tak pernah bekerja kan. Tulah bila cuti manjang terperuk je kat rumah tu. Heh. Orang pon terkejut bila jumpa.

Okay dah mula merepek. Nanti aku update lagi. Chioa~! ;)

Semoga dapat cuti.
Nak raya woi!
><

Allah Maha Mengetahui.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

No words.
Speechless.
Saddest day.

Too many.
Killings.
Death.
Innocent souls.

"A beautiful verse to reflect on in these tough times. Never be despondent of Allah's wisdom and might. #Hope #Dua " - Hussain Kamani

Brace yourself.
Have faith.
He loves us.

He is the Best of Planner.
Allah The Almighty.
Allah The All-Knowing.
Al-Fatihah.
Sad day.
I wanna go home.
So bad.
ㅠ.ㅠ

Berbuka bersama. ;)


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

14 Julai 2014


Selfie itu wajiblah ada. Ahaa. XD




Alhamdulillah. Lepas pening mana nak jadikan port berkumpul, ke Mid Valley jugak akhirnya. Yeah. Berjaya jugak berbuka beramai-ramai walaupun tak cukup kuota. Rindu muka-muka dorang ni haa. Padahal baru berapa minggu jek tak jumpa.

Jumpa sekejap pon bila dah berborak tu sakan sungguh. Pung pang pung pang jugak lah kan. Rasa banyak betul nak dikongsi. Nak nak kisah pasal kerja memasing kan. Meriah. Terima kasih melayan kegilaan aku malam tu. Maaf menyusahkan. Nak nak yang laki. Ngikut jek ye. Hee. ><

p/s: Didoakan semoga perjalanan Anas & Alip ke Korea selamat semuanya. InshaAllah. Gua jealous hoi!!

15 Julai.
Dear mom,
Selamat Hari Lahir.
Me miss you mucho.
;)

Minggu kedua!!


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Fuhh. Another week has passed. Alhamduilillah. Minggu ni jugak kerja bertambah dah sikit-sikit. Well, masih dalam proses belajar kan, so it's okay. :) Oh by the way, minggu ni kitorang dapat geng baru, Chan nama dia. Dia dari UPM jugak, cuma aku jelah tak pernah perasan. Ahah. Sadis.

Haa, minggu ni jugak lah kitorang macam 'offically' diperkenalkan dengan geng Knowledge, IT & Event Services (KITES). Cewah. Ada En. Aizam, abg Ijat, abg Syah, abg Idzaan, abg Azam, abg Bob and abg Bond. Actually sampai sekarang pon aku tatau sama ada nak panggil En. atau abg. Gedik kan?? Nasib baik Chan ado, kalau tak tak tahu la den. Ahaa. Sebenarnya minggu lepas lagi abg Ijat suruh kitorang perkenalkan diri, tapi kitorang kena pergi sendiri jek, so rasa macam awkward teramat sangat. Kang kot ganggu kerja dorang pulak kan. Plus SEGAN kot. Itu sebab utama. Ehee. ><

Geng dorang ni bukan calang-calang weh. Tu si abg Syah tu, dengar cerita result exam gempak-gempak. Straight A's student. Fuh, tak sangka. Perangai pelik-pelik jek, tapi terbaik seyh. Belajar obersi kat US tuu~ Cerita dia jelah yang kitorang selalu dengar sebab abg Ijat selalu promote. Yang lain takdo laei. :p Oh pasal abg Ijat pon ade. Lupa. Tapi tu nanti lah aku cerita, mwahaha. Osah gilo dah den ni ha.

Minggu ni banyak fokus on kerja. Haha, yeke?? Poyo. Takde lah fokus mana, tapi disebabkan ada kerja tu so takde lah aku ngantuk jek pepagi tu. Minggu ni sambung lagi yang minggu lepas punya kerja, buat SDDP. Then abg Ijat check kan, so betulkan balik lah memana yang patut. Lebih kurang gitulah gamaknya aktiviti minggu ni. Konon.

Minggu ni jugak first time dapat berbuka puasa dengan akak housemate. Maklum sebelum ni sorang jek dalam bilik, mwehehee. Alhamdulillah, so far rumah baru ni better than previous one. Akak housemate pon okay jugak. First masuk memang dorang dah suruh buat macam rumah sendiri, nak masak ke pape ke guna jek barang dorang tu. Macam aku ni sama jek cam dorang. Serius segan, maklum la bukan barang kita kan. Ahah. So hopefully sepanjang aku tinggal kat sini dapat lah rapat dengan dorang even aku duduk sekejap jek. InshaAllah. ;)

p/s: Abg Syah tak nyabau hari-hari suruh aku update. Payah jugok  takdo tenet ni.

Keep praying.
:(

Minggu pertama!!


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Gigih pepagi ambik gambar. Nampak la semangatnya tu konon.
Fuhh, mula dah weh. Apa yang mulanya?? LATIHAN INDUSTRI a.k.a INTERSHIP aku lah, apa lagi. Mwahahaa. Pergh, nebes dia tayah cakap lah kan. Punya semangat aku datang tahu tak, takut terlambat. Bila sampai awal, supervisor aku pulak lambat. Haha. Bola oh bola.

Hari first dah dapat laptop 2kg. Haa, amik kau. Power tak power la kan laptop tu, sebab tu lah berat gamaknya. Tak sangka jugok dapat tu sebenarnya. Memang tak expect pape. Then, ada jugak kena buat print scan. Haa, ni memang gempak wa cakap lu. Rasa seronok pulak kan main scan-scan jari sebelum boleh masuk pejabat. Selalu tengok movie jek, kali ni boleh buat sendiri dah. Hee.

Hari first tak buat kerja lagi just briefing sikit pasal MiGHT je lah. Yep, MiGHT tu nama syarikat yang aku kerja sepanjang latihan industri ni. MiGHT stands for Malaysian Industry-Government Group for High Technology. Panjang tak panjang lah kan nama dia. :) So kena pahamkan apa MiGHT ni sebenarnya, apa yang MiGHT buat. So kitorang diberi tahun lepas punya annual report untuk tahu benda yang aku sebut tadi. Ngantuk tak ngantuk jugak lah kan baca. Panjang-panjang ayat, ENGLISH lagi.

Le work station. Hee. 
Well, itu semua perkara biasa. Proses belajar kan?? Bersungut pon, dah memang tu yang kau perlu tahu, so nak tak nak kena lah tahu jugak. Dah masuk alam kerja, kenalah adapt dengan environmentnya, kan, kan?? En. Fairul pon dah brief pasal apa yang perlu kitorang buat sepanjang bekerja kat MiGHT ni. Perkara basic lah kan, semua pon tahu kot kan. Malas aku nak cerita. ;)

Setakat seminggu ni, baru lah nak belajar sikit-sikit pasal Sharepoint, pasal wireframe. Tipan dah kena handle Joomla dah, terer lah beliau lepas ni. Hee. Rasa macam sikit, tapi sebenarnya banyak je yang dahbelajar first week ni. Sedar tak sedar lah sebenarnyakan. Haa, fokus tu penting. Aku ni dah le BLUR. Kena cecepat adapt, need to be fast enough to catch up everything that happened around here. Cewah ;)

Ok dah. Payah pulok nak cerita semua benda kan, kang ada yang muntah hijo kang. Gedik nau semua benda nak diceghito eh. Oh how  i miss miss home so much. Hmm. Puasa tahun ni jauh dari keluarga. Sayu jek rasa. Pepagi bangun sahur sendiri dah. Dulu mak kejutkan. Takpe lah, awok pon besau dah, bila lagi kan nak merasa puasa di perantauan ni kan. Cewah. Second time. Sebelum ni masa matrik dulu.

Mengharapkan segalanya dipermudahkan oleh Allah. Semoga dalam 6 bulan mendatang, banyak ilmu yang diperoleh sepanjang tempoh aku kerja tu. InshaAllah. Allahumma ameen. :) Done with first week, apo laei, den balik ghumah hoi! Ghindu mo pemeli den dah ha.

p/s: alhamdulillah, rumah pon dah settle. pengajaran duduk rumah sewa, ahaks.
Hey.
I miss you??
:p