Minggu pertama!!


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Gigih pepagi ambik gambar. Nampak la semangatnya tu konon.
Fuhh, mula dah weh. Apa yang mulanya?? LATIHAN INDUSTRI a.k.a INTERSHIP aku lah, apa lagi. Mwahahaa. Pergh, nebes dia tayah cakap lah kan. Punya semangat aku datang tahu tak, takut terlambat. Bila sampai awal, supervisor aku pulak lambat. Haha. Bola oh bola.

Hari first dah dapat laptop 2kg. Haa, amik kau. Power tak power la kan laptop tu, sebab tu lah berat gamaknya. Tak sangka jugok dapat tu sebenarnya. Memang tak expect pape. Then, ada jugak kena buat print scan. Haa, ni memang gempak wa cakap lu. Rasa seronok pulak kan main scan-scan jari sebelum boleh masuk pejabat. Selalu tengok movie jek, kali ni boleh buat sendiri dah. Hee.

Hari first tak buat kerja lagi just briefing sikit pasal MiGHT je lah. Yep, MiGHT tu nama syarikat yang aku kerja sepanjang latihan industri ni. MiGHT stands for Malaysian Industry-Government Group for High Technology. Panjang tak panjang lah kan nama dia. :) So kena pahamkan apa MiGHT ni sebenarnya, apa yang MiGHT buat. So kitorang diberi tahun lepas punya annual report untuk tahu benda yang aku sebut tadi. Ngantuk tak ngantuk jugak lah kan baca. Panjang-panjang ayat, ENGLISH lagi.

Le work station. Hee. 
Well, itu semua perkara biasa. Proses belajar kan?? Bersungut pon, dah memang tu yang kau perlu tahu, so nak tak nak kena lah tahu jugak. Dah masuk alam kerja, kenalah adapt dengan environmentnya, kan, kan?? En. Fairul pon dah brief pasal apa yang perlu kitorang buat sepanjang bekerja kat MiGHT ni. Perkara basic lah kan, semua pon tahu kot kan. Malas aku nak cerita. ;)

Setakat seminggu ni, baru lah nak belajar sikit-sikit pasal Sharepoint, pasal wireframe. Tipan dah kena handle Joomla dah, terer lah beliau lepas ni. Hee. Rasa macam sikit, tapi sebenarnya banyak je yang dahbelajar first week ni. Sedar tak sedar lah sebenarnyakan. Haa, fokus tu penting. Aku ni dah le BLUR. Kena cecepat adapt, need to be fast enough to catch up everything that happened around here. Cewah ;)

Ok dah. Payah pulok nak cerita semua benda kan, kang ada yang muntah hijo kang. Gedik nau semua benda nak diceghito eh. Oh how  i miss miss home so much. Hmm. Puasa tahun ni jauh dari keluarga. Sayu jek rasa. Pepagi bangun sahur sendiri dah. Dulu mak kejutkan. Takpe lah, awok pon besau dah, bila lagi kan nak merasa puasa di perantauan ni kan. Cewah. Second time. Sebelum ni masa matrik dulu.

Mengharapkan segalanya dipermudahkan oleh Allah. Semoga dalam 6 bulan mendatang, banyak ilmu yang diperoleh sepanjang tempoh aku kerja tu. InshaAllah. Allahumma ameen. :) Done with first week, apo laei, den balik ghumah hoi! Ghindu mo pemeli den dah ha.

p/s: alhamdulillah, rumah pon dah settle. pengajaran duduk rumah sewa, ahaks.
Hey.
I miss you??
:p

Comments

Popular Posts