Beautiful.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Thinking of...

It's just...

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Peace yo~!!
:p

SEGMEN:JOM JOIN BLOGLIST NURUL! ♥

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Thanks sebab sudi invite aku ya Nurul. ;) Disebabkan tuan blog dah ajak tu kan, aku pon dengan lajunya join segmen dia, ehehe. ;) Mari join sekali kawan kawan. Ohoh, before tu, segmen ni bertarikh 25 Julai hingga 12 Ogos 2012. Hah, apa lagi, cepat cepat. Lambat nanti melepas pulak. ><

Dalam tak sedar...

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ya Allah~!! Kenapa aku baru perasan benda ni eyk. Adoi, no wonder la aku rasa pelik semacam aje tau. Rupa-rupanya blog aku ni dah 2 tahun dah. Alhamdulillah.Haih, macam mana boleh tak sedar, 20hb lepas merupakan anniversary blog aku ni. Yup, 1st Ramadhan kot. Haha, mungkin sebab excited menyambut Ramadhan tu lebih, aku jadi lupa tentang ulangtahun kelahiran blog aku ni. Sorry dear bloggie. Serius aku tak sedar langsung. Sorry again. XD

Diam tak diam, 2 tahun dah blog ni. Macam macam dah yang ditulis sepanjang dua tahun ni. Gembira, sedih, pening, sakit, sihat, semua lah kan. Ala ala diary kedua dah kan. Haha, memang pon diary kedua aku. XD Sangat berterima kasih dan gembira. Tak tahu nak cakap macam mana but sangat bersyukur. Kalau takde blog ni, mungkin life aku tak seperti yang ada ni. Mungkin.

Sayang bloggie~!! ^^ Patut la semangat betul nak tukar appearance kau. Rupanya dah samapai masa  ulangtahun kedua kau eh. Alhamdulillah. Semoga aku sentiasa terus memerlukan kau dan kau boleh berbakti lagi dengan aku. Ayat aku, poyo aje lebih, bhahah. :p

All in all, selamat ulangtahun kedua sayang~!! Loooooove you mucho. ;)
Tak sangka.
Happy together.
:') 

Segmen OK TAK?|by TehaaNFM

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hai hai peeps~! Lama dah aku tak join segmen ni. Jalan jalan tadi jumpa pulak segmen by TehaaNFM ni kat blog Niera. So, apalagi jom join laju laju, hehe. >< Ok, oke aku mula eh.

  • Tema blog aku simple jerp, no messy things apa semua.
  • Warna blog aku obviously purple la kan, together with putih dah kelabu. ^^
  • Kenapa aku pilih rupa blog yang sebegini??
    • 1st, sebab PURPLE adalah warna favorite aku. Purple itu romantik babeh~ Jadinya, ia sangat menggambarkan diri aku, so sesuai lah kan. Aku pon menulis perihal kehidupan aku dalam blog ni, ye tak, mwehehe. :p
    • 2nd, sebab blog aku ni simple look. Tak serabai, tak berat, and tak banyak gadjet. Apa yang ada kat blog aku ni sangat minimal. Korang nak loading kat blog aku ni pon senang, hihi. XD
    • 3rd, sebab simple itu mudah. Mudah means tak menyusahkan. Aku pon tak nak menyusahkan orang nak loading ke blog aku sebab berat and whatsoever semua tu. Aku pon blogger, masing masing punya pendapatkan, dan ini pendapat aku, hehe.
    • 4th, sebab........ oke, oke, aku dah tak tahu sebab apa lagi dah ni. Cukup ini je lah, boleh ya..?? So, apa macam blog aku, OK TAK??
Serius dah lama tak join segmen.
XD

Alhamdulillah. :)

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai hai peeps semua~!! Apa khabar?? Apa macam puasa setakat ni, oke?? Best?? Eheh, banyak tanya pulak aku ni kan. Aku saje nak meng'update' blog ni. Nak share sikit pasal perubahan blog aku. Korang perasan tak apa yang berbeza, haha. Oke tak blog aku sekarang, ke lagi oke yang sebelum ni??

Oke, oke antara salah satu feature yang aku ubah semestinya header aku tu. Mesti korang perasan kan. Takkan la header besar gabak tu pon tak perasan dah bertukar ye tak, hehe. Thanks a million to Tipan sebab sudi buatkan header tu untuk aku. Looove it dear~!! ^^ Sangat menepati cita rasa aku yang obses UNGU ni.

From this header.

To this header. ;)

Fuh, serius pening kepala aku menggodek segala coding blog nieh. Yelah, nak padan kan mana mana yang patut. Paling pening masa nak handle header aku yang transparent tu. -.-" First time guna header transparent kan, jakun la dia. Dengan simple template ni lagi, adoi, pening.

Aku ada search tutorial, tapi bila buat tak menjadi. Dengan aku punya section blah bawah jadi transparent sekali. Cari inisiatif sendiri la gamaknya. Aku go through coding tu satu per satu. Naik juling mata aku kot. Nak cari mana la section yang betul supaya tak transparent section bawah tu. Alhamdulillah, berkat sabar and kesungguhan, dapat jugak seyh. *cewah ayat kau ye

Satu lagi aku ubah navigation / menu bar aku. Dah lama nak tukar, tapi tak berkesempatan jerp. Nice tak?? Ni lagi pening nak buat. Punya la mencari tutorial yang sesuaikan, dapat memang dapat, tapi aku yang aku nak tak menjadi. Sedih. Frust kot. Aku rehat kejap. Tak lama tu, buat balik slow slow. Dan akhirnya aku berjaya, wohooo~!! ><

From this.

To this. ;)

Memang tadi aku asyik gila la kan menghadap segala coding yang ada. Perghh, berpinar jugak la kan. Dengan aku sebenarnya tak berapa nak sihatnya kan, degil. Mengadap jugak lappy ni. Heh. -..- But, it was worth it. Alhamdulillah sangat sangat. Aku berjaya, dengan usaha aku sendiri. Walaupun aku buat perubahan minimal kat blog ni, aku suka dengan perubahan tu. Yup, alhamdulillah. ;)

Kali ni dashed line kurang.
:p

Reward~!!

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Alhamdulillah.
Thanks to Allah.
XD

Just sharing.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selamat beramal.
;)

Hoi Kawan. :)

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Nah, aku buat khas untuk kau.
Maaf la kalau kau tak suka. XD
Aku tak reti nak tulis berbunga puitis bagai.

'Curi' daripada FB kau, haha. XD

Mari mula.
Aku kenal kau semasa orientasi.
Aku kenal kau sebagai seorang yang bergaya.
Aku kenal kau sebagai seorang yang suka senyum.
Aku kenal kau sebagai seorang yang suka memerhati.
Aku kenal kau sebagai seorang perempuan yang cantik.
Hei, kau memang cantik.
Jujur. :)

Aku mengenali kau dengan lebih dalam.
Aku  mengenali  kau semasa mendaftar mata pelajaran.
Aku  mengenali  kau selepas bersama dalam kelas.
Aku  mengenali  kau berpangkat kakak.
Aku mengenali kau sebagai orang berpengalaman.
Aku  mengenali  kau sebagai teman rapat.
Yup, teman rapat aku di Universiti Putra Malaysia.

Universiti Putra Malaysia.
Tempat kita sama sama menimba ilmu.
Tempat kita sama sama menimba pengalaman hidup.
Tempat kita sama sama mencipta kenangan terindah.
Tempat kita sama sama menghadapi cubaan hidup.
Tempat kita sama sama cuba perbaiki diri.
Tempat kita sama sama belajar tentang diri.

Teman aku dikala suka.
Teman aku dikala duka.
Teman aku dikala tenang.
Teman aku dikala resah.
Teman aku dikala keliru.
Teman aku dikala susah.
Teman aku dikala senang.
Teman yang sentiasa ada disisi.
Dalam apa jua situasi diri.
Terima kasih untuk itu.
Aku bersyukur punya teman seperti kau. 
Sangat.

Nampak singkat.
Sukar untuk dipercaya.
Namun itu yang aku rasa.
Setahun bersama kau.
Segala rasa aku kongsi.
InsyaAllah tiada rahsia.
Aku mahu perhubungan itu jujur.
Aku tidak mahu mengulangi kesilapan aku.
Cukup satu sahaja kehilangan aku dahulu.
Aku tidak mahu lagi kehilangan.

Kau,
terima kasih untuk segalanya.
Ya, setiap perhubungan ada turun naiknya.
Maaf atas segala kesilapan dan kekhilafan aku.
Aku doakan perhubungan ini sentiasa berkekalan.
Aamiin.

Kawan kau yang comel,
Kechek.
;)

Better Me.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Semoga dapat puasa penuh~!!
><

Jaga ia dengan baik.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kau,
akhirnya aku berikan kau BUKU itu.

Ya,
buku yang tertulis segala isi hati aku ni.
Buku yang tertulis tentang sayang aku terhadap kau.
Buku yang tertulis tentang amarah aku terhadap kau.
Buku yang tertulis tentang rindu aku terhadap kau.
Buku yang tertulis tentang benci aku terhadap kau.
Buku yang tertulis tentang sedih aku terhadap kau.
Buku yang tertulis semua tentang kau.

Buku itu peneman setia.
Buku itu pendengar setia.
Buku itu sentiasa ada.
Buku itu sentiasa dekat.
Buku itu pemberi semangat.
Buku itu mengingatkan kau.
Buku itu diary kedua hidup aku.


Kau,
aku tahu walaupun cuma sekejap.
Aku tahu walaupun cuma sementara.
Peneman aku sudah jauh.
Peneman aku berada di samping kau.
Sukar untuk aku jauh dengan peneman setia aku.
Jaga ia dengan baik.

Kau baca.
Kau senyap.
Aku malu.
Aku segan.
Sekian.

Agak agak boleh lagi ke nak berdepan dengan kau ni..??

It's coming.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ramadhan Kareem~!!
:)

Sayang mereka.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ




Happy.
;)

♥ 엄마, 사랑 해요. ♥

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


My dear mom, Noralasikin.
Hehe, selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke-46.
Thanks for every thing that you've done for me.
Maaf ya, bila dah belajar kat U ni, karang balik rumah dah.
Kadang tu ada kerja, but ada jugak yang sebab malas. XD
Sebab nak kena naik tren, tu yang malas tu, nak berhimpit bagai.
Dalam pada malas tu, akak tetap ingat kat mak, always.
Selama duduk U, rindu masakan mak sebab hari hari makan food court.
Paling rindu bihun goreng and nasi lemak bawang putih yang mak buat. ;')
Maaf jugak sebab tade nak celebrate sangat birthday mak kali ni.
Tapi akak tetap balik, sebab nak tengok mak plus lama tak balik. RINDU sangat.
Maceh sebab bersabar jek melayan kerenah akak ngan adik adik yang lain.
Dengan perangai Angah, Kak Lang and Amal.
Masing masing suka buat pening kepala kan, hihi. XD
Nakal nakal jugak, kitorang sayang mak tau~!!
Bila nakal tu lah yang selalu meriahkan suasana kat rumah ni.
Bila semua, ayah, mak, akak, angah, kak lang and Amal ada, akak happy sangat.
Bila malam tengok tv sama sama, bergurau, gelak gelak.
Akak sayang mak tau~!!
Mak 'harta' paling bernilai yang akak ada.

Anakmu yang degil selalu,
Atiqah. 

p/s : Selamat hari lahir jugak untuk sepupu sepupuku sekalian; Dayah, Rahman and Mirul. ><

I kinda...

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Just wanna go home.
:(

Untitled??

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


There are certain things will remain
unknown.


p/s: Gambar Kem Tg. Palok tak dapat di upload. Gambar yang diminta disekat. -.-
Dear En.Bintang,
saya minta maaf.
;)

Kem Tg. Palok, Tasik Temenggor - Last day

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

5 Julai 2012

Yeah, last day babeh~!! Rasa cam tak best lah pulak nak balik, uhuuuu. Pagi tu, bangun je terus mandi. Hehe, yang sebelum sebelum ni, lepas habis aktiviti baru aku mandi, hihihi. :p Maklum la, hari ni kan tinggal nak balik je. jadinya, terus la bersiap, nanti senang.

Sebelum balik tu, kitorang buat gotong-royong dulu bersihkan kem. Awak dah guna, so kena la bersihkan balik, buang mana yang patut tu. Yang tak guna dah kan. Nanti kem tu dah tak berpenghuni lama. Sampai lepas puasa ke camtu tah, haha. Main sebut je aku kan, sengal~ Lantak lantak la, yang penting hari ni balik, weeee. XD

Lepas habis gotong-royong, masa untuk pulang, haha. Aku naik bot awal gila. Nak naik bas awal punya pasal. Untung gak la kan, dapat dok dalam aircond, sejukkk~!! >< Lepas semua dah sampai, masa untuk sesi bergambar pulak, haha. Semua menggila la kan kalau bab pasal amik gambar ni. Pantang je nampak camera semua sah sah posing bagai punya. Termasuk la aku kan, lalalaa~

Selesai je bergambar, semua pon naik bas. Haha, kali ni, naik bas lepas main kad sekejap aku terus lelap. Sepanjang perjalanan kalau tak silap. Cuma bila stop kat R&R Sg. Perak, aku tengok movie dalam bas tu. Tapi last last aku terlelap jugak aku, hahahaa~ :p Penat kot. Semua pon tidur je jugak dalam bas tu. Yang tak tidur pon, 2, 3 jek rasanya.

Hah, Fiqah dengan Raja pulak balik masa stop R&R Simpang Pulai tak silap. Fiqah ada LI, thats why dia balik. Raja balik maybe sebab cuti kot kan, hehehe. :) Perjalanan memang lama gila gila. Penat. Punya lama tidur dalam bas tu, Sakit pinggang aku, ngee~ XD Balik bilik, mandi solat semua lepas tu padam. Haha, apa lagi, tidur matilah kan. Esok dah start induksi dalam dah. Pagi pulak tu. Jadi, kita enjoy~!! ><

p/s : Sampai ke sudah takde gambar. :p Nanti lah aku upload. Sekarang ni tengak sengkek, semua tade pendrive nk transfer gambar.

Nak balik rumah...
><

Kem Tg. Palok, Tasik Temenggor - Day 3

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

4 Julai 2012

Huh, sekejap je rasa. dah sampai hari ke-3 dah pon kat kem ni. Macam tak percaya, haha. Aktviti hari ni  dimulakan dengan senaman ringan pagi. Kali ni, Khal yang take over. COMEL~!! Kelakar kot. Then kitorang buat kawad hantu cina tu jugak. Ni lagi lah, sekit perut aku dok gelak je, haha. XD Khal tak hafal arahan untuk kawad tu, so bila dah main bantai sebut jek, semua apa lagi, ketawa bagai nak rak la kan.

Pagi tu, kitorang punya aktiviti perfi tengok sira gajah. Sebelum gerak ke tempat tu, kitorang pusing pusing naik bot dulu. Bila sampai kat empangan, En.Zul bagi lah lagi sikit penerangan pasal kejadian dan sejarah disebalik tasik tu. Ada jugak cerita turun temurun daripada penduduk penduduk kat situ. Even pak cik bot tu pon ada jugak share pasal tasik tu. Termasuk la pasal komunis, engineering yang buat empangan tu. Aku dengar je pon pon macam, woooo betul ke??

Then pusing pusing lagi pergi Pulau Batu Putih. Ni bukan yang kat Singapore tu tau, haha, ni Perak mari. Kat pulau ni ada pokok bonzai, Paku Haji la bagi orang local. Pokok ni dipercayai berumur berjuta tahun, ada sejak zaman dinasor lagi. Haha, yang ni tak diketahui lah sama ada betul ke tak kan kesahihannya. :p Ni semua menurut cerita orang orang local sana. Kat situ jugak kalau ikutkan ada sarang lebah kat batu tu. Tapi pak cik bot kata sekarang bukan musim dia, jadinya tak dapat la kitorang nak tengok, uhuhuuu~

Haha, masa untuk ke tempat sira gajah pulak. Kali ni kena masuk hutan pulak, ngehehe. Nak ke tempat sira gajah tu penat jugak, bagi aku la. Maklum, awak ni senaman malas, so stamina tak berapa nak ada. Naik baru sikit dah termengah mengah, haih. -.- Sampai jek kat tempat sira gajah tu, perghhh, bau bukan main harum lagi kan. Bercampur dengan tahi and kencing kencing gajah tu, lalala~ @.@ Sira gajah yang kitorang lawat ni baru lagi. Mungkin subuh tu gajah gajah datang situ.

Sira gajah ni tempat gajah gajah ni dapatkan garam mineral. Gajah jantan korek lubang yang dia rasa ada garam mineral tu, then dorang jilat la garam garam mineral yang ada tu. Selalunya, yang jantan akan bagi yang betina dulu lepas dah korek tu. Hmm, kawasan gajah gajah ni lebih kurang dalam 50 hektar jugak la. Aku hairan la jugak, tempat tempat tinggi tu gajah gajah ni semua boleh naik. How come meyh?? Aku yang naik sikit ni pon dah macam apa jek, uhuuu~

Selesai melawat sira gajah, kitorang bergerak ke tempat rafflesia pulak. Haha, first time ni nak tengok, excited~!! >< Kali ni perjalanan naik bot agak lama la jugak. Sampai tertidur tidur aku atas bot tu. Tapi tak boleh nak tidur sangat, cuak. :p Dalam 30 minit camtu jugak la rasanya, haha. Sampai jek kat tempat rafflesia tu, aku tengok tempat dia bukan main tinggi lagi. Haha, En.Zul cakap bukit dia agak curam gak la, uhuu~ Memang fail betul la aku bab ni. Lemah.

So, naik lagii perjalanan kitorang semata mata nak tengok rafflesia tu. Aku berdoa jek supaya bunga pakma tu kembang, tak pernah tengok kan. Mesti cantik. ^^ Tapi tu lah, harapan hanya tinggal harapan. Sampai je kat tempat rafflesia tu, yang ada just kulup bunga je. Bunga tu tak kembang, belum masanya lagi. En.Zul kata kalau nak tengok dia kembang datang lagi nanti. Memang senang pulak la kan nak gi sini, adoi. Pokok pakma ni hanya tumbuh dekat akar pokok jek. Nama pokok tu aku tak ingat la pulak. Ada jek tagging kat pokok tu. Hah, by the way rafflesia ni sebenarnya dikategorikan sebagai parasit. Sebab dia tumbuh dekat akar pokok lain kan. XD

Balik dari tengok rafflesia tu, kitorang singgah makan dekat jeti. Haha, Intan bagi sorang RM2 sebab katanya En.Rizal bagi duit poket untuk semua orang. Dapat la nak membeli pape ke kan, hehe, maceh, maceh. ^^ Memang terbaik lah kan. Aku setakat lepak lepak je, tade beli pape pon. Just tunggu nak makan lunch kat kem nanti, mwahha. Yang lain semua dah selamat melantak kat jeti tu. yelah, lapar kan. :)

Makan time. Aku pon dah tak ingat apa menu tengahari tu, tapi yang penting semua menu sepanjang kem ni, mewah mewah semuanya. XD Memang puas gila la kat kem ni. Dah macam bukan camping jek kot, hehe. Petang tu, buat aktiviti main dalam air. Pertandingan main bola ring. Selalu main kering, kali ni main dalam air. Haih, awak berenang ni dah le tak reti. Memang main macam apa je lah, haha.

Group aku dapat tempat terakhir. Johan group Che Nah, second group toku. 3rd pulak group Kole. 1st game, group Kole lawan group Toku. 2nd game pulak group aku ngan group Che Nah. Disebabkan dalam match pertama masing-masing kalah, jadinya group aku dengan Kole lawan untuk tempat ke-3 and ke-4. Yang menang pulak lawan untuk johan and naib johan. Aku jadi penjaga garisan time game Kole/Toku. Tak memasal jek. Mana taknya, Dyla asyik bergerak je time dia jadi keeper, so, si Kintan dok jaga dia jangan lari daripada garisan kawasan, haha.

Time aku main pulak lagi macam apa tah. Berenang tak reti, nak rebut ring tu pon lembab. -.-" Mana tak kalahnya kan, haha.Nice jugak la main air petang petang tu. Sejuk jugak badan kan. Lepas tu, tetiba hujan lah pulak. Ramai ramai nak naik. Paling awal naik Adah, sebab dia kekejangan. Aku duduk stay lagi. Hihi, nak main air dalam hujan. Bukan apa, bila naik daripada air tu, sejuk gila seyh~!! Dalam air warm jek. Yang stay lepas tu tak silap aku Mek, Dian, Yoges, Ira, Wardah, Fiqah, Ena, Kocot, Kintan ngan En.Ayub. 5.30 petang, semua naik. Kang nak masak untuk malam kan, hihihi. XD

Malam tu kitorang makan besar~!! Terima kasih lah kat orang Gerik kan, Ena. :) Seriously, kenyang gila gila malam tu. Malam tu kitorang buat BBQ. Ada ikan bakar, ayam, sosej, kentang goreng and nugget. Kalau ikutkan malam ni malam kebudayaaan. Haha, setiap group kena ada persembahan. Persembahan tu pulak mesti pasal alam, and ada nyanyian, tarian plus sketsa. :) Haha, amik kau, petang tu, dalam pada melawat sira gajah and rafflesia, and lepas main bola ring tu, ada jugak yang menyempat bincang pasal persembahan masing masing.

First group yang buat persembahan group Toku. Ada Alynn, Sarah, Wardah, Ira. Dorang punya aku paling suka part nyanyian. Dorang menyanyi doa sebelum makan, sambil buat gaya. Gaya dorang KIUT sangat, haha. Usap usap perut, haha. XD Sketsa dorang pulak pasal rancangan memasak. Alynn jadi pengacara. Toku jadi chef and si Srah jadi Kak Bedah, Kak Bedah yang PEKAK. Bapak dia, opening pon lawak kot. Alynn buat gaya cop cop cop, lepas tu lupa tajuk rancangan, pon boleh Alynn oi~ Dorang punya rancangan memasak ni, masak makanan eksotik. Wardah and Ira yang jadi pegawai perhilitan, berkas dorang, mwehehe. Untuk selingan Raja pulak buat persembahan. Dia nyanyi dengan Nana lagu Ombak Rindu. ><

Lepas tu, group Che Bo, Marnie, Dian, Intan, Mek dan Mieza. Haha, dorang buat dikir barat. Nice wa cakap lu~ Lirik dorang pasal semua aktiviti sepanjang kem ni. Serius best~!! sketsa dorang pasal si Intan nak buat bandar baru, lebuh raya 3 tingkat and banglo dekat pokok besar. Marnie jadi pokok, Mek jadi burung, and Dian pulak jadi gajah. Haha, siap guna botol untuk sembur air. Konon sembur air guna belalai la. Eh, lupa. Che bo jadi harimau. Auummm, auumm. XD Selingan kali ni pulak, En.Ayub yang buat persembahan. Dia nyanyi lagu sebijik irama macam group aku nak nyanyi malam tu. Haih, macam spoil jugak la. Tapi yang part dia sumpah lawak. Kole dengan Che Bo beriya gila gelak siap guling-guling. Yang kitorang yang perempuan ni, semua dah malu nak mampos. Bayangkan lah kan. Aku tak nak cerita apa yang dia buat. Biarlah hanya kami kami yang tahu. Heh, sungguh aku tak sangka. -.-"

Then giliran goup aku pulak. Ahah, terasa bangang. Aku lupa kot apa nak buat. Blur jek kat depan tu, haha. Kitorang just buat nyanyian sikit, tarian sikit and sketsa. Kitorang buat pasal dos and donts. Ada tiga situasi, karen ikan, ceroboh masuk kawasan, dan jugak jual bahagian binatnag terpelihara. Tiga tiga situasi watak utama Joko. Aku, Zulex, dengan Nana jadi props jek; ikan, bunga pakma, gading, belalai. Fiqah pulak jadi narrator. :) Aku tatau la apa pandangan yang lain pasal persembahan aku, tapi mostly dorang akan gelak sebab si ZULEX. Jadi ikan, hyper gila mana taknya kan. :p Selingan yang kali ni giliran Kintan pulak. Dia panggil Raja, Che Bo ngan Khal. Raja jadi mesin kira tinggi dengan mesin penimbang berat. Yang ni sakit perut sebab Raja asik tersasul jek. Nak kenakan Khal and Che Bo, last last gelakkan dia.

Lepas tu group Kole, Syafa, Syu, Yoges and Ena. Hahah, giliran family gajah masuk buat persembahan. Gila kiut dorang nie. Kole, jadi bapak gajah(Jojo), Syu mak gajah(Jiji), Syafa(Jiji) and Yoges(Jaja) anak dorang. Ena jadi pemburu. Dorang buat tarian, haha, tapi tarian tak habis. :p Yang kelakar dorang ni bila part buat bunyi gajah dengan gaya gajah kot. Kole ngan Syu lah paling ketara. Sakit woi perut. Dari first persembahan, lepas tu asik gelak je. Otot perut rasa nak kebas dah. -..- Gelak tak berhenti. Hadoyaii~ Selingan kali ni, kocot pulak. Dia invite Kintan dengan Raja. Dorang buat game main sambung sambung perkataan. Haha, dorang guna cerita sepanjang kat kem ni. Lawak, sampai aku dengan Khal pon boleh bertukar. -.-"

Lst group, Che Nah, Effy, Khal, Dyla and Adah. Khal lawak kot. jadi harimau dengan Che Nah, tapi buat bunyi meow?? Gila sakit perut gelak sakan. Yang lain pon sama. Lepas tu, Effy pulak boleh tersasul "Saya nampak, dia bunuh saksi". Masalahnya dia lah yang jadi saksi, pastu boleh dia kata dia kena bunuh. Dah tu siapa pulak yang hidup jadi saksi tu kang, lalalaaa~ Haih, memang malam tu malam gelak gila gila la weh. Nak meletup jugak perut aku time tu aku rasa. XD

Habis tu, En.Rizal pulak kena buat persembahan. Yang ni, kitorang just menyanyi beramai-ramai lagu Saya dari Malaysia. Memang suka suka hati betul lah malam tu. Nama negeri siapa yang kena sebut, kena keluar kat tengah tghan buat la gaya pape kan. Aku sensorang, macam apa jek, ngeee~ Kalau ikutkan giliran En.Zul sebenarnya, tapi dia request nak buat last. Dia nyanyi lagu Yuna, Penakut. Sedap jugak kot. Hehe, dia kata nak buat last takut lepas dia nyanyi mood tu down sekejap. Yalah, lagu tu kan ala ala slow sikit. Dah tengah tengah gembira, excited semua tu, kang dah tak best pulak. 

So, dengan habisnya persembahan En.Zul, habis la aktiviti untuk malam tu. Aku pon tidur awal malam tu, rasa penat yang teramat sangat. Dengan gelak beriya semua tadi, mana tak penat kan. :p

Bersambung...

p/s: Masih tiada gambar.....

Kenapa rasa macam tak best ni??
:(

Kem Tg. Palok, Tasik Temenggor - Day 2

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

3 Julai 2012

Bangun awal pagi, solat subuh berjemaah. :) Tenang je rasa pagi tu. Sampai tak mandi lah kan, sejuk punya pasal. Walaupun dah tidur pakai sleeping bag tu pon, still rasa sejuk jugak. XD Then sarapan sesama. Menunya, mee gorang, hihi.

Pukul 8 lebih camtu, buat senaman pagi sikit. En.Zul pulak siap bagi kawad hantu cina ka kitorang. Gila comel kot, haha. Sakit gak perut aku gelak. :) Lepas senaman ringan, masa untuk aktiviti air~!! Pagi tu buat aktiviti water confident. Perghh, tak pernah pernah aku buat ni. First time, hihi. Pagi ni, En.Din yang handle. En.Ayub pulak demonstrate cara nak turun masuk air. Gila lah, aku tengok rasa macam ape jek. Nebes aku seyh. Seriously, tak tipu.

Budak budak lelaki yang masuk air dulu, seba dorang sikit je kan, haha. :p Lepas tu, budak budak perempuan pulak. Haih, aku masa nak turun tu nebes gila babeng siot. Sumpah tak tipu. Memang nampak macam simple je, senang, tapi entah. Rasa nervous gila nak mati. :p Tapi alhamdulillah, aku lepas jugak turun. Nak masuk air, hilang sikit nervous aku tu. Sikit je la. Then, bila ada time tu, aku naik balik kejap, haha.

Then, masing masing baring dalam air. apungkan diri tu. Pastu belajar nak bergerak dalam air tu macam mana. Nak gerak ke depan, ke belakang. Dah belajar, then buat semua tu, nervous aku hilang. Seronok pulak main kat dalam air tu. Tapi cuak cuak jugak la. Tu taleyh nak hilang, ngeee~ :p

Dah habis berendam semua dalam air, masa untuk berkayak~!!! Lama gila seyh aku tak berkayak. Cuak je rasa masa nak naik tu. Lepas naik, kitorang angkat turun kayak ramai ramai.Berat kot kayak tu. Sakit tangan. Nie belum berkayak dah sakit tangan, apa lagi nak berkayak kang nanti, adoi. Lepas dah habis angkat semua kayak turun, En.Zul bagi la sikit penerangan cara nak berkayak ni sebelum kitorang start berkayak. Simple je dia bagi.

Masa untuk berkayak. Aku pasangan dengan Che Bo. :) Haha, sebab En.Zul pesan siapa yang pernah berkayak, try ngan orang yang tak pernah kagi berkayak. Aku cuak cuak la jugak kan, hehe. Tapi apa ada hal, masing masing nak belajar kan. ;) Nak jugak merasa berkayak dengan Che Bo, haha. XD Yang uniknya, cara si Che Bo ni naik kayak, haha. orang lain semua kaki dalam kayak, dia kat kuar kayak. Tapi kesian jugak kot sebab sakit pinggang dia dok camtu lama lama. Lepas dah berkayak depan kem, masa untuk try jauh sikit.

Kitorang berkayak daripada kem sampai ke jambatan. Perghh, rasa bukan main jauh lagi. Nak nak aku ngna Che Bo. Sebabnya kayak aku ngan dia hampir nak tenggelam kot. Bahagian belakang tenggelam kot. Last last terpaksa aku berkayak sorang sorang. Tu pon nasib la Kintan ada, felo aku. Dia jaga daripada belakang. Gila bapak penat~!!! Sakit tangan aku. Yang geramnya Che Bo dapat naik bot. Tak adil betul. Sebel, sebel. :( 

Sampai kat jambatan, rafting. Semua kayak berkumpul. Disebabkan aku naik kayak tu sensorang + aku perempuan, En.Zul suruh aku naik kayak dengan Kintan, mwahaha. XD Ingatkan boleh le rehat rehat jugak, japgi dia pulak yang dera aku kayuh kayak tu sensorang. Konon aku nak amik kesempatan nak relax, tapi tak jadi la. Aku kan baik, mwehehe. Aku kalau kayuh asik ke kiri jek kayak tu pergi, penat nak corner ke kanan banyak kali. Last last kitorang kayuh jugak kayak tu sesama. Nak kalahkan Che Nah ngan Khal. :p

Yang lawaknya, sampai je kat kem, aku nampak kayak Che Nah ngan Khal dah terbalik. Dorang accident dengan si Fiqah and Wardah. Kesian gila dorang. aku dok membayang Kahl gelabah dah masuk air tu. Dari jauh tengok dorang dalam bot. Sampai je, Khal tersengig sengih je maemalu. :p Comel, haha. Ha, ni lagi satu, dia boleh pakai selipar masa berkayak tu. Sakit perut aku gelak. XD

Habis berkayak, simpan kayak balik la kan, haha. Yang ni lagi payah sebab nak bawak naik. Dah le tangga tu boleh tahan jugak curamnya kan, huhuuii~ Tapi apa guna reramai ni ada kan, masing masing kena la saling membantu, betul tak?? Beratur jek kat tangga tu, menunggu nak angkat kayak tu. Macam buat line panjang la, then passing passing kayak uh, haha. Nampak senang, padahal..., hahhaa. :p

Lepas berkayak, masa untuk makan tengahari pulak. Bila dah main air ni, mesti lapar dia berganda ganda. Masing masing lapar jek menunggu preparation untuk lunch. Sambal kentang dengan tomyam sosej. Tu lah menu kitorang untuk lunch, haha. Ni pon aku ingat ingat lupa sebenarnya. :p Sementara dok menunggu tu, sempat jugak la ngap 2, 3 jajan kan, haha. Lapar punya pasal. Kintan la ni, pengaruh betul. :p

Petang tu, jungle trekking. Excited ni kononnya, lama dah tak masuk hutan kan, lalalaa~ Poyo jek lebih. Pacat takut jugak, heh. -.-" Tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan, tak dapat nak jungle trekking. Bayangkan la, kalau kat lua pon dah nak gelap, apatah lagi yang dalam hutan tebal tu, sah sah gelap kan. Padahal petang baru. Lagi pun risau kalau kalau ada pokok yang tumbang nanti. Makanya, terpaksa lah buat aktiviti indoor jek.

Kitorang buat perbincangan pasal induksi. Perkara utama yang dibincangkan adalah 3 event besar yang akan dibuat tu. Starting event awal sem, sampai lah event pengakhiran sepanjang penggal tahun depan. :) Ehehe, yang ni aku tak boleh lah nak cerita kan, rahsia deyh. Nak tahu apa, tungguuuu~ XD

Malam tu game time~ First game yang kitorang main, game F1. Haha, main lumba lumba kereta kot. Jangan memain. Tak pernah lagi ada kem lain main game camni, mwahaha. :p Ada 4 group. Aku group dengan Toku, Fiqah, Alynn, Marni, Syafa, Khal. Kelaka jek sepanjang game tu seyh. Siap ada gadis litar lagi, tu yang tak tahan tu seyh. XD Untuk game ni, group aku dapat tempat ke-3 jek. Haha, time secong round tu lambat sangat.

Game yang kedua ni game panas~ Sebab apa, haha En.Zul cakap disebabkan game ni, kitorang boleh buat gaduh kot, lalalaaa~ Yang game kedua ni, kitorang main saham. Memang menguji kepala otak betul plus kesabaran. Mana tak nya, pening yang lain nak pilih 'X' ke 'Y'. Seriously memang panas jek sepanjang game tu. Ada jugak main tikam tikam belakang. Haha, sakit, sakit. -..- Tapi tulah, nama pon gamekan. Ada pasang surut, panas sejuknya, haha. Lepas game, semua pon chill jek. Tadelah nak gaduh ape pon. Main just setakat untuk main main, bukan serius. ><

Lepas habis game, tidur time. Tapi aku malas nak tidur lagi. Che Bo dah dok ajak main kad. Hmm, awak ni apa lagi, pantang di ajak la kan, hehehe. :p Malam tu tak silap aku dorang ada masak maggi untuk En.Zul and pegawai pegawai yang lain. Aku, Che Bo, Kintan ngan Zulex sibuk dok main kad, haha. :p Gila lah, banyak kali kot aku kalah, sedih. Geram jek. Lepas main dalam bas hari tu, asyik kalah jek aku. -.-" Masa main tu, dapat la jugak merasa maggi yang Che Nah masak tu, sebab tak habis. Dah penat plus bosan, aku pon naik tidur, haha.

Bersambung....

p/s:Masih tak dapat gambar. :'(

Ada line, dapat mesej.
><

Kem Tg. Palok, Tasik Temenggor - Day 1

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

2 Julai 2012

Hari ni konon aku semangat. Bangun awal pagi tu, sebab nak packing barang-barang. Padahal malam tu dah packing jugak. Haha, tulah dia kalau kerja tak siap, dah kena buat paginya tu pulak. Hmm, tak silap dalam pukul 10 lebih kitorang bertolak ke Tasik Temenggor. :) Fuhh, perjalanan dia lama sungguh. Sepanjang perjalanan tu, macam macam aktiviti lah yang berlangsung dalam bas tu.

Aku, main kad kat belakang, haha. Sila jangan tiru ya kengkawan semua, tak elok. :p Ada jugak yang tengok movie, takpon dorang tidur. Memang happening gila keadaan dalam bas. Walaupun ada jugaj certain time yang bas tu jadi snyap sebab semua tidur, tapi suasana happening tu tetap ada. >< Seronok kot. Enjoy sesangat. Ni baru dalam bas, belum sampai pon lagi padahalnya, haha. Kitorang singgah dekat masjid area lenggong untuk solat. :)

Lebih kurang pukul 6 camtu tak silap, kitorang sampai ke jeti. Haha, kena naik bot weh sebelum ke tapak kem tu. Awak ni lama dah tak naik bot ni, errr mual jek rasa masa naik. Excited jugak dalam masa yang sama tu, haha. Oke, aku gila. :p Disebabkan bot ada 2 jek, so kena buat 2 kali trip untuk angkut kitorang semua termasuk barang barang ke kem.

Sampai jek, kitorang disambut En.Zul, salah seorang daripada pegawai perhilitan yang akan guide kitorang sepanjang kitorang berada kat kem tu. :) Boleh tahan best jugak la En.Zul ni, hihi. Hah, yang bestnya muka dia nia ala ala Kasem kot. Ada sorang budak kat kolej aku ni, serius. Budak budak yang lain ni pon perasan seyh, haha. Tergelak je aku. :p 

Malam tu turn aku  and the geng memasak, haha. Sampai sampai je dah kena masak, memang terbaik. Petang tu lepas sesi introduction and semua semua tu, kitorang kemas barang and bawak ke dapur terus. Hehe, supaya senang kerja nak memasak nanti, hehe. :p Malam tu makan sardin, ayam goreng, telur dadar, kobis goreng, and air teh. Kalau tak silap aku la ni, haha. Aku pon lupa dah apa menu hari tu.

Malam tade buat apa sangat just solat, kemas kemas barang. Lepas tu penerangan pasal biodiversiti oleh En. Ayub. Banyak jugak la yang dia terangkan, especially yang berhubungkait dengan perhilitan. Pasal lesen/permit, denda, and pasal haiwan haiwan yang makin pupus tak pon yang dah memang pupus dah. Lepas habis, apa lagi, tidur~!! ><

Bersambung.....

p/s: Tade gambar lagi lah, adoi. Sedih, sedih. -.-" 

Jauh perjalanan, luas pemandangan.
:)