Kem Tg. Palok, Tasik Temenggor - Day 1

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

2 Julai 2012

Hari ni konon aku semangat. Bangun awal pagi tu, sebab nak packing barang-barang. Padahal malam tu dah packing jugak. Haha, tulah dia kalau kerja tak siap, dah kena buat paginya tu pulak. Hmm, tak silap dalam pukul 10 lebih kitorang bertolak ke Tasik Temenggor. :) Fuhh, perjalanan dia lama sungguh. Sepanjang perjalanan tu, macam macam aktiviti lah yang berlangsung dalam bas tu.

Aku, main kad kat belakang, haha. Sila jangan tiru ya kengkawan semua, tak elok. :p Ada jugak yang tengok movie, takpon dorang tidur. Memang happening gila keadaan dalam bas. Walaupun ada jugaj certain time yang bas tu jadi snyap sebab semua tidur, tapi suasana happening tu tetap ada. >< Seronok kot. Enjoy sesangat. Ni baru dalam bas, belum sampai pon lagi padahalnya, haha. Kitorang singgah dekat masjid area lenggong untuk solat. :)

Lebih kurang pukul 6 camtu tak silap, kitorang sampai ke jeti. Haha, kena naik bot weh sebelum ke tapak kem tu. Awak ni lama dah tak naik bot ni, errr mual jek rasa masa naik. Excited jugak dalam masa yang sama tu, haha. Oke, aku gila. :p Disebabkan bot ada 2 jek, so kena buat 2 kali trip untuk angkut kitorang semua termasuk barang barang ke kem.

Sampai jek, kitorang disambut En.Zul, salah seorang daripada pegawai perhilitan yang akan guide kitorang sepanjang kitorang berada kat kem tu. :) Boleh tahan best jugak la En.Zul ni, hihi. Hah, yang bestnya muka dia nia ala ala Kasem kot. Ada sorang budak kat kolej aku ni, serius. Budak budak yang lain ni pon perasan seyh, haha. Tergelak je aku. :p 

Malam tu turn aku  and the geng memasak, haha. Sampai sampai je dah kena masak, memang terbaik. Petang tu lepas sesi introduction and semua semua tu, kitorang kemas barang and bawak ke dapur terus. Hehe, supaya senang kerja nak memasak nanti, hehe. :p Malam tu makan sardin, ayam goreng, telur dadar, kobis goreng, and air teh. Kalau tak silap aku la ni, haha. Aku pon lupa dah apa menu hari tu.

Malam tade buat apa sangat just solat, kemas kemas barang. Lepas tu penerangan pasal biodiversiti oleh En. Ayub. Banyak jugak la yang dia terangkan, especially yang berhubungkait dengan perhilitan. Pasal lesen/permit, denda, and pasal haiwan haiwan yang makin pupus tak pon yang dah memang pupus dah. Lepas habis, apa lagi, tidur~!! ><

Bersambung.....

p/s: Tade gambar lagi lah, adoi. Sedih, sedih. -.-" 

Jauh perjalanan, luas pemandangan.
:)

Comments

Popular Posts