Kem Tg. Palok, Tasik Temenggor - Last day

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

5 Julai 2012

Yeah, last day babeh~!! Rasa cam tak best lah pulak nak balik, uhuuuu. Pagi tu, bangun je terus mandi. Hehe, yang sebelum sebelum ni, lepas habis aktiviti baru aku mandi, hihihi. :p Maklum la, hari ni kan tinggal nak balik je. jadinya, terus la bersiap, nanti senang.

Sebelum balik tu, kitorang buat gotong-royong dulu bersihkan kem. Awak dah guna, so kena la bersihkan balik, buang mana yang patut tu. Yang tak guna dah kan. Nanti kem tu dah tak berpenghuni lama. Sampai lepas puasa ke camtu tah, haha. Main sebut je aku kan, sengal~ Lantak lantak la, yang penting hari ni balik, weeee. XD

Lepas habis gotong-royong, masa untuk pulang, haha. Aku naik bot awal gila. Nak naik bas awal punya pasal. Untung gak la kan, dapat dok dalam aircond, sejukkk~!! >< Lepas semua dah sampai, masa untuk sesi bergambar pulak, haha. Semua menggila la kan kalau bab pasal amik gambar ni. Pantang je nampak camera semua sah sah posing bagai punya. Termasuk la aku kan, lalalaa~

Selesai je bergambar, semua pon naik bas. Haha, kali ni, naik bas lepas main kad sekejap aku terus lelap. Sepanjang perjalanan kalau tak silap. Cuma bila stop kat R&R Sg. Perak, aku tengok movie dalam bas tu. Tapi last last aku terlelap jugak aku, hahahaa~ :p Penat kot. Semua pon tidur je jugak dalam bas tu. Yang tak tidur pon, 2, 3 jek rasanya.

Hah, Fiqah dengan Raja pulak balik masa stop R&R Simpang Pulai tak silap. Fiqah ada LI, thats why dia balik. Raja balik maybe sebab cuti kot kan, hehehe. :) Perjalanan memang lama gila gila. Penat. Punya lama tidur dalam bas tu, Sakit pinggang aku, ngee~ XD Balik bilik, mandi solat semua lepas tu padam. Haha, apa lagi, tidur matilah kan. Esok dah start induksi dalam dah. Pagi pulak tu. Jadi, kita enjoy~!! ><

p/s : Sampai ke sudah takde gambar. :p Nanti lah aku upload. Sekarang ni tengak sengkek, semua tade pendrive nk transfer gambar.

Nak balik rumah...
><

Comments

Popular Posts