Kem Tg. Palok, Tasik Temenggor - Day 3

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

4 Julai 2012

Huh, sekejap je rasa. dah sampai hari ke-3 dah pon kat kem ni. Macam tak percaya, haha. Aktviti hari ni  dimulakan dengan senaman ringan pagi. Kali ni, Khal yang take over. COMEL~!! Kelakar kot. Then kitorang buat kawad hantu cina tu jugak. Ni lagi lah, sekit perut aku dok gelak je, haha. XD Khal tak hafal arahan untuk kawad tu, so bila dah main bantai sebut jek, semua apa lagi, ketawa bagai nak rak la kan.

Pagi tu, kitorang punya aktiviti perfi tengok sira gajah. Sebelum gerak ke tempat tu, kitorang pusing pusing naik bot dulu. Bila sampai kat empangan, En.Zul bagi lah lagi sikit penerangan pasal kejadian dan sejarah disebalik tasik tu. Ada jugak cerita turun temurun daripada penduduk penduduk kat situ. Even pak cik bot tu pon ada jugak share pasal tasik tu. Termasuk la pasal komunis, engineering yang buat empangan tu. Aku dengar je pon pon macam, woooo betul ke??

Then pusing pusing lagi pergi Pulau Batu Putih. Ni bukan yang kat Singapore tu tau, haha, ni Perak mari. Kat pulau ni ada pokok bonzai, Paku Haji la bagi orang local. Pokok ni dipercayai berumur berjuta tahun, ada sejak zaman dinasor lagi. Haha, yang ni tak diketahui lah sama ada betul ke tak kan kesahihannya. :p Ni semua menurut cerita orang orang local sana. Kat situ jugak kalau ikutkan ada sarang lebah kat batu tu. Tapi pak cik bot kata sekarang bukan musim dia, jadinya tak dapat la kitorang nak tengok, uhuhuuu~

Haha, masa untuk ke tempat sira gajah pulak. Kali ni kena masuk hutan pulak, ngehehe. Nak ke tempat sira gajah tu penat jugak, bagi aku la. Maklum, awak ni senaman malas, so stamina tak berapa nak ada. Naik baru sikit dah termengah mengah, haih. -.- Sampai jek kat tempat sira gajah tu, perghhh, bau bukan main harum lagi kan. Bercampur dengan tahi and kencing kencing gajah tu, lalala~ @.@ Sira gajah yang kitorang lawat ni baru lagi. Mungkin subuh tu gajah gajah datang situ.

Sira gajah ni tempat gajah gajah ni dapatkan garam mineral. Gajah jantan korek lubang yang dia rasa ada garam mineral tu, then dorang jilat la garam garam mineral yang ada tu. Selalunya, yang jantan akan bagi yang betina dulu lepas dah korek tu. Hmm, kawasan gajah gajah ni lebih kurang dalam 50 hektar jugak la. Aku hairan la jugak, tempat tempat tinggi tu gajah gajah ni semua boleh naik. How come meyh?? Aku yang naik sikit ni pon dah macam apa jek, uhuuu~

Selesai melawat sira gajah, kitorang bergerak ke tempat rafflesia pulak. Haha, first time ni nak tengok, excited~!! >< Kali ni perjalanan naik bot agak lama la jugak. Sampai tertidur tidur aku atas bot tu. Tapi tak boleh nak tidur sangat, cuak. :p Dalam 30 minit camtu jugak la rasanya, haha. Sampai jek kat tempat rafflesia tu, aku tengok tempat dia bukan main tinggi lagi. Haha, En.Zul cakap bukit dia agak curam gak la, uhuu~ Memang fail betul la aku bab ni. Lemah.

So, naik lagii perjalanan kitorang semata mata nak tengok rafflesia tu. Aku berdoa jek supaya bunga pakma tu kembang, tak pernah tengok kan. Mesti cantik. ^^ Tapi tu lah, harapan hanya tinggal harapan. Sampai je kat tempat rafflesia tu, yang ada just kulup bunga je. Bunga tu tak kembang, belum masanya lagi. En.Zul kata kalau nak tengok dia kembang datang lagi nanti. Memang senang pulak la kan nak gi sini, adoi. Pokok pakma ni hanya tumbuh dekat akar pokok jek. Nama pokok tu aku tak ingat la pulak. Ada jek tagging kat pokok tu. Hah, by the way rafflesia ni sebenarnya dikategorikan sebagai parasit. Sebab dia tumbuh dekat akar pokok lain kan. XD

Balik dari tengok rafflesia tu, kitorang singgah makan dekat jeti. Haha, Intan bagi sorang RM2 sebab katanya En.Rizal bagi duit poket untuk semua orang. Dapat la nak membeli pape ke kan, hehe, maceh, maceh. ^^ Memang terbaik lah kan. Aku setakat lepak lepak je, tade beli pape pon. Just tunggu nak makan lunch kat kem nanti, mwahha. Yang lain semua dah selamat melantak kat jeti tu. yelah, lapar kan. :)

Makan time. Aku pon dah tak ingat apa menu tengahari tu, tapi yang penting semua menu sepanjang kem ni, mewah mewah semuanya. XD Memang puas gila la kat kem ni. Dah macam bukan camping jek kot, hehe. Petang tu, buat aktiviti main dalam air. Pertandingan main bola ring. Selalu main kering, kali ni main dalam air. Haih, awak berenang ni dah le tak reti. Memang main macam apa je lah, haha.

Group aku dapat tempat terakhir. Johan group Che Nah, second group toku. 3rd pulak group Kole. 1st game, group Kole lawan group Toku. 2nd game pulak group aku ngan group Che Nah. Disebabkan dalam match pertama masing-masing kalah, jadinya group aku dengan Kole lawan untuk tempat ke-3 and ke-4. Yang menang pulak lawan untuk johan and naib johan. Aku jadi penjaga garisan time game Kole/Toku. Tak memasal jek. Mana taknya, Dyla asyik bergerak je time dia jadi keeper, so, si Kintan dok jaga dia jangan lari daripada garisan kawasan, haha.

Time aku main pulak lagi macam apa tah. Berenang tak reti, nak rebut ring tu pon lembab. -.-" Mana tak kalahnya kan, haha.Nice jugak la main air petang petang tu. Sejuk jugak badan kan. Lepas tu, tetiba hujan lah pulak. Ramai ramai nak naik. Paling awal naik Adah, sebab dia kekejangan. Aku duduk stay lagi. Hihi, nak main air dalam hujan. Bukan apa, bila naik daripada air tu, sejuk gila seyh~!! Dalam air warm jek. Yang stay lepas tu tak silap aku Mek, Dian, Yoges, Ira, Wardah, Fiqah, Ena, Kocot, Kintan ngan En.Ayub. 5.30 petang, semua naik. Kang nak masak untuk malam kan, hihihi. XD

Malam tu kitorang makan besar~!! Terima kasih lah kat orang Gerik kan, Ena. :) Seriously, kenyang gila gila malam tu. Malam tu kitorang buat BBQ. Ada ikan bakar, ayam, sosej, kentang goreng and nugget. Kalau ikutkan malam ni malam kebudayaaan. Haha, setiap group kena ada persembahan. Persembahan tu pulak mesti pasal alam, and ada nyanyian, tarian plus sketsa. :) Haha, amik kau, petang tu, dalam pada melawat sira gajah and rafflesia, and lepas main bola ring tu, ada jugak yang menyempat bincang pasal persembahan masing masing.

First group yang buat persembahan group Toku. Ada Alynn, Sarah, Wardah, Ira. Dorang punya aku paling suka part nyanyian. Dorang menyanyi doa sebelum makan, sambil buat gaya. Gaya dorang KIUT sangat, haha. Usap usap perut, haha. XD Sketsa dorang pulak pasal rancangan memasak. Alynn jadi pengacara. Toku jadi chef and si Srah jadi Kak Bedah, Kak Bedah yang PEKAK. Bapak dia, opening pon lawak kot. Alynn buat gaya cop cop cop, lepas tu lupa tajuk rancangan, pon boleh Alynn oi~ Dorang punya rancangan memasak ni, masak makanan eksotik. Wardah and Ira yang jadi pegawai perhilitan, berkas dorang, mwehehe. Untuk selingan Raja pulak buat persembahan. Dia nyanyi dengan Nana lagu Ombak Rindu. ><

Lepas tu, group Che Bo, Marnie, Dian, Intan, Mek dan Mieza. Haha, dorang buat dikir barat. Nice wa cakap lu~ Lirik dorang pasal semua aktiviti sepanjang kem ni. Serius best~!! sketsa dorang pasal si Intan nak buat bandar baru, lebuh raya 3 tingkat and banglo dekat pokok besar. Marnie jadi pokok, Mek jadi burung, and Dian pulak jadi gajah. Haha, siap guna botol untuk sembur air. Konon sembur air guna belalai la. Eh, lupa. Che bo jadi harimau. Auummm, auumm. XD Selingan kali ni pulak, En.Ayub yang buat persembahan. Dia nyanyi lagu sebijik irama macam group aku nak nyanyi malam tu. Haih, macam spoil jugak la. Tapi yang part dia sumpah lawak. Kole dengan Che Bo beriya gila gelak siap guling-guling. Yang kitorang yang perempuan ni, semua dah malu nak mampos. Bayangkan lah kan. Aku tak nak cerita apa yang dia buat. Biarlah hanya kami kami yang tahu. Heh, sungguh aku tak sangka. -.-"

Then giliran goup aku pulak. Ahah, terasa bangang. Aku lupa kot apa nak buat. Blur jek kat depan tu, haha. Kitorang just buat nyanyian sikit, tarian sikit and sketsa. Kitorang buat pasal dos and donts. Ada tiga situasi, karen ikan, ceroboh masuk kawasan, dan jugak jual bahagian binatnag terpelihara. Tiga tiga situasi watak utama Joko. Aku, Zulex, dengan Nana jadi props jek; ikan, bunga pakma, gading, belalai. Fiqah pulak jadi narrator. :) Aku tatau la apa pandangan yang lain pasal persembahan aku, tapi mostly dorang akan gelak sebab si ZULEX. Jadi ikan, hyper gila mana taknya kan. :p Selingan yang kali ni giliran Kintan pulak. Dia panggil Raja, Che Bo ngan Khal. Raja jadi mesin kira tinggi dengan mesin penimbang berat. Yang ni sakit perut sebab Raja asik tersasul jek. Nak kenakan Khal and Che Bo, last last gelakkan dia.

Lepas tu group Kole, Syafa, Syu, Yoges and Ena. Hahah, giliran family gajah masuk buat persembahan. Gila kiut dorang nie. Kole, jadi bapak gajah(Jojo), Syu mak gajah(Jiji), Syafa(Jiji) and Yoges(Jaja) anak dorang. Ena jadi pemburu. Dorang buat tarian, haha, tapi tarian tak habis. :p Yang kelakar dorang ni bila part buat bunyi gajah dengan gaya gajah kot. Kole ngan Syu lah paling ketara. Sakit woi perut. Dari first persembahan, lepas tu asik gelak je. Otot perut rasa nak kebas dah. -..- Gelak tak berhenti. Hadoyaii~ Selingan kali ni, kocot pulak. Dia invite Kintan dengan Raja. Dorang buat game main sambung sambung perkataan. Haha, dorang guna cerita sepanjang kat kem ni. Lawak, sampai aku dengan Khal pon boleh bertukar. -.-"

Lst group, Che Nah, Effy, Khal, Dyla and Adah. Khal lawak kot. jadi harimau dengan Che Nah, tapi buat bunyi meow?? Gila sakit perut gelak sakan. Yang lain pon sama. Lepas tu, Effy pulak boleh tersasul "Saya nampak, dia bunuh saksi". Masalahnya dia lah yang jadi saksi, pastu boleh dia kata dia kena bunuh. Dah tu siapa pulak yang hidup jadi saksi tu kang, lalalaaa~ Haih, memang malam tu malam gelak gila gila la weh. Nak meletup jugak perut aku time tu aku rasa. XD

Habis tu, En.Rizal pulak kena buat persembahan. Yang ni, kitorang just menyanyi beramai-ramai lagu Saya dari Malaysia. Memang suka suka hati betul lah malam tu. Nama negeri siapa yang kena sebut, kena keluar kat tengah tghan buat la gaya pape kan. Aku sensorang, macam apa jek, ngeee~ Kalau ikutkan giliran En.Zul sebenarnya, tapi dia request nak buat last. Dia nyanyi lagu Yuna, Penakut. Sedap jugak kot. Hehe, dia kata nak buat last takut lepas dia nyanyi mood tu down sekejap. Yalah, lagu tu kan ala ala slow sikit. Dah tengah tengah gembira, excited semua tu, kang dah tak best pulak. 

So, dengan habisnya persembahan En.Zul, habis la aktiviti untuk malam tu. Aku pon tidur awal malam tu, rasa penat yang teramat sangat. Dengan gelak beriya semua tadi, mana tak penat kan. :p

Bersambung...

p/s: Masih tiada gambar.....

Kenapa rasa macam tak best ni??
:(

Comments

Popular Posts