Kem Tg. Palok, Tasik Temenggor - Day 2

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

3 Julai 2012

Bangun awal pagi, solat subuh berjemaah. :) Tenang je rasa pagi tu. Sampai tak mandi lah kan, sejuk punya pasal. Walaupun dah tidur pakai sleeping bag tu pon, still rasa sejuk jugak. XD Then sarapan sesama. Menunya, mee gorang, hihi.

Pukul 8 lebih camtu, buat senaman pagi sikit. En.Zul pulak siap bagi kawad hantu cina ka kitorang. Gila comel kot, haha. Sakit gak perut aku gelak. :) Lepas senaman ringan, masa untuk aktiviti air~!! Pagi tu buat aktiviti water confident. Perghh, tak pernah pernah aku buat ni. First time, hihi. Pagi ni, En.Din yang handle. En.Ayub pulak demonstrate cara nak turun masuk air. Gila lah, aku tengok rasa macam ape jek. Nebes aku seyh. Seriously, tak tipu.

Budak budak lelaki yang masuk air dulu, seba dorang sikit je kan, haha. :p Lepas tu, budak budak perempuan pulak. Haih, aku masa nak turun tu nebes gila babeng siot. Sumpah tak tipu. Memang nampak macam simple je, senang, tapi entah. Rasa nervous gila nak mati. :p Tapi alhamdulillah, aku lepas jugak turun. Nak masuk air, hilang sikit nervous aku tu. Sikit je la. Then, bila ada time tu, aku naik balik kejap, haha.

Then, masing masing baring dalam air. apungkan diri tu. Pastu belajar nak bergerak dalam air tu macam mana. Nak gerak ke depan, ke belakang. Dah belajar, then buat semua tu, nervous aku hilang. Seronok pulak main kat dalam air tu. Tapi cuak cuak jugak la. Tu taleyh nak hilang, ngeee~ :p

Dah habis berendam semua dalam air, masa untuk berkayak~!!! Lama gila seyh aku tak berkayak. Cuak je rasa masa nak naik tu. Lepas naik, kitorang angkat turun kayak ramai ramai.Berat kot kayak tu. Sakit tangan. Nie belum berkayak dah sakit tangan, apa lagi nak berkayak kang nanti, adoi. Lepas dah habis angkat semua kayak turun, En.Zul bagi la sikit penerangan cara nak berkayak ni sebelum kitorang start berkayak. Simple je dia bagi.

Masa untuk berkayak. Aku pasangan dengan Che Bo. :) Haha, sebab En.Zul pesan siapa yang pernah berkayak, try ngan orang yang tak pernah kagi berkayak. Aku cuak cuak la jugak kan, hehe. Tapi apa ada hal, masing masing nak belajar kan. ;) Nak jugak merasa berkayak dengan Che Bo, haha. XD Yang uniknya, cara si Che Bo ni naik kayak, haha. orang lain semua kaki dalam kayak, dia kat kuar kayak. Tapi kesian jugak kot sebab sakit pinggang dia dok camtu lama lama. Lepas dah berkayak depan kem, masa untuk try jauh sikit.

Kitorang berkayak daripada kem sampai ke jambatan. Perghh, rasa bukan main jauh lagi. Nak nak aku ngna Che Bo. Sebabnya kayak aku ngan dia hampir nak tenggelam kot. Bahagian belakang tenggelam kot. Last last terpaksa aku berkayak sorang sorang. Tu pon nasib la Kintan ada, felo aku. Dia jaga daripada belakang. Gila bapak penat~!!! Sakit tangan aku. Yang geramnya Che Bo dapat naik bot. Tak adil betul. Sebel, sebel. :( 

Sampai kat jambatan, rafting. Semua kayak berkumpul. Disebabkan aku naik kayak tu sensorang + aku perempuan, En.Zul suruh aku naik kayak dengan Kintan, mwahaha. XD Ingatkan boleh le rehat rehat jugak, japgi dia pulak yang dera aku kayuh kayak tu sensorang. Konon aku nak amik kesempatan nak relax, tapi tak jadi la. Aku kan baik, mwehehe. Aku kalau kayuh asik ke kiri jek kayak tu pergi, penat nak corner ke kanan banyak kali. Last last kitorang kayuh jugak kayak tu sesama. Nak kalahkan Che Nah ngan Khal. :p

Yang lawaknya, sampai je kat kem, aku nampak kayak Che Nah ngan Khal dah terbalik. Dorang accident dengan si Fiqah and Wardah. Kesian gila dorang. aku dok membayang Kahl gelabah dah masuk air tu. Dari jauh tengok dorang dalam bot. Sampai je, Khal tersengig sengih je maemalu. :p Comel, haha. Ha, ni lagi satu, dia boleh pakai selipar masa berkayak tu. Sakit perut aku gelak. XD

Habis berkayak, simpan kayak balik la kan, haha. Yang ni lagi payah sebab nak bawak naik. Dah le tangga tu boleh tahan jugak curamnya kan, huhuuii~ Tapi apa guna reramai ni ada kan, masing masing kena la saling membantu, betul tak?? Beratur jek kat tangga tu, menunggu nak angkat kayak tu. Macam buat line panjang la, then passing passing kayak uh, haha. Nampak senang, padahal..., hahhaa. :p

Lepas berkayak, masa untuk makan tengahari pulak. Bila dah main air ni, mesti lapar dia berganda ganda. Masing masing lapar jek menunggu preparation untuk lunch. Sambal kentang dengan tomyam sosej. Tu lah menu kitorang untuk lunch, haha. Ni pon aku ingat ingat lupa sebenarnya. :p Sementara dok menunggu tu, sempat jugak la ngap 2, 3 jajan kan, haha. Lapar punya pasal. Kintan la ni, pengaruh betul. :p

Petang tu, jungle trekking. Excited ni kononnya, lama dah tak masuk hutan kan, lalalaa~ Poyo jek lebih. Pacat takut jugak, heh. -.-" Tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan, tak dapat nak jungle trekking. Bayangkan la, kalau kat lua pon dah nak gelap, apatah lagi yang dalam hutan tebal tu, sah sah gelap kan. Padahal petang baru. Lagi pun risau kalau kalau ada pokok yang tumbang nanti. Makanya, terpaksa lah buat aktiviti indoor jek.

Kitorang buat perbincangan pasal induksi. Perkara utama yang dibincangkan adalah 3 event besar yang akan dibuat tu. Starting event awal sem, sampai lah event pengakhiran sepanjang penggal tahun depan. :) Ehehe, yang ni aku tak boleh lah nak cerita kan, rahsia deyh. Nak tahu apa, tungguuuu~ XD

Malam tu game time~ First game yang kitorang main, game F1. Haha, main lumba lumba kereta kot. Jangan memain. Tak pernah lagi ada kem lain main game camni, mwahaha. :p Ada 4 group. Aku group dengan Toku, Fiqah, Alynn, Marni, Syafa, Khal. Kelaka jek sepanjang game tu seyh. Siap ada gadis litar lagi, tu yang tak tahan tu seyh. XD Untuk game ni, group aku dapat tempat ke-3 jek. Haha, time secong round tu lambat sangat.

Game yang kedua ni game panas~ Sebab apa, haha En.Zul cakap disebabkan game ni, kitorang boleh buat gaduh kot, lalalaaa~ Yang game kedua ni, kitorang main saham. Memang menguji kepala otak betul plus kesabaran. Mana tak nya, pening yang lain nak pilih 'X' ke 'Y'. Seriously memang panas jek sepanjang game tu. Ada jugak main tikam tikam belakang. Haha, sakit, sakit. -..- Tapi tulah, nama pon gamekan. Ada pasang surut, panas sejuknya, haha. Lepas game, semua pon chill jek. Tadelah nak gaduh ape pon. Main just setakat untuk main main, bukan serius. ><

Lepas habis game, tidur time. Tapi aku malas nak tidur lagi. Che Bo dah dok ajak main kad. Hmm, awak ni apa lagi, pantang di ajak la kan, hehehe. :p Malam tu tak silap aku dorang ada masak maggi untuk En.Zul and pegawai pegawai yang lain. Aku, Che Bo, Kintan ngan Zulex sibuk dok main kad, haha. :p Gila lah, banyak kali kot aku kalah, sedih. Geram jek. Lepas main dalam bas hari tu, asyik kalah jek aku. -.-" Masa main tu, dapat la jugak merasa maggi yang Che Nah masak tu, sebab tak habis. Dah penat plus bosan, aku pon naik tidur, haha.

Bersambung....

p/s:Masih tak dapat gambar. :'(

Ada line, dapat mesej.
><

Comments

Popular Posts