Salam Isra Mi'raj


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah.
Syukran Rabb.
Engkau tak pernah tinggal.
Engkau tak pernah lupa.
Engkau sentiasa ada.
Engkau sentiasa ingat.
Akan hambaMu yang leka ini.
Akan hambaMu yang lalai ini.
Akan hambaMu yang lupa ini.
Akan hambaMu yang tak bersukur atas segala nikmatMu.
Syukran Rabb.
Engkau masih beri peluang.
Engkau masih beri jalan.
Engkau masih beri petunjuk.
Alhamdulillah.
Syukran Rabb untuk peluang ini.
SOLAT.
Jangan pernah tinggal akan yang satu ini.
;)

Surprising day 2.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Okay sambungan cerita untuk 16 Mei 2014. Haha.

Hasil penantian hampir 7 jam. 3 ubat sahaja yang termampu.

Alkisah lepas dah habis interview tu balik lunch, then petang pergi kelas ganti sampai lah petang. Lepas habis kita balik dan berehat. Malamnya pergi training rugby touch pulok.

The story starts here. Bila mana masa latihan tu aku terjatuh, and pinggang aku terhentak as aku jatuh tu aku terduduk. Masa ni aku nak break waktu sprint test. Hambik kau, break entah ke mana, aku pulak dah terbaring situ. Pergh, sakit dia memang tak boleh nak gambarkan. Memang terkejut jugak la aku. Yang bebudak lain ni lagi la. Memasing dah datang kat aku. Terkejut.

At first tu memang aku terlentang je lah kat padang tepi tu. Then dorang tolong belikan ais letak nak letak kat belakang. Masa nak pusing tu, lagilah. Dah macam apa je aku kat situ terbaring tahu. Nak bernafas pon macam susah jugak. Serius segan sebab memasing duduk keliling aku. Masa dah meniarap tu ada jugak dorang check kan sikit belakang aku. Tekan tekan part memana yang dorang rasa related ke kan. Maklum aku bukan tahu sangat part ni, tak pakar. Setakat yang simple tu tahu la. Ni dah kes pinggang, haa melopong.

Sambil dorang treat aku tu, ada jugak la dorang melawak. Saje je tau dorang ni. Dapat kenakan orang, bukan main lagi kan. Haha, you know who you are lah kan, malas nak sebut, kang marah pulok. Eceh. Okay, lama aku meniarap tu, so dorang decide memang nak bawak PKU lah. SO aku kenalah bangunn~

Masa nak bangun tu, lagi lah. Dada rasa senak sungguh, nak bernafas rasa perit, payah. Bila bangun tu memang sorang tolong support sebab aku tak boleh nak bangun sendiri, sakit. Sangat. Allah Maha Mengetahui. Bila bangun tu, nak gerak ke kereta tu lagilah payah. Thanks sesangat kat korang yang tolong support aku masa tu. Dah menyusahkan korang nak kena papah aku, haha. Nak masuk keluar kerata memang tak payah cakap la guane kan. Sakit.

Perjalanan nak ke PKU tu rasa perjalanan yang jauh teramat sangat. Aku yang tengah duduk kat belakang ni memang asyik cakap bila la nak sampai, padahal dekat je kot. Rasa jauh sungguh. Memang aku duduk tu tak duduk mana. Aku support badan aku guna tangan supaya tak duduk sangat kat kerusi kereta tu. Sebab kena bonggol tu, perghhhh~!

Sampai je PKU, duduk wheelchair. Lagi aku support badan aku guna tangan. Support bagi belakang aku tegak, kalau tak memang sakit. Bila doktor sampai, dia check belakang aku, nak bergerak untuk kasi ruang dia check pon rasa payah sungguh. Then dia cakap memang kena pergi hospital, takut pape ke kan. So kena X-RAY. X-ray kat PKU pulak tutup. So terpaksa lah, nak buat guane kan. So doktor bagi ubat, then masuk ambulans then gerak ke hospital.

At first Abang tu offer duduk, tapi aku nak baring. Tak sanggup aku nak bayang sakit tu kalau aku duduk. Even ke PKU yang Kejap tu pon macam hape dah. Ni kan pulak ke hospital yang jauh tu. Ahai. So another one of the longest journey I'd ever experienced in my life. Mwahahaa, okay itu poyo. Tapi serius memang lama gila kot. Abang tu pulak bawak laju jek. Bila sampai tu, kena tunggu wheelchair. Lama tak lama jugak. Kesian si Efy, bongkok jek sebab kena support aku kat pinggang. Dah le aku pendek, so pepaham le kan.

So dah masuk, kena tunggu untuk doktor. Lagi tunggu. Then doktor tu suruh x-ray then after that tunggu nama kena panggil. So pergi lah x-ray. Nak ke bilik x-ray tu pon auh bukan main, bagi aku lah. Hahaa. Done with x-ray, so back to the waiting place. Huhuu, and the suffer begins.

Sempat jugak snap kan. Around 3 am masa ni. Sejuk!!

Since bilik doktor yang available hanya 2 SAHAJA, so the process is sooooooooooo slow. Seriously. No kidding. Aku ingat lama dia tu lama biasa je la dalam 1, 2 jam camtu jek. Turns out we've to wait till the next morning!! Yep, aku dapat jumpa doktor dalam 6.15 pagi camtu. Bayang kan, aku sampai sana pukul 11 lebih, after that kena tunggu sampai lahh ke pagi tu. 

Suasana kat situ memang first time aku alami. Kesian jugak tengok mana parents yang datang dengan baby kecik tu. Sebab sejuk kot kena tunggu lama. Aku, Efy & Kecah pon sejuk macam hape sampai si Kecah pergi tidur kat kerata tak tahan sejuk. Efy lah meneman aku kat dalam tu kesejukan. Ada jugak la dia keluar jugak sebab tak tahan sejuk kan. Serius aku rasa serba salah. Kesian kena menanggung sejuk tak memasal.

Bila dah masuk jumpa doktor tu, dia bagi inject untuk kurangkan rasa sakit. Tapi aku rasa macam lagi sakit je lepas inject tu sebenarnya. Haa, gasak kau la Kechek oi. Sebelum ti dia check jugak la yang x-ray aku tu. Ada 2 doktor dalam tu. Dorang macam a bit confius jugak tengok sebab tulang aku kind of macam bengkok. Aku pon nampak bengkoknya tu. Tapi dorang kata tu bukan masalah sebab menda apa entah. Dorang lebih fokus kat tulang yang aku kata sakit bila doktot tu check. Sampaikan dorang pergi tanya doktor lain.

But alhamdulillah, everything was fine. Doktor kata urat je. Entah cemana entah, putus ke twisted ke apa. Dia kata takde pape. But dia pesan no aktiviti lasak for next  2 weeks and aku memang tak boleh nak main ragbi. Melopong yolah kali ni. Then doktor tu pesan jugak incase kalau aku ada rasa numb tetiba atau tak rasa pape ke, terus datang hospital. Biasalah, saraf tunjang kita kat kat belakang, so if anything happened to it, dia effect lah pergerakan aku. Doktor tu pon kesian jek sebab aku kena tunggu lama. And orang kat depan tu tak bagi ubat or pape. Well, takpe lah, redha je time tu.

Then dia kata dia boleh bagi ubat tahan sakit, and ubat sapu je. Since aku ada gastrik dia bagi ubat extra sebab apa entah, ada kaitan ngan ubat tahan sakit tu lah. So, overall 3 ubat selapas 6 jam penantian. Bila tengok balik situasi tu, macam boleh paham sebenarnya. Bayangkan, doktor sikit tapi patients ramai. Dorang terpaksa agih kan antara dua bilik tu. Pesakit pon memacam kes ada. So memang kesabaran dan kefahaman kita untuk diorang bekerja masa tu diperlukan. Bukan salah dorang pon. Serius. Aku rasa dorang dah buat yang terbaik untuk setiap patient.

Habis jumpa doktor kita pon balik!! Yeay, boleh berehat, tidur dalam keadaan yang lebih selesa. Selesakah?? Ahaa. Btw, thanks a million untuk semua yang terlibat menolong aku secara langsung atau tak secara langsung. Cewah. Nak sebut sesatu macam ramai, aku pon tak ingat sangat tapi thanks kat Efy, Kecah, CheBo, Kintan, Kadi, Alin, Hajar, Wawa, Farahin, Asif, Wani, Anin, Yasmin, Farisha, and kalau aku tak sebut tu maaf lah. Aku tak ingat. Thanks sebab bagi support masa aku terbaring tu. Thanks a lot. Tak memasal latihan stop kejap ye. Boleh la korang rehat ye tak, haahaa. Mohon maaf atas salah silap aku ye.

p/s: Selamat Hari Guru Mak!! & guru2 Sek Keb PULAPAH, Sek Keb Ampang Pecah, Sek Men Ampang Pecah, Kolej Matrikulasi Johor & UPM.

Sakit.
Kifarah.
Means Allah sayang.
Time to reflect yourself too beb.
;)

Surprising day.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

16 Mei 2014

Ehem. Feels like been ages not writing meh. Mr. 'Malas' is everywhere nowadays. Err feels kinda awkward a little bit writing this right know. It might be a long writing.  Haha, but well here it goes. Bismillah. :)

Cewah, ayat intro bukan main lagi kan. Takde lah, just nak cerita sikit pasal interview aku je. Eheh, tu pon nak cerita kan?? Interview jek pon. Well, takpe lah, since aku pon dah lama tak menulis kan, so that why la nak bercerita ni. Interview ni pon untuk LI aku nanti. Ni first time ni kena interview.

Kena interview pulak dengan 3 orang. Pergh pergh, nervous dia tak payah cakap la. Bila Tipan dah cakap 3 tu aku macam, alamak haii~ Mende la aku nak cakap ni. Fuh. Masuk je bilik interview tu, awkward jugak aku rasa. Segan pon ado jugak, maklum  first time. Pastu aku pon tak tahu nak cakap apa, memang awkward lah jadinya.

Then start intro, ni pon aku awkward. Perkenal kan diri pon tak reti, kasi lempang lelaju. Heh. Oh ha, btw 2 of them is nogorian too. Ahah, Jelebu and Pilah yo jugak. Ok, masa ni kurang sikit akward + nervous aku. So start interview tu, memacam lah ditanya. Describe aku ni cemana, kenapa amik course aku tu, then apa yang aku boleh buat/ kinda macam bagus la kot, pastu kalau aku takde kenderaan cemana nak datang since aku pon datang dengan Tipan kan, hee, and etc. Then dorang perasan pulak lappy aku yang gabak tu, tanya kenapa bawak. So, since si Paku pesan bawak incase kalau dorang nak tengok system ke apa, aku bawak aje.

Taraa!!  Syarikat yang aku kena pergi interview tu. Btw, En. Fairul is one of the interviewer. Eheh. :P
Aku segan kot sebenarnya bila nak bukak lappy aku ni. Well, tahulah kan aku punya keyboard ni warna warni, meriah la katakan. Aku bukak jek, hah, amik kau. Memang sah sah lah its the first thing yang dorang nampak kan. Serius den malu gilo woi time tu. Ayohai, menahan yolah ekau dalam tu. So dah tunjuk, dorang pon tanya pasal system tu. System pasal CGPA calculator je. Common thing, pon tanya kenapa. Dah tanya pape yang patot, then tutup lah lappy. Habis lah. Tamat. Maka tamat jugaklah ke'nervous'an aku. Haa, nampak la banyak betei aku kurang kan. Dalam hati memacam dah fikir. Allah je tahu time tu. Huu~

Alhamdulillah, habis dah woi! Aku jerit dalam hati je lah. Haha, lega. Overall dorang memang best. Beriya gelak, padahal interview kot. Okay la tak la formal sangat, santai jek. Even bergelak pon tahu dorang serius. Yeke?? Ah, aku sembang je. Hmm, aku pon tak la totally ingat sangat semua secara detail apa yang berlaku masa tu, aturannya jugak tapi still its my first time kena interview for apply intern. Yelah, ni pon first time aku intern kan, haa. So nervous tu memang tak boleh dinafikan la kann~ The things surprised me bila interviewer tu tanya kenapa aku takde facebook and prefer twitter and also sama ada aku ni kuat nangis or tak. Tergelak je aku tahu. Takpe, jawab aje. Meraka tanya, kena la jawab ye tak. Hee. Ada la tu reason dorang.

Oh ye, btw one of the reason aku tulis pasal ni pon sebab aku ada bagitahu yang aku ada blog. Sebab aku kan suka nak hias blog aku ni, well its involving HTML a bit right. Ni pon berzaman dah tak tukar ha. Siap mintak link blog lagi, alahai sogan den dah hoi. Ingat memain jek, sekali betei dorang nak. Hamik kau. Haha. So akhirnya terhasil lah tulisan aku untuk hari ni. Well untuk kisah interview tamatlah. Tamat untuk kisah hari ni??

Belum. Ada sambungannya. Sebab apa?? Both things happened on the same day. Both thing seriously effects my whole day. Hee. Well, it really is a surprising day.  Since dah terlalu panjang aku tulis, aku stop sini dulu. See you in the next story. :)

Cubaan Allah.
Keep smiling.
;)

Hutan Lipur Sg. Kanching


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ





1 Mei 2014.

Alhamdulillah, another small gathering of the MTM1213 familia. Hehe, even though there is only 8 of us, yet its still happening babeh~! ^^

Sg Kanching ni kat Rawang je. Aku baru tahu kot. Nama jek duduk KKB, ni first time jugak pergi, hehe. Macam macam jadi, seronok sangat. Paling tak boleh lupa insiden kitorang diserang beruk kelaparan. Hambik kau, menggelabah menjerit sakan. Mana taknya, tetiba dia datang bantai pergi ambik makanan yang kitorang baru jek beli. Dah membazir disitu. Ahaa. Takpelah, rezeki beruk tu gamaknya.

Nasib baiklah memang ada bawak bekal. Jeng jeng jeng, nasi goreng hasil tangan Cik Fiqah kita ni. Mwehehe, ada jugak wedges, roti and sardin. Aku memang sah sah bantai wedges je lah sebab yang lain tu aku tak makan kan, hehe.

Serius best sebab apa?? Sebab dah lama tak mandi sungai sebenarnya, tu yang bila dah masuk air tak hengat apa dah. Kalah bebudak mandi kot. Bila lagi kan, bukan selalu mendapat masuk sungai ni. Hihi. >< Dah puas mandi tu, pergi makan nasi minyak pulak. Kenduri Kak Madi. Hehe. Alhamdulillah, kenyang kenyang. Sodap nasik minyak eh. Tapi tulah, sebab kitorang datang agak lewat la jugak so lauk pon terhad. But still, perut tetap terisi.

Hopefully, lepas ni buat gathering bagi cukup kuota pulak. Biar semua ada. InshaAllah.

Betul hilang terus ni??
Hmm.