Hutan Lipur Sg. Kanching

9:02 PM


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ





1 Mei 2014.

Alhamdulillah, another small gathering of the MTM1213 familia. Hehe, even though there is only 8 of us, yet its still happening babeh~! ^^

Sg Kanching ni kat Rawang je. Aku baru tahu kot. Nama jek duduk KKB, ni first time jugak pergi, hehe. Macam macam jadi, seronok sangat. Paling tak boleh lupa insiden kitorang diserang beruk kelaparan. Hambik kau, menggelabah menjerit sakan. Mana taknya, tetiba dia datang bantai pergi ambik makanan yang kitorang baru jek beli. Dah membazir disitu. Ahaa. Takpelah, rezeki beruk tu gamaknya.

Nasib baiklah memang ada bawak bekal. Jeng jeng jeng, nasi goreng hasil tangan Cik Fiqah kita ni. Mwehehe, ada jugak wedges, roti and sardin. Aku memang sah sah bantai wedges je lah sebab yang lain tu aku tak makan kan, hehe.

Serius best sebab apa?? Sebab dah lama tak mandi sungai sebenarnya, tu yang bila dah masuk air tak hengat apa dah. Kalah bebudak mandi kot. Bila lagi kan, bukan selalu mendapat masuk sungai ni. Hihi. >< Dah puas mandi tu, pergi makan nasi minyak pulak. Kenduri Kak Madi. Hehe. Alhamdulillah, kenyang kenyang. Sodap nasik minyak eh. Tapi tulah, sebab kitorang datang agak lewat la jugak so lauk pon terhad. But still, perut tetap terisi.

Hopefully, lepas ni buat gathering bagi cukup kuota pulak. Biar semua ada. InshaAllah.

Betul hilang terus ni??
Hmm.

You Might Also Like

2 comments