Hasil penantian hampir 7 jam. 3 ubat sahaja yang termampu.
Alkisah lepas dah habis interview tu balik lunch, then petang pergi kelas ganti sampai lah petang. Lepas habis kita balik dan berehat. Malamnya pergi training rugby touch pulok.
The story starts here. Bila mana masa latihan tu aku terjatuh, and pinggang aku terhentak as aku jatuh tu aku terduduk. Masa ni aku nak break waktu sprint test. Hambik kau, break entah ke mana, aku pulak dah terbaring situ. Pergh, sakit dia memang tak boleh nak gambarkan. Memang terkejut jugak la aku. Yang bebudak lain ni lagi la. Memasing dah datang kat aku. Terkejut.
At first tu memang aku terlentang je lah kat padang tepi tu. Then dorang tolong belikan ais letak nak letak kat belakang. Masa nak pusing tu, lagilah. Dah macam apa je aku kat situ terbaring tahu. Nak bernafas pon macam susah jugak. Serius segan sebab memasing duduk keliling aku. Masa dah meniarap tu ada jugak dorang check kan sikit belakang aku. Tekan tekan part memana yang dorang rasa related ke kan. Maklum aku bukan tahu sangat part ni, tak pakar. Setakat yang simple tu tahu la. Ni dah kes pinggang, haa melopong.
Sambil dorang treat aku tu, ada jugak la dorang melawak. Saje je tau dorang ni. Dapat kenakan orang, bukan main lagi kan. Haha, you know who you are lah kan, malas nak sebut, kang marah pulok. Eceh. Okay, lama aku meniarap tu, so dorang decide memang nak bawak PKU lah. SO aku kenalah bangunn~
Masa nak bangun tu, lagi lah. Dada rasa senak sungguh, nak bernafas rasa perit, payah. Bila bangun tu memang sorang tolong support sebab aku tak boleh nak bangun sendiri, sakit. Sangat. Allah Maha Mengetahui. Bila bangun tu, nak gerak ke kereta tu lagilah payah. Thanks sesangat kat korang yang tolong support aku masa tu. Dah menyusahkan korang nak kena papah aku, haha. Nak masuk keluar kerata memang tak payah cakap la guane kan. Sakit.
Perjalanan nak ke PKU tu rasa perjalanan yang jauh teramat sangat. Aku yang tengah duduk kat belakang ni memang asyik cakap bila la nak sampai, padahal dekat je kot. Rasa jauh sungguh. Memang aku duduk tu tak duduk mana. Aku support badan aku guna tangan supaya tak duduk sangat kat kerusi kereta tu. Sebab kena bonggol tu, perghhhh~!
Sampai je PKU, duduk wheelchair. Lagi aku support badan aku guna tangan. Support bagi belakang aku tegak, kalau tak memang sakit. Bila doktor sampai, dia check belakang aku, nak bergerak untuk kasi ruang dia check pon rasa payah sungguh. Then dia cakap memang kena pergi hospital, takut pape ke kan. So kena X-RAY. X-ray kat PKU pulak tutup. So terpaksa lah, nak buat guane kan. So doktor bagi ubat, then masuk ambulans then gerak ke hospital.
At first Abang tu offer duduk, tapi aku nak baring. Tak sanggup aku nak bayang sakit tu kalau aku duduk. Even ke PKU yang Kejap tu pon macam hape dah. Ni kan pulak ke hospital yang jauh tu. Ahai. So another one of the longest journey I'd ever experienced in my life. Mwahahaa, okay itu poyo. Tapi serius memang lama gila kot. Abang tu pulak bawak laju jek. Bila sampai tu, kena tunggu wheelchair. Lama tak lama jugak. Kesian si Efy, bongkok jek sebab kena support aku kat pinggang. Dah le aku pendek, so pepaham le kan.
So dah masuk, kena tunggu untuk doktor. Lagi tunggu. Then doktor tu suruh x-ray then after that tunggu nama kena panggil. So pergi lah x-ray. Nak ke bilik x-ray tu pon auh bukan main, bagi aku lah. Hahaa. Done with x-ray, so back to the waiting place. Huhuu, and the suffer begins.
Sempat jugak snap kan. Around 3 am masa ni. Sejuk!!
Since bilik doktor yang available hanya 2 SAHAJA, so the process is sooooooooooo slow. Seriously. No kidding. Aku ingat lama dia tu lama biasa je la dalam 1, 2 jam camtu jek. Turns out we've to wait till the next morning!! Yep, aku dapat jumpa doktor dalam 6.15 pagi camtu. Bayang kan, aku sampai sana pukul 11 lebih, after that kena tunggu sampai lahh ke pagi tu.
Suasana kat situ memang first time aku alami. Kesian jugak tengok mana parents yang datang dengan baby kecik tu. Sebab sejuk kot kena tunggu lama. Aku, Efy & Kecah pon sejuk macam hape sampai si Kecah pergi tidur kat kerata tak tahan sejuk. Efy lah meneman aku kat dalam tu kesejukan. Ada jugak la dia keluar jugak sebab tak tahan sejuk kan. Serius aku rasa serba salah. Kesian kena menanggung sejuk tak memasal.
Bila dah masuk jumpa doktor tu, dia bagi inject untuk kurangkan rasa sakit. Tapi aku rasa macam lagi sakit je lepas inject tu sebenarnya. Haa, gasak kau la Kechek oi. Sebelum ti dia check jugak la yang x-ray aku tu. Ada 2 doktor dalam tu. Dorang macam a bit confius jugak tengok sebab tulang aku kind of macam bengkok. Aku pon nampak bengkoknya tu. Tapi dorang kata tu bukan masalah sebab menda apa entah. Dorang lebih fokus kat tulang yang aku kata sakit bila doktot tu check. Sampaikan dorang pergi tanya doktor lain.
But alhamdulillah, everything was fine. Doktor kata urat je. Entah cemana entah, putus ke twisted ke apa. Dia kata takde pape. But dia pesan no aktiviti lasak for next 2 weeks and aku memang tak boleh nak main ragbi. Melopong yolah kali ni. Then doktor tu pesan jugak incase kalau aku ada rasa numb tetiba atau tak rasa pape ke, terus datang hospital. Biasalah, saraf tunjang kita kat kat belakang, so if anything happened to it, dia effect lah pergerakan aku. Doktor tu pon kesian jek sebab aku kena tunggu lama. And orang kat depan tu tak bagi ubat or pape. Well, takpe lah, redha je time tu.
Then dia kata dia boleh bagi ubat tahan sakit, and ubat sapu je. Since aku ada gastrik dia bagi ubat extra sebab apa entah, ada kaitan ngan ubat tahan sakit tu lah. So, overall 3 ubat selapas 6 jam penantian. Bila tengok balik situasi tu, macam boleh paham sebenarnya. Bayangkan, doktor sikit tapi patients ramai. Dorang terpaksa agih kan antara dua bilik tu. Pesakit pon memacam kes ada. So memang kesabaran dan kefahaman kita untuk diorang bekerja masa tu diperlukan. Bukan salah dorang pon. Serius. Aku rasa dorang dah buat yang terbaik untuk setiap patient.
Habis jumpa doktor kita pon balik!! Yeay, boleh berehat, tidur dalam keadaan yang lebih selesa. Selesakah?? Ahaa. Btw, thanks a million untuk semua yang terlibat menolong aku secara langsung atau tak secara langsung. Cewah. Nak sebut sesatu macam ramai, aku pon tak ingat sangat tapi thanks kat Efy, Kecah, CheBo, Kintan, Kadi, Alin, Hajar, Wawa, Farahin, Asif, Wani, Anin, Yasmin, Farisha, and kalau aku tak sebut tu maaf lah. Aku tak ingat. Thanks sebab bagi support masa aku terbaring tu. Thanks a lot. Tak memasal latihan stop kejap ye. Boleh la korang rehat ye tak, haahaa. Mohon maaf atas salah silap aku ye.
p/s: Selamat Hari Guru Mak!! & guru2 Sek Keb PULAPAH, Sek Keb Ampang Pecah, Sek Men Ampang Pecah, Kolej Matrikulasi Johor & UPM.
Comments
Post a Comment