Its just...

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahaha, kebosanan di dalam bilik. Nak mencari idea apa nak di 'update' dalam blog. Tah pape kan??Aku just nak me'random' je buat post ni, takde idea punya pasal kan. Tapi tangan gatal nak menaip. Ceh. Bukan apa, dah jarang aku update dengan ada apa apa cerita. Kebelakangan ni aku lebih banyak update dengan menggunakan gambar jek. Maklum, tak tahu nak tulis or explain macam mana. Jadinya lebih selesa untuk upload gambar mengenai apa yang aku rasa. Peace. ;)

Sekarang ni pulak, sibuk sibuk nak update, tapi satu apa pon tak boleh pakai, ceh lagi. :p Nak share apa apa pon aku tak tahu nak share apa. Sengal jek, nampak sangat pemalas. Padahal aku rasa banyak jek benda benda yang aku boleh share. Bagi banyak manfaat kat readers. Ini tak, banyak membebel benda benda merepek jek, haiyaa~

Hahh~!! Aku baru jek selesai dengan kuiz kuiz daripada lecturer. Haha, untuk this week lah dah sudah. Next week test 2 untuk kelas database. Rabu lepas test 2 network. Perghh, gila tergamam aku nak menjawab. Apa yang aku baca tu memang banyak masuk, but suddenly jek aku macam blur. Tak tahu nak tulis apa. Sedih kot. Serius. :( Hmm, sekarang ni, tawakal jelah dengan result. Hopefully cukup lah untuk carry mark aku. Aamiin.

Sabtu minggi ni, kelas ganti koko bola tampar, 6 jam kot~!! Haha, nasib baik la awak ni memang minat nak main bola tampar, takde la rasa ralat sangat kan. Dengan buku log satu apa pon aku tak tulis lagi, adoi adoi. --" Dah le nak kena buat presentation lagi tu. Banyak kali sangat dah bertangguh, major dah suruh prepare dah untuk present. Ahah. XD Semoga semua berjalan lancar nanti. Hopefully. Aamiin.
p/s: Dengarnya Israel sudah membuat genjatan senjata. Alhamdulilah. ;)
Yok puasa sempena Hari Asyura.
Jom puasa 9 & 10 Muharram.
;)

A True Story.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Just a quick update, eheh. Terjumpa pulak gambar ni, serius kena ngan hidup aku sebelum ambik course sains komputer ni kan, haha. Sebijik sebijik kena, mwehehe. Hmm, rindukan sesuatu tapi aku tak tahu apa. Hanya Allah yang tahu mungkin. ;)

That's the fact.
Hardly to believe.
;)

Salam Maal Hijrah

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selamat menyambut awal Muharram. :)
Semoga dengan bermulanya tahun baru ni, we're gonna make better to ourselves.
May Allah bless us in everyday ahead. Aamiin.

Enjoying everyday at home.
:)

Di satu hari cuti..

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bukit Beruntung Bowling Center. Oke, aku taram je nama dia, hahaa. XD

Muka excited nak main sebab dah lama tak baling bola bowling. Weeee~!! ><

Dad, me, angah and kak lang. 

Mom, me and kak lang. 

Last game, Angah confident menang. Ceh.

Amal yang malu nak tunjuk muka sebab dah BOTAK, haha.

The Mom and The Dad. Saranghae. :)

Serius seronok, mwehehe. Orang cuti ni beraya, kitorang pulak pergo main bowling. Nasib baik dapat promosi plus datang awal. Haha, bila lagi kan. Ayah pon susah nak dapat cuti. Ni pon dah sangat bersyukur. Main dekat dekat sini je. It was so much fun. Really enjoyed being together with them. HEART them, always. ^^

Keseluruhan game dimenangi oleh kami kami yang perempuan ni, mwehehe. Menang 3 daripada 4 game. Aku pulak pemenang keseluruhan untuk individu, hikhok. Ni sendirian berhad yang isytihar, boleh la, haha. But, itu kenyataan ya. Aku menang untuk 3 game. Lama dah tak main, tak sangka pon menang. Nak figth ngan ayah n angah, hihi. Yes, aku berjaya. Weeee~ ><

Budak Tinggi, bila lagi nak lawan??
Mwehehe. XD

Contest I Choose To Wear Hijab

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Nak join?? Klik banner laju laju oke.

Terasa mahu mencuba. Hadiah pon best best. Jom join ramai ramai?? ^^
Tarikh tutup :  7 Disember 2012

Noktah, Cerai & 7 Oktober

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Persinggahan. Alam kedua. Kenali diri. Diri??
Yang sebenar benar atau ... 


Cerai. Menerima atau ..? Realiti yang sukar. Hakikat yang pahit. Janji telah dimungkiri. 
Apa hukuman setimpal? Rahsia gelap terungkai. Nyata seksa ditanggung.  Terhukum.


Pertemuan membuah bibit cinta. Sengketa melanda jiwa lara. Rahsia disimpan siapa sangka. 
Sayang hidup tidak lama. Rahsia terlerai tanda cinta. Hanya dia dihatinya. 7 Oktober menjadi tanda. 

Haha, 6 hb yang lepas aku me'release'kan tension dengan menonton teater bersama sama kangkawanku yang tersayang. Khal, Fisa, Dian, Mieza, Syafa and the boyfriend, ahah. XD Semua ni teater pembukaan untuk teater Opera 3 Kupang. Terbaik, best best best. :) Especially yang 7 Oktober tu lah kan. Haha, love story, siapa yang tak suka kan. Serius sweet pelakon pelakon tu. Nampak macam real kot, hehe. Love the video part. Tahniah lah kat pengarah pengarah yang terbabit untuk semua  teater ni. ^^

Aku tak dapat nak tengok Opera 3 Kupang tu sebab aku dah balik ni, haha. Kalau ikutkan, member aku ajak gi tengok malam ni, but tak dapat le. Teringin jugak nak tengok sebenarnya sebab muzikal kan, aku dah le tak pernah tengok teater muzikal ni. Teringin kot, but tapelah. Bukan rezeki aku le tu nak tengok, eheh. Gatal lagi balik awal kan. XD

Beronok ronok with siblings at home.
Heaven.
:)

Less than a week.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Yup, yup~!! Its less than a week for mid sem break. Finally, wanna rest for a bit at home, with my beloved one. :) Away from work. Is it?? Nahh, not really I think, but I'm getting used to it actually. Well, its for my own good isn't it. Lets do it in a very best way.

Even though its holiday for a week, I should study for the up coming test 2. Its just after the mid sem break is over. Yeah, sounds 'fun' right?? Just though of having fun but at the same time, thinking about test after the holiday. Heh. --" Oke, enough with english, back to malay, shall we??

Mwehehe, saje nak menulis guna english, lama dah tak guna kan. Kalau guna pon, just sikit sikit jek. Rojak rojak la kan maksudnya. Kejap english, kejap melayu, ahah. Tah pape seyh aku. :p Orang baca pon naik pening jek, adei. --"

Saje aku nak update ni, lama tak update kan, since 1hb haritu. Sekarang, tugas semakin bertambah tambah. Dengan jadi eksekutif keusahawanan untuk event Anggun D'Fifth plus eksekutif logistik & peralatan untuk Festival Marhaban Harmoni V Intervarsiti (FETSMA-V) nanti. Serius ini kali pertama aku terlibat untuk keusahawanan. Yelah, aku mana nak minat sangat bab bab keusahawanan ni, memang tak pernah terlintas kot. Hihi.

Yang peralatan pon sama, lagi lah aku ngan si Che'Bo tu. Haih, asik dengan beliau jek aku digandingkan semenjak jadi MTM ni kan?? Siap ada gelaran lagi tahu. Aku kan dah memang sedia dikenali dengan Kechikuma tu, Che'Bo pulak dorang dok gelar BESARkuma. Yang si Efy, SEDANGkuma. Just tuka yang depan jek, kuma tu dorang tak tukar. Apa lah maksud. :p Yeah, I know. Kidding.

Hmm, still struggling on managing my time. Tup, aku ni bukan reti beno nak plan plan time or jadual ni. Tengok macam sekarang bukan nak tidur, tapi p bantai dok update blog, ahah. XD Yup yup. Mostly aku akan belajr mengikut mood atau ikut kehendak hati aku. Bila rasa nak belajar, aku belajar. Kalau tak, aku layan movie, tak pon twitter atau facebook tu. See, betapa tah papenya aku ni.

Oke, lari tajuk dah ni. Pape pon ganbatte untuk diri aku and family MTM sekalian for u coming event tu. Hwaiting guys~!! There's a lot more for us, keep fighting. Have faith. Me love you guys despite of all the things happened between us. Yup, I really do love our family. Our little family. ^^

p/s: Selamat Hari Lahir untuk Che Nah(Presiden K5) and Fiqah(Tim.Pres).  May Allah bless you. ><

Dear, can't wait to see you.
Soon.
:)

Its life.

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Please understand.
:)