Barakallah.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selfie sakan yang tukang bawak hantaran ni haa~

Dah lama tak tengok tarian piring~

Ada silat live~
Ehem, dear cousin sayang. Rasa macam baru semalam je kita share stories ngan awak pasal masalah kita, pasal orang yang kita suka, kita benci, pasal itu ini, pasal memacam lagi la. Lepas tu awak bertunang pulak. Rasa macam baru je aritu attend awak tunang, kali ni datang majlis awak sanding pulak. lagi susah la nak jumpa & share ngan awak sebab awak mesti ikut suami awak kan. Hiks.

Laju betei masa berlalu. Pape pon tahniah untuk awak ngan pasangan. Semoga awak jadi isteri yang solehah untuk dia, ibu yang mithali untuk zuriat kalian. Hoping both of you all the happiness. Semoga kekal hingga je Jannah. InshaAllah.
Doakan kita jugak.
One fine day.
InshaAllah.
;)

Terima kasih juta juta.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ehem ehem. Kering pulak tekak ni, heh. Alasan jek tu, sebenarnya tak tahu dari mana nak mula. Terasa macam banyak betei ayat nak ditulis ni. Memacam nak sebut, nak bagi tahu. Terutamanya pasal habisnya tempoh aku punya intern. Seminggu lebih dah pon sebenarnya. Tapi tak berkesempatan nak tulis apa-apa sebab seminggu ni balik kampung, 2 orang sepupu aku kawin. Tahniah ye korang. Tu nanti aku buat post lain eh. ;)

So, alhamdulillah,akhirnya habis jugak intern aku selama 24 minggu. Haha, yeke?? Lebih kot. Hiks. Tak kisah lah, yang penting memacam benda aku dapat. Most valuable experience yang aku takkan dapat kat memana. Even apa yang aku tulis ni pon tak mencukupi. Tak akan.

From left, Chan, Idzaan, Syah, Ijat, Aizam, aku, Tipan, Azam, Bob, Bond
So, ni lah dia muka abg-abg KITES. The people responsible for us while we had our intern at MIGHT. Hensem belaka semua, no wonder lah semuanya dah berpunya kan. Terima kasih yang tak terhingga kat semua atas segala bimbingan, tunjuk ajar & nasihat yang diberikan. Terutamanya kat abg-abg developer, sebab kitorang semua under dorang. Junior developer la katakan, ahaks. Hmm, tak tahu nak cerita macam mana sebenarnya, ayat dalam kepala ada dah, nak tulis je tak reti ni. Rasa berterabur sungguh ayat ni ha.

Untuk abg Idzaan, abg Syah & abg Ijat terima kasih sudi melayan segala kerenah dalam buat kerja as junior developer, hehe. Mesti tak terlayan kan, yelah sebab memasing pon ada kerja memasing kan. Tapi masih jugak ada masa untuk kitorang. Siap berlawak yang tak tahan tu. Boleh la release tension kan. Kononnya. Untuk abg Bob & abg Bond pon terima kasih sebab jadi tukang penceria hari sepanjang intern kat sana. Tak kering gusi bila datang office, nak nak dengan keletah abg Bond, ada ada je dia, hehe. 

Untuk En. Ai merangkap boss, terima kasih belanja makan, hehe. Terima kasih jugak sebab bagi kerja. Yelah, tak bagi kerja kang, melangut je la kat office tu, ye dak?? Baik takpayah intern gitu gamaknya. Hee. Untuk abg Azam pulak, terima kasih tolong kalau kitorang tak tahu pasal laptop ke server ke. Terima kasih jugak sebab bagi kitorang bawak balik ke kolej laptop office. Dapat jugak buat kerja. Tak pon layan movie, mwehehe. Okay, maaf untuk itu. Hee.

Habis ayat sudah ni. Oh, maaf andai cenderahati yang diberi tu tak seberapa, atau ada kesan comot conteng ke. Awak ni amatur je. Tu je yang mampu diberi untuk kenangan kami pernah berada di sana. InshaAllah, jika dipanjangkan umur, moga berjumpa lagi. Kalau ada terserempak kat memana, kalau ditegur moga ingat lagi la hendaknya. Hehee. ;)

Again, terima kasih. Juta juta.

p/s: Moga tak dilupa blog ni. Hiks. :p
Rindu jugak.

Akhirnya! Eh bukan.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hai hai korang, hehe. Lama betei dah ni aku tak update. Maaf bebanyak ye. En. L saya ni buat hal, lama betei dia merajuk, tatau pasal apo. Memang lama dia jauh dari den, nun kek KL sano.  Minggu lopeh baru balik kek den. Ghindu tahap gaban kot. Aduii. Lopeh ni apo nak jadi laei tak tau la. To you know who you are, bebanyak mokasih & maap diucap an sobab sanggup monyusah an diri anda nolong den ni ha, Hee. Nanti den belanjo pulak. Hah.

Hahaa, bila En. L takdo, memang takdo di'update' lah blog ni kan. Bukan tak nak, cuma takde feel nak update. Nak taip guna lappy lain tu polik yo ghaso eh. Mwehehe, okay gediks. Kasi lempang lelaju. Tapi serius, memang tak feel tak guna En. L. Plus bahan den pon banyak simpan kek En. L ni. 

Lama amek kan den tak update, lobih dah 2 bulan. Last maso bulan 9, sekarang dah akhir tahun dah ha, bulan 12. Fuh, nak catch up update balik yang lelama pon maleh yo ghaso. Banyak bondo jadi.
Den poei jenjalan, poei makan,  den poei dating, eh silap poei konduri kawin member den, den present ngan lecturer,  momacam laei lah.

Ni ha, den punyo LI pon patot eh habih dah. Tapi disobab an den amik cuti maghin, kono lah ganti seminggu laei. Haha, padan muko den. Yang lain dah dok berjimba habih, den pulak kono extend. Takpo lah, terimo yo. At least, lamo la sikit kek MIGHT kan, apo ado hal. Hiks. :)

Warghhh, report satu apa pon tak mula, setakat muka depan jek. FYP?? Lagi lah, idea pon tak mari, asik berlari jek, seteghes aku nak kejar. Laju kotttt~ Nasib baik baik calon SV dah bagi green light, so tinggal nak email bagitau jek. Mwehehee. InshaAllah, moga dipermudahkan.


p/s: Last few weekend ni memasing buat jemputan kawin, maaf mana yang aku tak datang tu ye. Btw, Congrats Eien, Izzah & Alyah. Didoakan moga kekal dengan pasangan memasing. InshaAllah. :)
 Minggu depan sepupu den pulak!! Wuhuuu, balik kampung woi~

Aku??
Doakan jek.
One fine day, inshaAllah.