Langkawi Island - Part I


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

We made it to LANGKAWI!! Finally, berjaya jugak even dengan memacam benda yang jadi. Weehu~!! Alhamdulillah. Thanks for making it happens guys, walaupun kita  bertiga jek. ;)

Serius insane trip je ni. Sebab malam nak pergi tulah baru beli tiket. Haha, gasaklah, bertangguh jek, last last beli tiket kul 2, 3 pagi. Serius rasa macam nak cancel dah waktu tu. Dengan dah ngantuknya, dengan masalah nak beli tiket, dengan internet lagi buat hal, fuh memang menduga kesabaran betei. Tapi memikirkan dah packing barang segala bagai ni, gagahkan diri jugak. At last, berjaya jugak. Kitorang decide untuk naik flight Malindo Air since tu je termurah yang boleh dapat. So, this is the story of our trip for 3 day on 13 - 15 April 2015.

   

Pagi tu, memang tak cukup tidur. Lepas subuh memang get ready je terus. Flight pulak pukul 11.15 pagi. Since nak kena gerak ke Subang Airport, so kena la gerak awal sikit. Awak ni semua tak tahu jalan. Lagi pon nak naik train. Tahu lah train lambat dia macam mana nak tunggu kan. Syira park kereta dekat TBS, so dari situ kitorang gerak naik KTM & LRT ke Subang. Semuanya cari info kat internet pagi masa siap-siap tu. Hahaa. Ni pon aku dah tak berapa nak ingat sebenarnya.

First naik KTM dari TBS ke KL Sentral. Turun KL Sentral, naik LRT pulak ke Kelana Jaya. Sampai Kelana Jaya tu, naik pulak teksi ke Subang Airport. Alhamdulillah, jalan tak jammed and tak banyak kereta. So perjalanan pon smooth je. Pakcik teksi tu pon peramah sungguh. Sepanjang perjalanan tu sakan betul berboraknya. Sampai airport, amik tiket and singgah sarapan sementara ada masa. Dalam flight kang sah-sahlah awak tak makan. Lepas sarapan, bergeraklah kita naik flight.

   


Nampak tak muka lega dan gembiranya tu lepas mendarat kat airport. Muka tak cukup tidur, macam ni lah. Ahai. Haha, sah sah lah nak wefie dulu ye tak?? Nama pon vacation, so suka hatilah nak buek apo pon kannn. Orang sekeliling dah tak peduli dah, asalkan gembar untuk kenangan tu ada. ;)

Lepas mendarat teruslah mencari kenderaan untuk kegunaan kat sini. Dapat lah kereta Myvi sebijik. Untuk 3 hari kat sini, RM100. Murah dah kot rasanya tu kan?? Kat Serdang macam tak dapat je tu, untuk 3 hari pulak. Lepas dapat kereta, maka bergeraklah kami untuk cari tempat penginapan.  At that time, aku guna apps TRIVAGO untuk usha mana-mana penginapan yang terdekat and affordable. So kitorang decide untuk stay dekat The Cottage Langkawi. Since awak ni datang pakai redah je, bilik mostly dah ada orang. Ada dorm, but since dorm ni style bercampur and ada foreigner, memang tak lah kan. Owner pon kata tak seduai. Tapi alhamdulillah, ada jugak bilik untuk kitorang stay. Bilik standard, RM80 semalam. Ada aircond, bilik air and tandas sekali. Ada hot shower lagi. Fuhh, best bila mandi pepagi. Wifi pon ada, so nak online tersangat lah boleh. ^^


Seronok stay sini even untuk 2 malam je. Rasa macam duduk kat kampung je. Owner dia pon baik je. Siap offer nak bagi tilam tambah free. Biasa ada charge katanya. Tapi katil dah besau dah ni, lebih dari cukup dah untuk kitorang nak tidur, rehatkan badan. 


Okay, penginapan dah settle, so boleh lah nak solat dulu and letakkan segala beg yang dibawak. Lepas siap-siap, marilah berjalan sementara ada masa lagi sebelum hari gelap. Weehu~!!

    

Destinasi pertama, ke Underwater World Langkawi. Fee nak masuk RM30. Mula-mula tu macam tak nak masuk, tapi bila dah masuk tu, macam budak-budak jadi dia. Budak-budak pon kalah. Maklum, awak tak pernah lagi pergi tempat-tempat gini. Jadi terpegun sungguh. Nak nak bila jumpa penguin lah, anjing laut lah, ketam besar lah, jerung lah. Biasa awak tengok dalam tv jek, ni ha depan mata jek ha. Macam-macam lagi lah yang ada dalam ni.








Haa, ni baru sebahagian jek gambar yang menggambarkan apa yang ada dalam tu. Seriously awesome experience. Lepas habis terpegun tengok akuarium, jalan pergi tengok pantai pulak. Kalau dah datang pulau tak pergi pantai, sia-sia lah ye tak?? Eceh. 


   


Nak jugak tulis nama tu kannnn~ Nilah nama dia batak. Awak ni bukan selalu jumpa pantai, so bila dah jumpa, buat sesuka hati jelah kan. Mwehehee. Lagi pon boleh tengok sunset. Lama dah berangan nak tengok sunset kat pantai ni kan. Bila dah asyik sangat, gambar pon takdop, sodih. Haha. Takpelah, bukan rezeki. So pulang ke tempat penginapan untuk rehat sebelum keluar untuk makan malam pulak.

   

Makan malam dekat D'Khas Cafe. Makan simple jek untuk dinner malam tu, tak ingat pulak apa menunya, but it was worth it. Kedai ni dekat dekat jugak dengan tempat kitorang stay. Lepas makan berjalan-jalan kejap dekat area sekitar situ. Rasa nyaman jek jenjalan malam. Lama dah tak berjalan kaki malam-malam. Ramai betul pelancong sepanjang kitorang berjalan tu. Kat cafe-cafe yang ada sekitar tu. Aku snap gambar pulak banyak tak jadi jek, frust. Memang leisurely betul lah kitorang kat sini. Jalan slow jek. Lepas puas jalan, masa untuk balik lah kan. On the way nak balik tu, singgah ke 7 Eleven, beli snack untuk makan dalam bilik, hehe. :) 

Sampai bilik, masing-masing pon tak sedarkan diri lepas dah baring atas katil. Hehe. ;)

Memang kerja gila meredah ke Langkawi.
Duit pon bawak mana yang ada je.
><

Last Year, Last Touch Rugby Game.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Another last game of my favorite sport, touch rugby. Plan asal aku nak jadi penonton je, tapi bila geng tak cukup aku join aje. Hehe, takpe lah, last time nak main dengan dorang ni. Lepas ni dah takde dah, kalau ada pon team dah lain, orangnya pon lain lah kan. Ye tak??

Tahun ni, diajar oleh coach baru, Achong, player ragbi team K5. Kintan still coach kitorang, tapi mainly si dia pantau je. Seriusly, kali ni punya coaching lain. Mungkin sebab ada abang sado kot, mwahahaa. Okay, dah dah, kang merepek pulak ni. Maksud aku lain ni sebab biasanya kitorang akan training petang, dan malam pulak fitness. Kali ni, dua2 buat malam. Sebabnya memasing tak free petang, kelas. Hehe, tu je pon.

Tahun ni jugak, ada buat some tactical training. Ada 3 basic tactical move yang dorang ajar kali ni. Sama jugak macam tahun sudah, tapi with different approach. Memang rasa betul lainnya training kali ni. Even teammate aku si Asip pon setuju rasa lain. Hiks.

 

Oh btw, Asip ni captain. Player terbaik nii~ Dengan kelincahan beliau nilah, kitorang dapat jugak mara ke quarter. Alhamdulillah. Better than we expected. Thanks to this dedicated captain, hahaa. Walaupun asalnya dia ni tak nak main, tapi sebab dia ni jugaklah kitorang dapat advance ke next round.

Aku?? Sekadar main seminit dua. Pancit wehh. Haha, sorry team. Tak dapat nak menyumbang pape. Since incident last year, aku still tak boleh nak lari selaju yang aku nak. Pinggang aku cepat sakit, lutut aku pon tak berada dalam keadaan baik masa ni. Bak kata si Achong, aku ni gemuk. Sebab tu lah sakit je, ceh. Siot.

Muka gembira, terbakar lepas habis game. Last talk katanyaa.
All in all, we played hard and we had fun. Tak menang pon, we enjoyed every game we played. Thanks for everything guys. Thanks for keeping up with me. Terima kasih sebab gigih jugak turun training walaupun kadang-kadang yang turun 3, 4 orang je. Terima kasih coach sebab sudi turun latih kitorang walaupun ada yang buat perangai. Terima kasih semua sebab selalu bagi kerjasama antara satu sama lain. Aku sayang korang; Asip, Alin, Hajar, Nana, Dian, Sab, Farahin, Mas, Zati, Ainul, Yana, Hanin, Wani and manager Tiqah. Coach pon aku sayang; Kintan, Achong, Unto, Che Bo, Kadi & yang lain tu, maap tak ingat nama korang. ;)

Rindu nak truth or dare.
><

Last Year, Last Volleyball Game.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Yep. Last game for my final year. Last game for K5 team. Sedih jugak sebenarnya. Teringat awal-awal aku terjebak dulu, tu pon sebab nak mencuba. Bila mencuba tulah, 4 tahun ni aku main untuk K5. Eh, yeke 4 tahun??

Awal-awal main, training, rasa tak sunggup betul. Nak nak bila coach dengan Kintan and Bawang. Fuhh, Bawang memang kasi train kasi sampai kau sakit-sakit lah cerita dia. Serius kelakar bila ingat balik. Awak ni merungut je manjang. Dah ada yang nak jadi coach pon buat perangai. Heh.

Last game ni, just nak isi kekosongan je sebenarnya. Yelah, awak main tak berapa nak pandai. Setiap kali main, jadi simpanan aje. Junior pulak pandai main belaka, siap ada atlet lagi tau, haaaa. Team tahun ni, memang teringin nak tengok pergi jauh sikit dari tahun sebelum ni. Maklum lah, awak ni dah last year, nak lah jugak kan merasa lepas group ke, quarter ke, semi ke, final ke kann. Hehee.


Alhamdulillah!! Syukur kami berjaya hingga ke peringkat semi final. Haha, tak terjangkau dek akal sebenarnya. Sebab team lawan semua boleh main dengan baik. Hee, terserlah betul muka kegembiraan masing-masing masa ni sebab dapat ke semi final. Unfortunately, gambar yang lain-lain aku tak jumpa mana aku letak or simpan. Maybe dalam phone sony, dannn phone tu pulak aku dah serah balik ke tuan asal dia. -_-

Game last ni jugak lah aku dapat main dengan baik dan confident. Firstball pon cantik bebb~ Hehe. Coach pon percaya siap bagi aku main untuk first 6. Wohaa!! Never thought that it can happened.Nevertheless I played my best and I did it. I help the team instead of making it hard for them like other years.

To our manager, Marnah, thanks for keeping up with our attitude especiallt in the groupchat. To my teammates, Yana, Vivian, Kai Chi, Nuril, Ara, Syira, Fatin, Linda, Shera, Rerai and Zati, thanks  a lot guys for helping me too to play well. Thanks for giving me the chance, thanks for believing in me. Love you guys so much. Love this team so much. Love the coaches too. Without them, we are NOTHING. ;)

Thanks to our supporters too for always being there, watching and cheering for us the entire games. Last but not least, thanks to volley boys geng sebab sudi turun training main dengan kitorang petang-petang. Especially Sidot, Kewek, Niklan, Gelap and others yg aku lupa namanya. Maap ye. :p 

I'm already missing you guys.
All the best for next year's game.
;)

Sepi


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Fuhhh,sepi betei lah blog aku ni. Kesian kena tinggal lama since bulan 3 aritu. Haha, Maaf lah ye. Bukan apa, dok fokus and tumpu kan FYP aku tu. Alhamdulillah, finally settle dah. Hahaaa, habis dah woih ngaji 4 tahun!! So, can I graduate successfully?? InshaAllah. Keep calm and smile.
So sepanjang 3 bulan blog ni kena tinggal, memacam jugak lah yang jadi. All of it happened really fast. Sedar-sedar aku dah habis belajar dah weh. Times really goes by. InshaAllah, selama cuti sebelum dapat kerja ni, boleh lah aku update satu persatu pe benda yang jadi sepanjang aku tak update blog ni. It takes a while sebab aku nak sort out balik, nak ingat balik turutan masa kejadian. Haha.
Well, aku nak update pon untuk kesenangan aku. So that in the future, aku boleh throwback balik segala memories I had in when studying in UPM. Tak banyak sebenarnya aku rasa yang aku dah masukkan. Takpe lah, as long as aku ingat memana yang ada tu, tu pon cukup bagus dah. Hiks. ;)
Dah. Masa untuk edit segala yang diperlukan. Bai!
4 years seems short.
Miss them already.
;)

Tercapai jua!


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

26 Februari 2015

Misi untuk mandi sungai bersama mereka berjaya!! Walaupun tak cukup jugak kuota, in the end kitorang had fun. Last minit plan, tetap menjadi. Weehu!! ^^







Nampak tak muka gembira memasing. Hahaa, mana taknya. Plan kelam kabut, tup tup menjadi. Kejap sungai sini, kejap sungai sana. Last last, ke ulu yang jugak perginya. Tak kisah lah. Asalkan dapat spent time dengan buah hati ni semua, wa follow jah. Mwehehehee. ;)

Untuk orang jauh, Cik Ofriana, moga awak lebih tabah di tempat orang. pape masalah, jangan simpan sorang. KAMI semua ada.  We'll always supports you beb. Peace!!

One fine day.
We'll be one, together again.
InshaAllah.

Dua Tiga.


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

16  & 17 Februari 2015

Happy birthday to me!!

Thanks mom & dad, for loving & taking care of me this whole time.
Thanks dear siblings, for keeping up with your super annoying kakak.
Thanks Allah, for giving the most precious gift in my life; MY FAMILY.
Alhamdulillah.





Dear Angah,
Selamat Hari Lahir!!

Beza setahun, sehari.
Dari kecik sambut birthday sekali.
Dari kecik dah macam kembar.
Dari kecik rapat.

Dulu aku tinggi, sekarang kau pulak.
Dulu aku yang jaga, sekarang kau pulak.
Dulu aku nampak kakak, sekarang kau pulak nampak abang.

Takde ANGAH yang lain.
Kau sorang je.
Aku sayang kau dunia akhirat.

Kita tengok siapa kawen dulu.
Ahaks.
;)

Muchas gracias!


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai hai! Sekian lama tak menulis, rasa pelik jek pulak. Hehe, maaf maaf. Entah kenapa rasa malas je setiap kali nak update blog ni. Bukan takde cerita, ada. Tapi entah. Haha. Sekarang dah berbulan bulan baru lah nak throwback kononnya. Haiyaa. Bukan apa, takut nanti kalau lama sangat, aku yang terlupa. Then  bila tanya, tak tahu nak jawab. Melopong yolahh. Hehee.

Kali ni just nak throwback pasal early surprise birthday celebration aku bulan lepas. Haa, nampak tak tahap kelambatan nak update tu. Dah sebulan kot berlalu~

14 Februari 2015






Actually tak expect langsung pon sebenarnya. Sebabnya, weekend tu memang aku plan nak gi tidur rumah Shila. Malam sabtu tu, Shila ajak keluar makan Marrybrown. Memang aku ingat gi makan saje lah kan. Tengah sedap makan, datang pulak orang bawak kek. Terharu! Shila kata, ni semua plan si DIA. Lagi aku terkejut. 

Aku tahu memang dia nak celebrate, tapi tak tahu pulak dia dok plan dengan Shila. Bak kata Shila, memang seminggu tu, tak aman hidup, DIA dok kacau. Hahaaa, okay yang tu aku mintak maap naa~ Again, thanks so much for that night and for the gift. Me love it!! Me love you guys!!

Al-Wali


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dua Kosong Satu Lima dah.
First post.
 ;)