Last Year, Last Touch Rugby Game.

1:12 PM


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Another last game of my favorite sport, touch rugby. Plan asal aku nak jadi penonton je, tapi bila geng tak cukup aku join aje. Hehe, takpe lah, last time nak main dengan dorang ni. Lepas ni dah takde dah, kalau ada pon team dah lain, orangnya pon lain lah kan. Ye tak??

Tahun ni, diajar oleh coach baru, Achong, player ragbi team K5. Kintan still coach kitorang, tapi mainly si dia pantau je. Seriusly, kali ni punya coaching lain. Mungkin sebab ada abang sado kot, mwahahaa. Okay, dah dah, kang merepek pulak ni. Maksud aku lain ni sebab biasanya kitorang akan training petang, dan malam pulak fitness. Kali ni, dua2 buat malam. Sebabnya memasing tak free petang, kelas. Hehe, tu je pon.

Tahun ni jugak, ada buat some tactical training. Ada 3 basic tactical move yang dorang ajar kali ni. Sama jugak macam tahun sudah, tapi with different approach. Memang rasa betul lainnya training kali ni. Even teammate aku si Asip pon setuju rasa lain. Hiks.

 

Oh btw, Asip ni captain. Player terbaik nii~ Dengan kelincahan beliau nilah, kitorang dapat jugak mara ke quarter. Alhamdulillah. Better than we expected. Thanks to this dedicated captain, hahaa. Walaupun asalnya dia ni tak nak main, tapi sebab dia ni jugaklah kitorang dapat advance ke next round.

Aku?? Sekadar main seminit dua. Pancit wehh. Haha, sorry team. Tak dapat nak menyumbang pape. Since incident last year, aku still tak boleh nak lari selaju yang aku nak. Pinggang aku cepat sakit, lutut aku pon tak berada dalam keadaan baik masa ni. Bak kata si Achong, aku ni gemuk. Sebab tu lah sakit je, ceh. Siot.

Muka gembira, terbakar lepas habis game. Last talk katanyaa.
All in all, we played hard and we had fun. Tak menang pon, we enjoyed every game we played. Thanks for everything guys. Thanks for keeping up with me. Terima kasih sebab gigih jugak turun training walaupun kadang-kadang yang turun 3, 4 orang je. Terima kasih coach sebab sudi turun latih kitorang walaupun ada yang buat perangai. Terima kasih semua sebab selalu bagi kerjasama antara satu sama lain. Aku sayang korang; Asip, Alin, Hajar, Nana, Dian, Sab, Farahin, Mas, Zati, Ainul, Yana, Hanin, Wani and manager Tiqah. Coach pon aku sayang; Kintan, Achong, Unto, Che Bo, Kadi & yang lain tu, maap tak ingat nama korang. ;)

Rindu nak truth or dare.
><

You Might Also Like

0 comments