Alhamdulillah. :)

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai hai peeps semua~!! Apa khabar?? Apa macam puasa setakat ni, oke?? Best?? Eheh, banyak tanya pulak aku ni kan. Aku saje nak meng'update' blog ni. Nak share sikit pasal perubahan blog aku. Korang perasan tak apa yang berbeza, haha. Oke tak blog aku sekarang, ke lagi oke yang sebelum ni??

Oke, oke antara salah satu feature yang aku ubah semestinya header aku tu. Mesti korang perasan kan. Takkan la header besar gabak tu pon tak perasan dah bertukar ye tak, hehe. Thanks a million to Tipan sebab sudi buatkan header tu untuk aku. Looove it dear~!! ^^ Sangat menepati cita rasa aku yang obses UNGU ni.

From this header.

To this header. ;)

Fuh, serius pening kepala aku menggodek segala coding blog nieh. Yelah, nak padan kan mana mana yang patut. Paling pening masa nak handle header aku yang transparent tu. -.-" First time guna header transparent kan, jakun la dia. Dengan simple template ni lagi, adoi, pening.

Aku ada search tutorial, tapi bila buat tak menjadi. Dengan aku punya section blah bawah jadi transparent sekali. Cari inisiatif sendiri la gamaknya. Aku go through coding tu satu per satu. Naik juling mata aku kot. Nak cari mana la section yang betul supaya tak transparent section bawah tu. Alhamdulillah, berkat sabar and kesungguhan, dapat jugak seyh. *cewah ayat kau ye

Satu lagi aku ubah navigation / menu bar aku. Dah lama nak tukar, tapi tak berkesempatan jerp. Nice tak?? Ni lagi pening nak buat. Punya la mencari tutorial yang sesuaikan, dapat memang dapat, tapi aku yang aku nak tak menjadi. Sedih. Frust kot. Aku rehat kejap. Tak lama tu, buat balik slow slow. Dan akhirnya aku berjaya, wohooo~!! ><

From this.

To this. ;)

Memang tadi aku asyik gila la kan menghadap segala coding yang ada. Perghh, berpinar jugak la kan. Dengan aku sebenarnya tak berapa nak sihatnya kan, degil. Mengadap jugak lappy ni. Heh. -..- But, it was worth it. Alhamdulillah sangat sangat. Aku berjaya, dengan usaha aku sendiri. Walaupun aku buat perubahan minimal kat blog ni, aku suka dengan perubahan tu. Yup, alhamdulillah. ;)

Kali ni dashed line kurang.
:p

Comments

  1. Heh. Comel pulak aku rasa header tu dekat sini. Ini yang tidak aci ni. HAHAHA
    Btw, mana navigation? Tak keluar pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehe, kau jugak yang buat kan, thanks wei~!! ><
      Eh, tu kan ada kat tepi tu, takkan tade meyh..??

      Delete

Post a Comment

Popular Posts