Semuanya selamat, alhamdulillah.

11:23 PM

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Perghh, alhamdulillah. Syukur sangat-sangat seyh. Nasib baik tak jadi pape yang buruk kat adik aku, Amal. Dia hampir lemas kot, cuak gila aku. Memang cemas gila ah aku cakap kan. Kitorang gie mandi sungai, dekat Sg.Penang uh. Kitorang gerak pagi.

Aku masa tu tengah dok bakar ayam. Jakgie dengar Kak Lang dah dok jerit nama Amal. Aku terus lari tengok. Ya Allah, waktu tu, perasaan takut gila. Bayangkan, adik aku kena bawak arus, depan mata aku~! aku tak dapat nak wat pape kot time tu.

Then, aku terus berlari ke bawah. Aku dah tak fikir ape dah. Orang keliling dah tengok semacam, lantak pi la. Yang penting aku nak kejar adik aku time tu. Sampai bawah, aku berdoa sangat-sangat ade orang dapat tangkap dia. Yup, alhamdulillah, dapat. Memang menangis time. Orang keliling dok tanya aku, "Adik adik ke tu?". Aku dah tatau nak jawab ape.

Aku hanya tumpu kat Amal je dah time tu, yang ade kat tengah-tengah sungai. Lega? Huh, belum lagi. Dia masih kat tengah tu, belum ke tepi lagi. Dorang nie pulak nak selamatkan pakai akar katu yang dah mati. Uii, memang tak lah, tak selamat kot. Nasib baiklah ade yang hidup, dorang jalin 2 akar kayu 2. Dorang ikatkan kat badan Amal. Amal then lompat kat abang uh, finally dia selamat. Huh, lega kot~!

Lepas tu, parents aku terus bawak Amal ke hospital sebab badan dia habis luka, kepala benjol besar. Kesian aku tengok dia. Aku pon, langsung tade mood dah time tu. Mak soh aku bawak balik kereta kancil. Aku dah macam, oke, insyaAllah aku ley drive. Aku masih terkejut kot. Seriously.

Aku drive balik memang macam bangang, haha. Gear asik tak masuk, and macam ape tah aku bawak. At times rasa nak terbabas je, nasib baik aku fikir Kak Lang ade same. Aku bawak slow jek. Tape lah, asal selamat aku sampai rumah, cukup lah kan. Aku tak nak benda lain pulak yang jadinye.

Awak, thanks for being by my side.
:)

You Might Also Like

2 comments