Skip to main content
Kecederaan + buku = masyuk. :)
السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dah habis dah minggu kedua, wehee~ Alhamdulillah, semua setakat ni lancar jek. Hehe. Aku ni jek yang tak berapa nak lancar sangat. Baru nak menyembuhkan diri dari kecelakaan kelmarin. Dah tak boleh nak pakai kasut dah sekarang ni. Serius tak best pakai selipar.
Untuk bola tampar aku tak sure dapat join atau tak. Kaki tak berapa nak sembuh lagi nak lari lompat bagai. Berdoa jek semoga sempat. Nasib lah badminton tu macam dah akhir akhir bulan Mac. Memang sempatlah untuk kaki aku ni sembuh dan nak main, hehee~
Bulan Mac perupakan bulan yang paling banyak sukan berlangsung. April sikit jek, Mei lagi lah. Haha. Hopefully lah, dalam pada sibuk pasal sukan sukan tu, aku dapat tambah koleksi koleksi buku buku bacaan aku. Bulan 3 ni jek penuh reminder pasal event yang membabitkan hal hal buku. Tak sabaq oi nak tambah koleksi. Ngeee~ XD
Entah bila minat membaca aku ni naik balik. Rasa semacam kalau tak dapat nak membaca. Tapi tulah, membaca bahan ilmiah, buku buku teks aku tak nak, buku pasal cinta, cerpen, triller, misteri, buku ni yang aku minat. Hei, entah pape jek. Buku Fixi baru 2, LejenPress pulak 4 kot, BukuHitamPress baru 1. Haha, wajib tambah lagi ni. Ni semua buku yang ada kat rak dalam bilik kat UPM, tak campur kat rumah, haha. ;) Baucer pon dapat dah. Soo, reminder sudah set, haha. So, lets pray for the best. Aamiin.
Kengkawan, sabar oke.
Apa yang terjadi ada hikmahnya.
Be positive.
;)
membaca dpt memberi keseronokan pd minda..:-)
ReplyDeleteYep yep~!!
DeletePlus kepuasan untuk diri sendiri, hiks. ;)