Aku bersyukur. ^^
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Apa khabar korang semua?? Haha, masa untuk menyambung cerita aku lah, boleh?? Tapi kali nie aku tak asing dah ikut minggu. Sangat malas sudah nie. Kerja pon berlambak nak buat, dasar pemalas punya orangkan, beginilah kan, huhuhu~ :p
Oke, habis je minggu orientasi, kelas pon start la kan. Perghh, kelam kabut gak la 1st week tu. Yelah, baru nak kenal kot UPM nie. Untuk ke kelas, kena naik bas pulak, haha. Maklum la kan, kelas sume jauhjauh, but memang terbaik la kan. Kira pengalaman untuk aku naiknaik bas nie, hehe. :p *ceritamacambudakbudaksungguhakunie
Orait, antara kelaskelas yang aku hadiri untuk sem1 nie ialah kelas Discrete Structure by Dr.Azmi Jaafar. Haha, memang best lah beliau nie kan, such a funny lecturer. Nice approach lah untuk tarik perhatian kitorang dalam kelas dia, hehe ^^ Then, kelas Computer Programming, Dr.Hazura Zulzalil. Dia pon best gak, lemah lembut jek orang dia, suka aku tengok, lalala~ Dalam lemah lembut tu, dia boleh kira strict gak, so dalam kelas jangan wat kerja lain oke. >< Kelas Kenegaraan Malaysia pulak, lecturer yang mengajar aku uh, En.Samsudin Muhammad. Subjek uni kot, sejarah memang kena up, kalau tak, ahah, jahanam la aku dalam kelas nie, mwahaha. Kelas paling aku suka kelas Oral Interaction Skills, Mdm.Sharifah Aflinda Syed Abdullah. Sangat suka style dia, interesting sangatsangat. Lastly, kelas TITAS, Pn.Zarina Muhammad. 1st time dengar subjek nie, terus aku teringat mak aku. Mak aku pon kena amik subjek nie jugak kot, hehe. Memang terbaik la kan. Subjek nie pon kena banyak membaca, macam Kenegaraan uh. *membacamemangterbaiklah
Alhamdulillah, untuk sem1 nie, kelas aku tak banyak, 5 jek. Jadual aku pon tak pack, isnin jek ade 3 kelas, lain tak lebih 2 kelas. Paling best, hari Rabu, kelas pagi jek, pastu FREE~ Rabu minggu pertama tu je aku and dakdak kelas aku dah gie The Mines kot. Memang terbaik la kan. Siap main bowling and karaoke lagi seyh~!
Hah, nickname aku pon berubah suda nie. Daripada Kechik --> Kechek. Sidot la nie, nasib tak lari jauh, sikit jek, haha. :p Pape pon, kelas aku memang best, sayang korang lah. Baru sebulan ngan korang, but terasa rapat sangat, macam dah lama kenal. Harapharap terus kekal macam nie sampai last sem keyh, amin~! >< Senang cite aku sayang sume dakdak batch 11/12 nie lah, hahaha.
Hmm, aku tatau nak tulis ape dah nie. Aku stop kat sini je la dulu, nanti aku sambung lagi, oke? Hah, korang mesti da perasan gak la akn yang aku tak menggunakan English untuk entry kali nie. Well, sengaja aku guna Malay pulak kali nie. Rasa lagi laju kalu menaip berbanding aku guna English. *gatallaginakgunaEnglishkan
Dear friend, aku sayang kau la weyh~! ^^
Jangan pernah tinggalkan aku.
Comments
Post a Comment