Blogrrr & BBW!! ^^

6:16 PM


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Blogger most wanted. Ahaa, alhamdulillah berjaya jugak pergi. Bukan apa, konon plan nak pergi awal, lepas tu tidoq tak hengat dunia, ahaa. So, aku Tipan, Paku & Amy pergi petang je. Konon konon semua geng blogger la kan. Padahal memasing dah tinggal blog berzaman dah. Berhabuk tak bertulis. Mwehehe. XD

Bila dah sampai, tak tahu nak buat apa. Tapi tapi tapi, bila sampai tu mata dah ternampak blogger Nisa Kay. Pergh pergh, lawa lah beliau. Memula segan nak tegur, so kitorang pusing dulu. Lepas tu, baru lah snap snap bersama beliau. Hee. ^^ Terima kasih sudi bergambar ye. Sempat jugak dia promote sesi dia. Pape pon, terima kasih sekali lagi menjemput. Maaf tak pergi ye kak, kami dah melilau ke tempat lain. ;)


Dah snap pusing gerai lagi. Amboi, asik pusing pening palo den. Bukan apa, sebab nak cari kaunter untuk daftar. Dok tengok orang pegang beg hijau, tapi kitorang tak dapat lagi. Nampak tak ke'jealous'annya kat situ. Oops. Hehe, lepas dah daftar, apa lagi, snap snap lagi. Haih, memang dasar betul lah kitorang ni kan.

Ingat nak masuk dewan, tapi niat dibatalkan sebab nak turun ke Big Bad Wolf kat bawah tu ha. Jadinya, kitorang datang situ berjalan aje la, cuci cuci mata sekali. Oh, by the way first time rasanya nampak Ally Iskandar depan mata. Dia jadi emcee untuk petang tu. Sempat la jugak tengok dance sikit petang tu. Such a nice event. InshaAllah untuk masa akan datang, kalau ada lagi event untuk blogger, kami datang lagi. Seminar yang ada pon kitorang akan join. Ahah. :p

Taraa!! Hasil tangkapan liar ni namanya tahu. Sebab apa?? Sebab main pakai sauk je buku pape pong. Yelah, kalau aku fikir lelama sangat nanti, langsung tak berbeli. Serius. So, bila dah pegang buku, terus ajak dorang pergi kaunter nak bayar.

Lepas beli buku, beli button comel pulak. Hahaa, nampak tak atas buku tu?? Banyak betul pilihan hoi, rambang mata aku. Beli 6 biji, belanja si Paku & Amy. Tipan sibuk mencari buku lagi masa aku dah bayar. Ramai orangkan, biasalah. Nasib baik masa kat kaunter tak ramai, so laju je aku lepas dari kaunter. Hee~ 

Puas dapat beli buku kali ni. Sebelum ni, tak beli pon. Sebab lama sangat memilih, gitu lah gamaknya. Mwehehee. I had such fun n joyous day. Alhamdulillah. Puas hati. Lega. :)
Macam ternampak lawan lama kat BBW.
Rindu kem kelip-kelip.
;)

You Might Also Like

0 comments