Beraktiviti.

3:05 PM


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Nuzul Quran! :)

Hehe, dalam pada cuti hari ni, tetiba semangat pulak nak kemas bilik. Kali ni kemas kasi habis tukar segala susunan perabot dalam bilik aku tu. Haha, dah bosan pulak dengan susun atur lama, so kita kasi tukar semua! Mwehehe. >< Maseh mak sebab tolong basuh karpet sesama pagi tadi. 

Start awal, dalam kul 8.30 camtu tak silap. Mak tengah bersihkan laman rumah. Aku pon apa lagi, bawak lah keluar karpet dalam bilik, nak jemur. Then aku cakap kat mak nak tukar susunan barang bilik, terus mak suruh aku basuh jek karpet tu dah alang alang, haha. Memang sekali lamsam kot. 7 karpet terus kitorang sental pagi tadi, haha. Seronok jugak main air, sejuk! :p


Hasil kreatif kak lang zaman bebudak dulu. 'AIN & NINA'
Lepas menyental tu, berehat lah kejap. Nak sekali balun semua memang tak larat lah. Mak pon relax jek tengok tv dulu kejap. Dalam kul 10 camtu kot sambung balik misi ubah susun atur barang dalam bilik, mwahaha. Penat, sebab nak mengangkut katil, almari, meja solek tu. Awak pulak buat kerja 2 orang jek. Bapak aku keluar, adik adik aku masih lena dibuai mimpi indah, haha.

Finally dalam kul 1, selesai jugak mengemas, alhamdulillah! Berjaya selesaikan misi sebelum zuhur. Again, maseh mak sebab tolong mengangkut dan mengalih barang kat bilik ni, ehee. Aku nak tukar cadar, sekali mak bagi kaler PINK, haha, hamik kau. Aku allergic betei pink ni lah. Tapi nak buat cane, cadar yang aku guna sebelum ni mak lupa taruk mana. Takpe lah, janji katil dengan bantal bantal aku tak bogel. Bantal bushuk kecik tu jek la tak berbaju. Hee.



Tada!! Amacam, oke tak?? Bila dah ubah susunan perabot tu semua, ruang untuk solat jadi lebar & besar sikit. Hehe, lagi selesa lepas ni. Bilik pon nampak macam lagi besar jek. Karpet pon dah berubah. Daripada kaler gelap kepada kaler yang terang. Hehe, black to orange. Orange tu memang karpet bilik aku since zaman duduk bilik belakang lagi. Lepas renovate rumah, karpet tu letak dekat pintu depan jek. Yeah, dah bawak masuk bilik semula, hihi. :) 

Mak kata aku dah boleh buat mini library dalam bilik. Tapi rak buku kak lang dah ambik, nak letak buku buku sekolah dia tu lah, apa lagi. Aku setakat novel dengan komik je ciput tu, susun je kat memana ruang yang boleh, hee. So takde lah nak mini library sangat pon. Haha, mak oh mak. Nanti kalau aku ada extra money, nak beli rak buku kecik dengan kerusi kecik satu. Haa, baru boleh jadi mini library. ;)

Some of my books. Kesayangan. :)

Seronok.
;)

You Might Also Like

4 comments