Pertandingan Busana Anggun D'Fifth

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. ^^ Syukur kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah & rahmatNya, program Anggun D'Fifth 2012 telah pon melabuhkan tirai dengan jayanya. Yeaah, happy sangat~!! Lega. Perasaan ni, hanya Allah saje yang tahu, hihi. Hasil segala usaha dan tungkus lumus semua ajk ajk serta kengkawan yang terlibat sepanjang persiapan sangat sangat terbaik. Puas hati bak hang~ ;)

Malam Pertandingan Busana Anggun D'Fifth meriah sangat. Menjadi lah bak kata orang kan. Nak nak bila ada juri jemputan yang diminati ramai seperti Yatt Hamzah, Fara Afiza & Mya Zulkifli. Tak lupa jugak, vvip penting malam tu, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Bukan calang calang orang ni beb, jangan main main, hee~ ;)


Oke oke, dah dah. Jom straight kepada pertandingan malam tu. Haaa, cantikkan semua peserta malam tu?? Ni lah kesemua 18 peserta yang join untuk pertandingan. Sesetengah peserta mendapat penajaan untuk memperagakan busana malam tu. Pihak yang menaja pon bukan calang calang tau, butik butik ni sememangnya sudah mempunyai nama dalam bidang busana muslimah ni. Pernah dengar Rona Jingga?? Farnia Boutique?? Banyak lagi butik butik yang menjadi penaja untuk program Anggun D'Fifth ni. Alhamdulillah. Penat jugak nak tulis ni kang, hehe. Syukran syukran kepada semua butik yang sudi menaja Anggun D'Fifth ni. :)

Banyak kan?? ^^ Thanks a lot semua.

Untuk pusingan pertama, kesemua 18 peserta akan memperagakan busana mereka di atas pentas. Peserta akan berjalan sepanjang runway dan mereka akan dinilai oleh juri sepanjang mereka berjalan di atas runway tu. Malam tu, semua nervous sangat rasanya, laju saje masing masing jalan kan, hihi. Tak menyempat juri nak menilai macam mana, ahah. Oke, ni aku main petik jek, lalalaa~ :p

Pusingan kedua, hanya 10 orang peserta sahaja yang dipilih oleh juri sebagai finalist. Setiap finalist akan diperincikan lagi mengenai busana yang dikenakan oleh mereka oleh pengurus masing masing dan mengapa ia dipilih untuk diperagakan pada malam pertandingan tersebut. Haa, masa ni, pelbagai gaya & cara pengurus gunakan untuk memberi perincian tentang busana yang dipakai oleh model mereka. Sememangnya mereka betul betul tahu apa yang model mereka kenakan. :) Nama pon pengurus bukan, kalau tak tahu alamat bahaya dah tu, hihi.

Selepas segala penambahan, penolakan dalam pemarkahan, akhirnya saat saat yang dinantikan oleh semua peserta akhir, pengumumam para pemenang. Berdebar jugak aku waktu ni. Ceh, beriya jek, masuk pon tak, nak berdebar segala bagai lah kan. --" Oke oke, melalut sudah. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Eh, betul ke macam tu peribahasanya?? Gasak la, yang penting apa yang aku nak sampaikan tu, sampai. Sampai kan kat korang?? Oke sampai, haha. XD

Rezeki kolej mungkin, sebab ketiga-tiga pemenang merupakan pelajar daripada kolej aku, alhamdulillah. :) Tahniah buat mereka. Aku nak sebut takut tersalah nama. Maklum saje, awak ni bukan kerja nak mengingat nama dorang tu pon, ngeee~ Jangan mara aa. Nanti aku dapatkan sikit info dulu. Pastu aku update terus~!! ^^ Kesibukan melanda, jadi susah sikit untuk aku nak update update ni, hukhuk. Sorry guys. Projek oh projek.


Hahaa, saja nak promote sat, mwehehe. Malam tu aku pon nak jugak bergaya kan, haha, bukan selalu ni dapat bergaya. Dress tu from Farnia Boutique tau, aku beli sendiri. Khas untuk malam tu. Tengok gigih tak gigih aku beli kat booth. Nak cari kat luar dah malas, aku beli je lah kat booth Kak Sha, murah lagi kau. Kak Sha cakap baju aku ni baru jek keluar, dia sendiri tak sempat masukkan online lagi. Ahaa, nampak tak istimewanya baju aku tu, ahah. Oke, serius perasan. Kasi lempang sikit. XD Papehal pon, thanks to Kak Sha sesangat. Ada rezeki, kita jumpa lagi. Nanti saya beli lagi ya baju dari Kak Sha. ;)

p/s: seronok dapat bersama + bergambar with Kak Yatt Hamzah. ;) Peramah, baik, cantik sangat~!!

Relieved.
Alhamdulillah.
:')

Comments

  1. Okay seriously jealous . Dress yg awk pakai tuh cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice right??
      Beli pada pandang pertama, hehe.
      Harganya murah for student + promosi sempena Anggun D'Fifth ni. ;)

      Delete
  2. wah comel comel kamu tiqaaaaa... ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts