10 day challenge . .

Lets do this challenges !
DAY ONE : 10 things about you .
DAY TWO : 10 things you love .
DAY THREE : 10 things you hate .
DAY FOUR : 10 things you want to say to one person .
DAY FIVE : 10 wishes .
DAY SIX : 10 items you can't live without .
DAY SEVEN : 10 important people .
DAY EIGHT : 10 of your favourite songs .
DAY NINE : 10 ways to win your heart .
DAY TEN : 10 final words . 
credit to : Dya Azman (:

DAY ONE : 10 things about you
Aq mulakan dengan nama aQ dulu keyh . Maybe korang tau da kowt, tapi still nak gtau gak . Ikut dalam ic, nama penuh aQ Nur Atiqah Binti Mauli Azam . Panjang ta, haha . Got lots of nicknames, but yang paling selalu digunakan Kechik, Abot, Atie and Kechikuma, ehehe . Semua uh member² aQ yang guna, family aQ juz panggil Kak Ieqa  sajerp.

Ha, aQ nie boleh dikatakan banyak bercakap la jugak . Kalau da start bercakap tu, susah nak berhenti meyhh~ Memang bisingla kowt, even member aQ pown cakap petir, haha . Once da bukak mulut, laju jekk kua kann, tapi tengok situasi jugak sebenarnya . Aq tadelah nak bercakap je kowt kann, penat le mulut aQ nie, hehe .


PURPLE adalah favourite colour aQ . Koleksi barang ungu aQ pown da bertambah, haha . suka³ . Warna ni aQ suka since daripada aQ kecik lagi . Kalau mewarna, tade warna ungu ni, tak sah . Eventhough fav warna aQ selalu berubah, but UNGU tetap dihati . [dah tak anti-PINK dah]

Aq peramah lah . Bukan nak menguningkan kunyit sendiri, tapi member aQ yang cakap camtu, ehehe . Aq jenis kawan dengan semua orang, tapi kalau dah wat hal dengan aQ, memang susah aQ nak baik balik tau . Ni memang aQ, so, jangan wat hal key ngan aQ . Aq lebih prefer guna 'AKU' daripada 'SAYA', even dengan someone yang baru aQ kenal . Sape² yang rasa m'gunakan 'AKU' cam kurg ajar cket tu, minta maaf yerp .

Gelak macam pontianak . Tulah yang selalu aQ dengar kalau aQ da abes gelak, especially daripada family aQ, belah mak and bapak . Member² aQ pown selalu gak cakap meyhh~ Yes, I admit it ! Aq nie gelak memang lantang and boleh menyakitkan telinga, hikhik . Betol tak kawan² . Jiran aQ pown kata selalu dengar aQ gelak kt umah dye . Menurut Wan aQ, [belah ayah] aQ ikowt Wan Alang aQ . Yup, dye gelak memang kuat . Macam bercakap gak, sekali da start tu, akan amik mase untuk aQ stop gelak . [i dont know why] 

Aq nie makan memilih yang amat sangat . Banyak seyh makanan yang aQ tak makan, especially SAYUR deyh ! Memang dari kecik aQ tak makan . Aq akan asingkan kat tepi pinggan, even small piece sekali pown . Hmm, bak kate member² aQ, hilang nikmat dunia . Tak kesah la tu babe, janji aQ sihat jek nie kann, ehehe . [sihat sangat pown tak bolehh~] 

  Even aQ da ade lesen, aQ still takut nak bawak moto . Setakat pusing² kat taman aQ nie, lepaslah . Kalau nak keluar tu, hui, menggeletar kaki aQ . Tatau la pesal . Sekali jek aQ penah lepas naik moto gie pekan, tu pown de orang temankan, kalau tak, memang tak ke mana lah aQ ngan moto tuu~

Tak suka main game . Tak kira lah pape pown game . Aq tatau nape lah kann . Asal nak main jek, mesti tak jadi . Kalau da main pown, tak tahan lame lahh~ Mesti 1, 2 minit pastu, aQ da stop dah . Sampai sekarang aQ masih mencuba nak main game pape ke ngan masa yang lebih lama . Walaupun game dalam phone belambak . 

MEMENDAM . Nie lah perangai and sikap aQ yang paling aQ tak suka . Satu² nye perangai yang member aQ perasan mengenai diri aQ, padahal aQ tatau . Haha, cane tu ? Seriously, dye talk kat aQ sal perangai aQ nie, then baru aQ sedar . Kalau tak, hmm, tah le . Yup, aQ seorang pemendam yang berjaya . Hanya orang yang special jek ley tau, member aQ tulahh~ Menangis sorang² dalam bilik merupakan hobi aQ . [akibat memendam perasaan sangat]

Last but not least sal diri aQ nie, aQ bukan jenis yang pemarah . Pombongih la bak kato orang nogoghi den, ehehe . Memang sangat jarang lah untuk aQ marah kowt . Tapi kalau dah marah tu, huii, aQ pown tak sangka yang aQ akan jadi gitu, cam jadi orang lain . Pernah merasai pengalaman nie 3, 4 kali dah . Paling teruk kalau aQ marah yang amat sangat tu, aQ akan menangis and jadi sangat senyap, satu perkataan pown tak kua . Tang menangis tu yang aQ tak percaya tu .

tatau lak bende nie ley amik mase yang lame nak wat .
ingatkan senang aje .
:p

Comments

Popular Posts