Hoi Kawan. :)

السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


Nah, aku buat khas untuk kau.
Maaf la kalau kau tak suka. XD
Aku tak reti nak tulis berbunga puitis bagai.

'Curi' daripada FB kau, haha. XD

Mari mula.
Aku kenal kau semasa orientasi.
Aku kenal kau sebagai seorang yang bergaya.
Aku kenal kau sebagai seorang yang suka senyum.
Aku kenal kau sebagai seorang yang suka memerhati.
Aku kenal kau sebagai seorang perempuan yang cantik.
Hei, kau memang cantik.
Jujur. :)

Aku mengenali kau dengan lebih dalam.
Aku  mengenali  kau semasa mendaftar mata pelajaran.
Aku  mengenali  kau selepas bersama dalam kelas.
Aku  mengenali  kau berpangkat kakak.
Aku mengenali kau sebagai orang berpengalaman.
Aku  mengenali  kau sebagai teman rapat.
Yup, teman rapat aku di Universiti Putra Malaysia.

Universiti Putra Malaysia.
Tempat kita sama sama menimba ilmu.
Tempat kita sama sama menimba pengalaman hidup.
Tempat kita sama sama mencipta kenangan terindah.
Tempat kita sama sama menghadapi cubaan hidup.
Tempat kita sama sama cuba perbaiki diri.
Tempat kita sama sama belajar tentang diri.

Teman aku dikala suka.
Teman aku dikala duka.
Teman aku dikala tenang.
Teman aku dikala resah.
Teman aku dikala keliru.
Teman aku dikala susah.
Teman aku dikala senang.
Teman yang sentiasa ada disisi.
Dalam apa jua situasi diri.
Terima kasih untuk itu.
Aku bersyukur punya teman seperti kau. 
Sangat.

Nampak singkat.
Sukar untuk dipercaya.
Namun itu yang aku rasa.
Setahun bersama kau.
Segala rasa aku kongsi.
InsyaAllah tiada rahsia.
Aku mahu perhubungan itu jujur.
Aku tidak mahu mengulangi kesilapan aku.
Cukup satu sahaja kehilangan aku dahulu.
Aku tidak mahu lagi kehilangan.

Kau,
terima kasih untuk segalanya.
Ya, setiap perhubungan ada turun naiknya.
Maaf atas segala kesilapan dan kekhilafan aku.
Aku doakan perhubungan ini sentiasa berkekalan.
Aamiin.

Kawan kau yang comel,
Kechek.
;)

Comments

  1. Bhahaha terharu seyh. Ada gak org buat entri pasal aku. Betul2 pulak tu dia buat org main main je. Haha
    thanks babe.

    Jujurnya, semoga persahabatan kita kekal selamanya. Salah silap sama sama kita perbetulkan. Semoga diberkati. Both of us. :D

    ReplyDelete
  2. Lupa cakap, kau memang comel pun.
    Jujur. :)

    ReplyDelete
  3. @Cik Nurul IqaAku kan kengkadang bendul. Dah alang alang aku bosan aku buat lah.
    spontan jek ni, haha. :p
    Thanks ye.
    Aamiin.

    ReplyDelete
  4. wah, haha terharu kawan tu :D, selamat berpuasa ye, jemput singgah blog sy, hehe

    ReplyDelete
  5. @Lynn Damya Haha, tak sangka pon. XD
    Selamat berpuasa juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts